Trivia

10 Lagu Dalam Filem Yang Akan Membuatkan Anda Mencari Versi Asal Di Laman Youtube

Views

Setiap filem-filem yang anda tonton, pasti akan terdapat lagu-lagu yang anda rasa macam pernah didengari ataupun lagu yang agak ‘sedap’ untuk didengar. Tetapi anda tidak tahu siapakah penyanyi asal lagu tersebut dan tidak mengentahui sama ada ia adalah lagu yang dihasilkan khas untuk sesebuah filem atau sebaliknya.

Lalu anda membuka laman Youtube untuk mencari penyanyi asal dan soundtrack filem tersebut. Mesti anda pernah berbuat demikian bukan?

Ok, disini kami kongsikan adalah 10 lagu yang anda pernah dengar didalam filem dan seterusnya akan membuatkan anda mencari di laman Youtube untuk mengentahui artis atau kumpulan sebenar yang menyanyikan lagu-lagu yang menjadi “soundtrack” filem.

1. It’s A Long Way To The Top (School of Rock)

Kumpulan: AC/DC

Pernah tonton filem lakonan Jack Black, School of Rock? Lagu kumpulan AC/DC ini dinyanyikan semula oleh Jack Black dan para pelakon kanak-kanak dalam filem tersebut yang kebanyakkan pandai bermain alat musik. Lagu ini dipersembahkan semasa ‘credit sequence’ filem School of Rock. 

2. We’re Not Gonna Take It (Ready Player One)

Kumpulan: Twisted Sister

Lagu pembakar semangat para ‘gamers’ yang tidak mahu Oasis diambil alih oleh syarikat IOI dalam filem Ready Player One. Saya yakin, mesti ramai ‘gamers’ tegar suka mendengar lagu ini selepas mereka menonton filem Ready Player One. 

3. Take On Me (BASEketball / Deadpool 2)

Kumpulan: A-Ha

Dalam filem BASEketball, lagu “Take On Me” dinyanyikan semula oleh kumpulan ska, Reel Big Fish dan manakala dalam filem Deadpool 2, lagu ini dipersembahkan dalam dua versi iaitu versi asal semasa diawal filem dan versi akustik nyanyian kumpula A-Ha sendiri di penghujung filem.

BACA:  Aktor Tempatan Yang Berlakon Dalam Filem Antarabangsa

4. Guardians Inferno (Guardians of the Galaxy Vol. 2)

Kumpulan: The Sneepers & David Hasselhoff

Ops! kumpulan The Sneepers sebenarnya kumpulan musik fiksyen ciptaan Marvel Studios. Band ini yang diketuai oleh Zardu Hasselfrau atau nama sebenarnya David Hasselhoff. Lagu “Guardians Inferno” ini sebenarnya dicipta oleh James Gunn sebagai salah satu ‘soundtrack’ filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 dan lagu ini didendang semasa babak kredit filem GOTG Vol. 2. Amacam tak cukup disko lagi ke lagu ni?

5. Eye of the Tiger (Rocky III)

Kumpulan: Survivor

Pada mula, Sylvester Stallone mahu menggunakan lagu “Another One Bites the Dust” nyanyian kumpulan Queen sebagai lagu tema Rocky III, bagaimanapun Queen tidak memberi kebenaran dan memaksa Sly beralih ke kumpulan Survivor. Kumpulan ini kemudiannya mencipta dan merakam lagu ini untuk dijadikan sebagai lagu tema Rocky III. “Eye of the Tiger” kemudiannya menjadi soundtrack untuk beberapa filem Hollywood.

6. Ghostbusters (Ghosbusters)

Penyanyi: Ray Parker Jr.

BACA:  Filem-Filem Marvel Fasa 4, Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

Lagu yang dicipta khas untuk filem Ghostbusters lakonan Bill Murray, Dan Aykroyd, Harold Ramis, dan Ernie Hudson. Yang menariknya, walaupun dicipta sebagai lagu tema filem, “Ghostbusters mampu berada ditangga pertama carta Billboard Hot 100 pada 11 Ogos 1984 dan bertahan selama seminggu

7. Take My Breath Away (Top Gun)

Kumpulan: Berlin

Seperti kebanyakkan filem-filem pada era 80an, “Take My Breath Away” nyanyian kumpulan Berlin ini dicipta khas untuk filem Top Gun lakonan Tom Cruise, Kelly McGillis, dan Val Kilmer. Lagu ini berjaya mengondol anugerah Academy bagi kategori Lagu Asal Terbaik pada tahun 1986.

8. Starman (The Martian / Walk Hard: The Dewey Cox Story)

Penyanyi: David Bowie

Lagu ini kedengaran semasa Mark Watney (Matt Damon) positif untuk terus hidup di planet Marikh selepas ditinggalkan secara tidak sengaja oleh rakan-rakan angkasawannya. Dalam filem Walk Hard: The Dewer Cox Story, lagu “Starman” dinyanyikan sendiri pelakon utamanya John C. Rielly. Filem Walk Hard: The Dewer Cox merupakan filem yang memaparkan tribute kepada gaya musik artis-artis dan pemusik terkenal.

9. Time Bomb (Fun With Dick & Jane)

Kumpulan: Rancid

BACA:  10 Drama Korea 2019 Yang Menarik Untuk Ditonton [Part 1]

Lagu ska punk ini dipaparkan semasa Dick (Jim Carrey) ingin mencuri rumput-rumput dikawasan kejiranannya. Time Bomb merupakan lagu bergenre ska punk yang diterbitkan pada tahun 1995. Lagu ini juga turut dimain dalam filem sekuel Punk’s Dead: SLC Punk 2 drama komedi Netflix, Everything Sucks!

10. The NeverEnding Story (The NeverEnding Story)

Penyanyi: Limahl

“The NeverEnding Story” merupakan lagu untuk versi Inggeris filem The NeverEnding Story”, arahan pengarah terhebat Jerman, Wolfgang Petersen. Selepas lagu ini dinyanyikan oleh Dustin dan Suzie dalam episod akhir Stranger Things musim ke – 3, jumlah penonton di Youtube dan permintaan lagu ini di Spotify telah meningkat lebih dari 800%.

*Nota kaki: Kami akan senaraikan lagu-lagu lain pula di artikel akan datang*

Tinggalkan Balasan

shares