Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

10 Filem Tempatan Terbaik 2017

Tahun 2017 kini semakin hampir ke penghujung, sebanyak 42 filem tempatan telah ditayangkan setakat ini. Ada yang telah mendapat kutipan yang sangat memberangsangkan dan terdapat juga yang mendapat mendapat kutipan tiket yang cukup menyedihkan. Boleh dikatakan lebih 90% filem tempatan baik filem melayu, filem berbahasa cina dan tamil mendapat kutipan kurang dari setengah juta, sedangkan banyak filem-filem yang kurang mendapat mendapat sambutan sebenarnya sebuah filem yang baik.

Dimana silapnya? tiada promosi ataupun mentaliti penonton tempatan yang begitu skeptikal dengan kualiti filem-filem dari negara kita sendiri. Jadi kami disini ingin kongsikan 10 filem tempatan terbaik 2017 (setakat ini) dan dalam senarai top 10 ini terdapat filem yang kurang mendapat sambutan dari penonton.

10. Kanang Anak Langkau

Filem biopik pahlawan negara yang telah banyak berkorban demi memerangi pengganas komunis semasa dizaman darurat. Kanang Anak Langkau mampu menjadi sebuah filem perang tempatan yang baik, tetapi aksi serta karakter development yang lemah sedikit mengugat kualiti dan kredibiliti filem ini sebagai filem perang patriotik. Bagaimanapun, Kanang Anak Langkau boleh diletakkan dalam senarai filem-filem perang tempatan yang wajib anda tonton, dan sesuai untuk dijadikan sebagai sebuah medium untuk memperingati pahlawan negara yang pernah berjuang mempertahankan tanah air.

Rating: 5.5/10

9. Hijabista Ballet

Posternya sahaja sudah mengundang presepsi negatif terhadap filem ini. Betulah apa yang orang kata, jangan nilai sesebuah buku itu melalui muka depannya. Filem Hijabista Ballet sebenarnya menyampai satu mesej kerohanian kepada penonton dimana penonton disajikan dengan konflik yang dihadapi oleh watak utama sama mendahulukan tuntutan agama atau minat.

Rating: 6.0/10

8. Mrs. K

Siapa sangka sebenarnya Mrs. K merupakan sebuah filem tempatan. Mrs. K boleh dianggap sebagai sebuah filem ‘action flick’ semata-mata tapi boleh dianggap menghiburkan. Selain itu juga, cinematografi yang cantik dan skor yang padu menjadikan Mrs. K antara filem tempatan terbaik setakat ini.

Rating: 6.5/10

7. Aku Haus Darahmu

Walaupun filem seram sering kali dikatakan antara filem klise yang sering dibikin oleh pengarah-pengarah tempatan, tetapi 2017 menyaksikan industri filem tanah air kekurangan filem-filem bergenrekan seram. Hanya 5 filem seram dihasilkan pada tahun ini, tetapi kami lebih memilih filem Aku Haus Darahmu berbanding filem-filem seram yang lain. Skor bunyi yang begitu menjadi, kualiti lakonan Nad Zainal & Deanna Yusoff serta plot dan background ala-ala filem klasik menjadikan Aku Haus Darahmu antara filem terbaik tahun ini. Tetapi kekurangan ‘keseramannya’ menyebabkan filem ini gagal menarik penonton ke panggung wayang.

Rating: 6.5/10

6. J Revolusi

J Revolusi dilihat sebagai pencabar kepada filem Polis Evo yang diterbitkan pada tahun sebelum itu. Dengan menggunakan acuan filem-filem aksi Hong Kong, J Revolusi berjaya memberikan sebuah karya filem aksi polis yang cukup fresh kepada para penonton. Lakonan mantap Zul Ariffin, Farid Kamil, Izara Aisyah diselangselikan dengan karakter kelakar Azad Jasmin menjadikan ia sebuah filem aksi yang baik kepada pengemar-pengemar filem aksi.

Rating: 7/10

5. You Mean The World To Me

Sebuah filem yang mampu bermain dengan emosi anda. Filem pertama yang dihasilkan dengan menggunakan dialek Hokkien sepenuhnya dan telah berjaya merangkul tiga anugerah di Festival Filem Malaysia ke-29 menerusi kategori Lakonlayar Terbaik, Muzik Skor Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik. Sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan dalam menonton filem tempatan.

Rating: 7/10

4. Abang Long Fadil 2

Abang Long Fadil telah berjaya mencipta sejarah dengan menjadi filem tempatan paling sukses dari segi kutipan tiket apabila berjaya mengutip lebih RM18 juta sejak hari pertama tayangan. Zizan kembali membawakan karakter Fadil dalam filem kali ini, dan aksi komedi yang ditonjolkan dengan baik oleh pelakon-pelakon menjadikan filem arahan Syafiq Yusof ini begitu hype dikalangan pengemar filem sehinggakan ia mampu memenuhi kerusi-kerusi kosong di pawagam.

Rating: 8/10

3. Bisik Pada Langit

Dari telefilem ke filem, kisah seorang ayah yang begitu menyayangi anak perempuannya, mampu menitiskan air mata setiap penonton hatta individu yang mengaku dirinya kental menahan air mata. Lakonan berkesan Jalil Hamid serta jalan cerita yang memberi impak besar kepada penonton menjadi Bisik Pada Langit sebuah filem underdog yang mampu mengitai filem-filem besar.

Rating: 8/10

2. Tombiruo

Filem yang baru ditayangkan dan antara filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat. Adaptasi dari novel aksi thriller berjudul sama karya Ramlee Awang Murshid, Tombiruo begitu mantap dalam menampilkan aksi-aksinya dalam filem ini walaupun ramai yang mengatakan plot filemnya begitu lemah. Gandingan duo Zul Ariffin dan Farid Kamil sekali lagi banyak membantu keberkesanan filem ini di mata penonton. Anda pernah membaca atau tidak novel Tombiruo? itu tidak penting, yang penting anda menonton sebuah filem aksi yang paling mantap yang pernah dihasilkan.

Rating: 8/10

1 Adiwiraku

Segala-galanya hampir ‘perfect’ buat filem ini. Kualiti lakonan para pelakon walaupun mereka kebanyakkannya bukanlah pelakon (pelajar sekolah), penceritaan yang berkesan, dialog yang begitu baik, adaptasi cerita asal yang begitu menjadi serta kesan emosi kepada para penonton menjadikan filem Adiwiraku antara filem terbaik tahun ini. Walaupun gagal dari segi kutipan, dari segi kualiti filem ini menang. Ianya terbukti apabila diangkat menjadi filem terbaik di Festival Filem Malaysia ke-29 yang berlangsung baru-baru ini. Kami di Kakimuvee meletakkan filem ini Wajib tonton semasa tayangannya.

Rating: 9/10

Related posts

9 K-Drama Yang Akan Ditayangkan Mei Ini

Zulaikha

8 RIVETING K-DRAMAS TO WATCH IF YOU LIKE SOLVING MYSTERIES

Zulaikha

5 REASONS WHY WE’RE EXCITED FOR HOSPITAL PLAYLIST S2 COMING TO NETFLIX

Zulaikha

Your New On Netflix May

Kakimuvee

MAY HIGHLIGHTS ON WARNERMEDIA CHANNELS AND APPS

Isqandar

4 MARVELOUS MAY K-DRAMAS TO GET EXCITED FOR

Zulaikha