Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

10 Francais Filem Dengan Kutipan Tertinggi Sepanjang Zaman

Seperti yang kita tahu, francais Marvel Cinematic Universe menjadi francais filem yang paling sukses setakat ini. Ini berdasarkan kutipn filem-filemnya yang agak tinggi, termasuklah beberapa filem yang mana kutipannya menjangkau lebih dari $1 billion seluruh dunia.

Selain MCU, terdapat juga beberapa francais yang sukses dari segi kutipan. Untuk artikel kali ini, kami ingin kongsikan 10 francais filem yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang zaman. Angka-angka yang ditunjukkan berdasarkan dari statistik box office yang dikeluarkan oleh laman The Numbers

10. JURASSIC PARK

Kutipan keseluruhan: $5,008,390,006

Walaupun hanya memiliki 6 filem, Jurassic Park berjaya menduduki senarai top-10. Terima kasih kepada Jurassic World: Fallen Kingdom yang meraih kutipan sebanyak $1,308,334,005 pada 2018. Jika dilihat pada populariti, Jurassic Park antara yang diminati, lihat saja filem pertamanya yang ditayangkan pada 1993, telah mencipta fenomena sehingga menjana kutipan lebih $1 billion dolar seluruh dunia. 

9. DC EXTENDED UNIVERSE

Kutipan keseluruhan: $5,471,469,281

Francais superhero yang dikatakan akan menjadi pencabar Marvel Cinematic Universe. DC dan Marvel sudah lama berseteru, tetapi dari segi sinematik, DCEU masih mencari rentak. Aquaman menjadi filem DCEU pertama yang melepasi angka 1 billion iaitu sebanyak $1,143,966,520. Dengan halatuju baru yang diumumkan semasa DC FanDome serta beberapa filem baru yang dinantikan peminat, dijangka DCEU akan mencabar kedudukan MCU.

8. THE LORD OF THE RINGS

Kutipan keseluruhan: $5,847,200,020

Francais The Lord of the Rings bukan sahaja melibatkan trilogi asal TLOTR, tetapi turut melibatkan trilogi The Hobbits. Sudah tentu, trilogi asal mendapat pujian penonton. Diantara enam filem yang tersenarai, The Lord of the Rings: The Return of the King ($1,141,403,341) dan The Hobbit: An Unexpected Journey ($1,017,003,568) menjadi penyumbang terbesar francais.

7. FAST AND THE FURIOUS

Kutipan Keseluruhan: $5,898,383,060

Bermula pada tahun 2001 menerusi filem The Fast and the Furious, francais ini telah berkembang dari aksi perlumbaan dijalanan sehinggalah menjalankan misi merbahaya untuk menyelamatkan dunia. Fast 7 dan The Fate of the Furious menjadi penyumbang terbesar apabila mencatatkan kutipan melebihi $1 billion dolar seluruh dunia. Kedudukan Fast and the Furious akan meningkat memandangkan mereka anda beberapa lagi filem termasuklah spin-off.

6. X-MEN

Kutipan keseluruhan: $6,076,506,622

Walaupun X-Men adalah ciptaan Marvel, mereka dianggap sebagai entiti (mutant) mereka sendiri di dunia box office. Dalam tempoh 20 tahun, X-Men menjana lebih $6 billion dolar dengan Deadpool 2 menjadi penyumbang terbesar sebanyak $786,680,557. Bagaimanapun, francais ini berakhir selepas Fox dibeli Disney, dan filem-filem X-Men menjadi sebahagian daripada MCU.

5. JAMES BOND

Kutipan keseluruhan: $7,119,553,831

Francais paling lama. Sejak ia dimulakan pada era 60an, James Bond telah menghasilkan sebanyak 27 buah filem dan meraih lebih $7 juta dolar seluruh dunia. Skyfall menguasai kedudukan pertama filem-filem James Bond dengan kutipan sebanyak $1,110,526,981.

4.SPIDER-MAN

Kutipan keseluruhan: $7,221,048,601

Filem Spider-Man arahan Sam Raimi telah memulakan era baru filem adaptasi komik, dengan gabungan aksi, humor dan mengikut kesesuai penonton. Spider-Man: Far From Home menjadi penyumbang terbesar francais dengan kutipan $1,130,108,036 diikuti Spider-Man 3 sebanyak $894,860,230. Jumlah terkumpul dijangka meningkat apabila sekuel Far From Home ditayangkan pada tahun 2021.

3. HARRY POTTER

Kutipan keseluruhan: $9,218,537,838

Angka yang besar membuktikan adaptasi ke layar perak sama untungnya dengan versi buku. Sebanyak 12 filem adaptasi telah dihasilkan, bermula dari Harry Potter and the Sorcerer’s Stone sehinggalah ke spin off Fantastic Beasts and Where to Find Them. Filem yang diterbitkan pada 2011, Harry Potter and the Deathly Hallows: Part II membawa keuntungan terbesar dengan kutipan $1,341,693,157. Namun, yang menjadi tanda tanya, adakah filem terbaru Fantastic Beasts mampu meneruskan prestasi baik Harry Potter?

2. STAR WARS

Kutipan keseluruhan: $10,320,213,654

Sejak ia diperkenalkan 40 tahun yang lalu, francais Star Wars telah mencipta ‘fanbase’nya sendiri. Meskipun keunikkan semakin lama semakin hilang selepas dibeli Disney, ia tetap menjana keuntungan yang cukup besar. Trilogi terbaru serta ‘spin-off’ telah memberi pulangan yang cukup besar kepada Disney. Star Wars Ep. VII: The Force Awakens menjadi penyumbang terbesar dengan kutipan $2,065,478,084, ketiga tertinggi dalam senarai kutipan filem dibelakang Titanic dan Avengers: Endgame. 

1. MARVEL CINEMATIC UNIVERSE

Kutipan keseluruhan: $22,556,905,081

Kedudukan Marvel Cinematic Universe sangat sukar dicabar francais-francais lain (melainkan DCEU mendapat rentaknya). MCU bermula dengan pelaburan yang cukup berisiko, iaitu menerusi filem Iron Man (2008). Mujur, filem pertamanya sukses, dan diikuti filem-filem seterusnya sehinggalah Avengers: Endgame berjaya menyingkirkan Titanic untuk menguasai kedudukan pertama dalam senarai kutipan tertinggi sepanjang zaman. Kedudukan MCU akan terus kukuh memandangkan terdapat banyak lagi filem yang sedang dinantikan peminat.

Related posts

9 Times We Had A Serious Case Of Second Lead Syndromes

Zulaikha

[VIU]Check Out Your Favourite Oppas & K-Dramas On Daebak Thursdays

Kakimuvee

7 DIFFERENT KOREAN MOVIES THAT WILL SATISFY YOUR NEEDS

Zulaikha

6 Filem ‘Time-Travel’ Yang Mampu Merangsang Minda Anda

Kakimuvee

10 Sitcom Menarik & Kelakar Berdasarkan Ranker

Kakimuvee

WHICH K-DRAMA RELATIONSHIP DO YOU NEED?

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating