Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

10 Filem Terbaik Yang Diadaptasikan Dari Siri Komik

ComicBooks

Filem-filem yang diadaptasikan daripada siri komik telah lama dilakukan oleh para produser di Hollywood sejak zaman berzaman. Antara filem – filem komik yang kita kenali sebelum meletupnya zaman filem komik masa kini adalah Superman, Batman dan Spiderman. Namun semenjak kejayaan Marvel menerbitkan filem-filem berdasarkan karakter komik mereka, ianya seolah-olah menjadi satu trend sehinggakan beberapa studio turutĀ menerbitkan filem-filem berdasarkan karakter komik mereka. Dan sejak beberapa tahun yang lalu, setiap panggung wayang seluruh dunia dihiasi dengan filem – filem berdasarkan siri – siri komik.

Namun, tahukah anda selain daripada karakter komik Marvel dan DC, terdapat beberapa filem Hollywood yang diadaptasikan daripada siri komik?

Disini kami senaraikan 10 filem terbaik yang diadaptasikan dari siri komik di Amerika.

Greatest-Superhero-Films-Superman-the-Movie

1. Superman

Filem SupermanĀ adalah filem paling berpengaruh dikalangan penonton. Bermula pada tahun 1940an sehinggalah nama filem Superman bertukar menjadi Man of Steel, ia tetap mendapat perhatian penonton setiap kali ditayangkan.

Filem SupermanĀ iniĀ diadapatsikan dari karakter komik DC dan ianya merupakan Icon untuk komik tersebut. Untuk rekod, dalam banyak aktor yang memegang watak Superman,Ā Christopher Reeve adalah aktor yang benar – benar berjayaĀ membawa watak Superman, dan jumlah aktor yang pernah membawa watak karakter komik DC ini adalah sebanyak 30 aktor.

Selain itu juga, watak Superman dikatakan seperti disumpah kerana kebanyakkan aktor yang membawa watak ini dikatakan akan menerima nasib buruk

Best-Comic-Book-Movies-Men-in-Black

2. Men in Black

Hasil lakonan duo aktor ini iaitu Will Smith dan Tommy Lee Jones ditambah dialog – dialog yang kreatif dan humor menjadikan filem Men in Black antara filem terbaik pada zamannya. Filem ini diadaptasikan dari komikĀ The Men in Black yang diterbitkan olehĀ Aircel ComicsĀ sebelum ianya dimiliki oleh Marvel. Filem sains fiksyen ini mengisahkan dunia pengintipan, bukan dunia pengintipan biasa seperti yang kita lihat dalam filem – filem lain tetapi pengintipan makhluk asing.

Selain daripada kehebatan pelakonnya, pengarah filem Barry Sonnenfeld juga harus dipuji kerana berjaya membuat filem ini berbaloi untuk ditonton berulang kali. Makhluk asing hidup dibumi? dialog yang kelakar, action packed! apa lagi yang anda mahu? filem ini memang terbaik.

Best-Comic-Book-Movies-Road-to-Perdition

3. Road To Perdition

Tom Hanks! sebut saja filem – filem lakonan beliau, semuanya menarik belaka.Ā Road To PerditionĀ arahan Sam Mendes ini adalah filem ‘crime thriller’ iaitu mengenai gangster pada zaman 1930. Berdasarkan dari komik Road To Perdition terbitanĀ DC Comics pada tahun 1998. Tom Hanks buat pertama kalinya membawa watak gangster iaituĀ Mike Sullivan,Ā lelaki yang ingin membalas dendam terhadap ketuanya kerana membunuh sebahagian ahli keluarganya.

Babak yang paling menarik dalam filem ini adalah babak dimana Mike Sullivan membunuh ketuanya sewaktu hujan. Bagi yang pernah menonton filem ini, babak tersebut boleh dikatakan kepuasan kepada mereka kerana sepanjang perjalanan filem ini, penonton akan disajikan babak thriller dan sehingga penonton akan merasakan, “bilalah Mike dapat membunuh ketuanya “

FilemĀ Road to PerditionĀ ini bukan filem gangster semata-mata, ianya kaya dengan pengajaran seperti kesetiaan, melindungi orang yang tidak bersalah semasa sukar dan ikatan antara ayah dan anak seperti yang ditunjukan dalam filem ini.

