Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

10 Promosi Filem Hollywood Yang Unik Dan Kreatif Gila!!

Biasanya sebuah filem dipromosikan menggunakan medium poster dan trailer. Namun terdapat juga filem-filem Hollywood yang mempromosi filem secara unik dan berbeza dari kebiasaan.

Arnold Schwarzenegger menjadi patung lilin, promosi unik filem Terminator Genisys (2015)

Filem kelima dari francais Terminator ini mengejutkan pengunjung Madame Tussauds di West Hollywood kerana pelakon ikonik, Arnold Schwarzenegger berpura-pura menjadi ‘patung lilin’ Terminator.

Saat para pengunjung bergambar dengan ‘patung lilin’ tersebut, Arnold Schwarzenegger tiba-tiba bergerak dan mengejutkan para pengunjung.Ā Promosi ini juga untuk menyokong gerakanĀ After School All Stars (ASAS).

Kubah kuning untuk filem Minions (2015)

Universal Studio yang merupakan produksi filem ini, menghabiskan 2000 jam untuk ‘Minion Takeover’ ini. 3 patung gergasi Minions yang berukuran 15 meter tersebut dipasang di sebuah kubah panggung wayang bernama Pacific Cinerama Theatre bersama dengan pisang gergasi. Seluruh sisi kubah dan atap panggung wayang tersebut dicat berwarna kuning yang sinonim dengan Minions.

7-Eleven ditukar ke Kwik-E-Mart untuk promosi The Simpson Movie (2007)

Beberapa minggu sebelum filem The Simpson ini ditayangkan, sesetengah kedai 7 Eleven di US ditukar menjadi kedai serbaneka yang terdapat dalam kartun The Simpson iaitu Kwik-E-Mart.

Bukan hanya penampilan kedai ini sahaja berubah, barang-barang yang dijual di dalamnya juga terdapat pelabagai makanan kegemaran keluarga Simpson seperti donat kaler pink dan Buzz Cola.

‘Manusia Terbang’ untuk filem Chronicle (2012)

Promosi untuk filem ini mengupah sebuah agensi bernama Thinkmondo untuk melakukan promosi unik ini. Agensi ini menerbangkan 3 pesawat kecil yang dibentuk seperti manusia dan dikendalikan dari jarak jauh. Ketiga ‘manusia terbang’ itu diterbangkan mengelilingi pelbagai bangunan terkenal di bandar New York. Hal tersebut mengejutkan ramai orang. Video rakaman tentang ‘manusia terbang’ ini juga tersebar cepat di internet.

Hantu Samara keluar dari TV, promosi untuk filem Rings (2017)

Sebelum filem ini ditayangkan, pihak studio melakukan satu promosi unik yang menyeramkan. Paramount Pictures berkerjasama dengan sebuah kedaiĀ elektronik membuat set ‘display yang terdapat pelbagai jenama televisyen yang dijual di kedai tersebut.

Di salah satu display televisyen itu ada seorang wanita yang disolek menjadi hantu Samara yang bersembunyi di situ. Saat para pengunjung sedang leka memperhatikan set display tv itu, hantu Samara akan merangkak keluar dari Tv tersebut dan menakutkan para pengunjung.

Selain itu filem yang diarahkan oleh Ā F.Javier Gutierrez ini juga pernah menayangkan sebuah video promo berdurasi 5 saat yang menampilkan hantu Samara yang keluar tiba-tiba di tengah-tengah timeline Facebook.

RisalahĀ ‘orang hilang’ yang seolah-olah nyata untuk promosi filem The Blair Witch Project (1999)

Promosi yang dilakukan untuk filem ini dikatakan sangat realistik dan terkesan sehinggakan ramai orang yang mempercayai bahawa hal ini benar-benar terjadi.

Filem yang menceritakan 3 orang mahasiswa yang sedang membuat filem dokumentari untuk menyelidik kebenaran legenda Blair Witch ini membuat satu laman web yang mengatakan bahawa ketiga-tiga mahasiswa ini telah hilang. Laporan di web tersebut sangat lengkap, menampilkan foto-foto kenderaan yang mereka gunakan tertinggal di dalam hutan sehinggalah proses penyelidikan mereka. Filem ini juga mengedarkan risalah kepada orang ramai yang mengandungi gambar ketiga-tiga watak utama filem ini yang dikatakan hilang.

Ben Affleck dan Batmobile untuk promosi filem Batman Vs Superman (2016)

Filem DCEU ini menggunakan watak utamanya iaitu Batfleck untuk melakukan promosi ini, watak Bruce Wayne ini bersembunyi di dalam Batmobile yang dipamerkan di Warner Bros Studio.

Di saat para pengunjung sedang melihat-lihat Batmobile sambil mendengar penerangan dari pemandu pelancong, tiba-tiba Ben Affleck keluar dari Batmobile tersebut dan mengejutkan para pengunjung. Bahkan pengunjung juga diajak berjalan-jalan menaiki Batmobile mengelilingi studio.

Promosi kreatif filem Warcraft di China (2016)

Filem yang diadaptasi dari permainan video ini mempamerkan pelbagai harta benda milik karakter dari filem ini di sebuah pasar raya di China, mulai dari baju perang, kostum, senjata, patung-patung karakter. Disediakan juga ‘Virtual Reality’, yang mana boleh merasai menaiki Gryphon (helang berbadan singa) seperti di dalam filem ini.

Laman webĀ sebenar Universiti untuk filem Monster University (2013)

Laman web tersebut ditampilkan dan dibuat seperti betul, seperti laman web Universiti sebenar pada umumnya. Laman web tersebut memberi pelbagai informasi tentang kegiatan di Universiti.

Team Iron Man di Menara Eiffel, promosi filem Captain America: Civil War (2016)

Tony Stark kononnya menggodam menara Eiffel di Perancis ini dengan bermain-main dengan cahaya lampu yang mengikut warna Iron Man di menara tersebut. Mengisyaratkan yang menara Eiffel juga menyebelahi team Iron Man.

Ada tak filem-filem Malaysia yang buat promosi yang unik juga? Kalau ada beritahulah supaya boleh dikongsikan.

 

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment