Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

10 Filem Yang Paling Banyak Dimuat Turun Secara Haram

10 pirated movie

BILANGAN filem yang dicetak rompak atas talian pada tahun 2015 menyaksikan peningkatan mendadak berbanding tahun sebelumnya, lapor Variety.

Menurut firma pengesan cetak rompak, Excipio yang mengesan aktiviti muat turun haram sehingga 25 Disember tahun ini, kesemua filem yang paling banyak dimuat turun menggunakan perisian torrent merupakan filem pecah panggung.

Tiga tangga teratas misalnya dihuni oleh Furious 7, Avengers: Age of Ultron, dan Jurassic World.

Namun sekiranya tahun terbitan tidak diambil kira, filem yang paling banyak dimuat turun secara haram tahun ini merupakan Interstellar yang diterbitkan pada tahun 2014.

Hal ini sama seperti tahun 2014 apabila filem yang paling kerap dicetak rompak merupakan Wolf of Wall Street, terbitan 2013.

Firma tersebut turut mendedahkan peningkatan mendadak dalam aktiviti muat turun filem secara haram. Wolf of Wall Street misalnya mencatat 30 juta muat turun berbanding Interstellar yang mencecah 47 juta muat turun, iaitu peningkatan sebanyak 55 peratus.

Menurut Excipio, peningkatan ini menggambarkan aktiviti cetak rompak yang masih gagal dibendung di seluruh dunia dan peningkatan penggunaan Internet di pasaran negara membangun seperti Brazil.
Berikut merupakan 10 filem yang paling banyak dimuat turun secara haram bagi tahun 2015:

01) Interstellar (2014), 46,762,310

02) Furious 7 (2015), 44,794,877

03) Avengers: Age of Ultron (2015), 41,594,159

04) Jurassic World (2015), 36,881,763

05) Mad Max: Fury Road (2015), 36,443,244

06) American Sniper (2014), 33,953,737

07) Fifty Shades of Grey (2015), 32,126,827

08) The Hobbit: Battle Of The Five Armys (2014), 31,574,872

09) Terminator: Genisys (2015), 31,001,480

10) The Secret Service (2014), 30,922,987

Related posts

19 Filem Korea Yang Berdasarkan Dari Kisah Sebenar

Kakimuvee

EIGHT THINGS YOU DIDN’T KNOW ABOUT THE MAKING OF ROALD DAHL’S THE WITCHES

Isqandar

5 Characters From Your Favourite Shows That Would Form the Ultimate Heist Crew

Zulaikha

Video Rendering 3D ini Menjelaskan Finale ‘Tenet’ Yang Membingungkan.

Kakimuvee

Nak Cari Filem Seram Korea? Ini 12 Filem Yang Harus Anda Tonton [Part 2]

Kakimuvee

5 Types of Monsters You’ll Find in K-Dramas

Zulaikha

Leave a Comment