Greatest-Superhero-Films-Spider-Man-2

4. Spider-Man 2

Terkenal dengan tagline ‘Your-Friendly-Neighborhood’, Spiderman seolah-olah tenggelam dengan Superhero – superhero yang terbaru. Mujurlah Marvel Studios datang untuk menyelamatkan reputasi dia dalam filem akan datang. Tetapi sebelum reputasinya tergugat dengan superhero – superhero baru, dia telahpun berjaya menawan hati peminat pada awal tahun 2000. Bermula dengan filem pertama Spiderman diikuti dengan Spiderman 2, pengarah filem berjaya membuatkan karakter Spiderman dan Peter Parker adalah hero untuk semua peringkat umur disamping mencipta hubungan antara Peter, Harry Osborn dan Mary Jane menjadi lebih menarik.

Best-Comic-Book-Movies-A-History-of-Violence

5. A History of Violence

Filem A History of ViolenceĀ ini diadaptasikan dari novel graphic dari judul yang diterbitkan pada 1997 olehĀ Paradox Press danĀ Vertigo. Filem ini dikritik kerana menampilkan keganasan yang melampau. Namun begitu, disebalik keganasan yang ditampilkan, filem ini menerima pencalonan dalam anugerah Academy Award dimana aktor Willai Hurt dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik manakala penulis script Josh Olson dicalonkan dalam kategori Penulis Skrip Terbaik. Selain itu juga, filem ini adalah filem terakhir yang mengeluarkan filem mereka dalam bentuk VHS atau Tape

Best-Comic-Book-Movies-V-for-Vendetta

6. V for Vendetta

Filem yang menjadi inspirasi pada penentang kerajaan sehingga kini. Pengarah filem James McTeigue berjaya memberi kesan yang mendalam kepada penonton sehinggakan menjadikan filem ini sebagai inspirasi kepada mereka yang ingin memprotes kerajaan mereka. Tidak dinafikan filem ini sangat menarik, malah lakonan Hugo Weaving dan Natalie Portman nampak hidup dan menyakinkan.

Best-Comic-Book-Movies-300

7. 300

Pengarah Zack Snyder telah teknik yang unik dalam penghasilan filem aksi. Menggunakan teknologi semaksimum yang mungkin dan aksi gerak perlahan menyebabkan penonton tidak mengelip mata apabila melihat aksi pertempuran antara tentera Spartan dan Parsi. Selain itu juga bentuk badan para pelakon filem ini menjadi idola kepada mereka yang inginkan bentuk badan seperti itu sehinggakan terdapat video ‘workout’Ā yang menunjukkan para pelakon berlatih untuk mendapatkan bentuk Ā badan ‘sado’.

Diadaptasikan dari komik sejarah 300 yang diterbitkan pada tahun 1998 olehĀ Dark Horse Comics

Greatest-Superhero-Films-The-Dark-Knight

8. The Dark Knight

Dalam kebanyakkan filem Batman, TheĀ Dark Knight adalah filem paling thrill dan penuh aksi. Lakonan mantap Christian Bale dan, sudah tentu Heath Ledger aka Joker berjaya mengangkat kembali martabat filem Batman yang sebelum ini kebanyakkannya gagal. Oh! Tak lupa juga watak Two Face yang dibawa oleh Aaron Eckhart, The Dark Knight menjadi antara filem komik yang diminati ramai.

Greatest-Superhero-Films-The-Avengers

9. The Avengers

Sejujurnya, tidak dijangka bahawa Marvel Studio akan menghimpunkan beberapa watak Superhero dalam satu filem. Selepas tayang filem ini, ianya mendapat positif review dari penonton dan memecahkan rekod boxoffice. The Avengers telah memberikan impak yang besar pada industri filem Hollywood sehinggakan beberapa studio lain seperti Fox dan DC mengeluarkan filem Superhero mereka.

Kredit juga harus diberi kepada pengarah Jose Whedon kerana berjaya membahagikan babak samarata kepada hero-hero dalam filem ini supaya tidak kelihatan seperti pelakon tambahan. Tidak dilupakan, karakter Loki yang merupakan supervillian yang bergaya dan kejam. Kombinasi inilah menjadikan The Avengers filem yang menarik dan thrill

Best-Comic-Book-Movies-Snowpiercer

10. Snowpiercer

Filem Indie Snowpiercer telah memberikan sesuatu yang baru kepada penonton yang ingin kelainan dalam menonton filem. Tidak dinafikan, walaupun tidak dimainkan dalam banyak pawagam, filem keluaran Korea ini berjaya memasuki carta filem-filem mainstream Hollywood.

Filem mengenai pengasingan kelas masyarakat yang tinggal didalam keretapi setelah dunia menghadapi cuaca sejuk melampau. Antara pelakon filem ini ialah Chris Evans dan Tilda Swinton.

sumber gambar: screenrant.com

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment