Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan Trivia

10 Filem Tempatan Paling ‘FAIL’ Tahun 2020.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tahun 2020 meninggalkan kita. Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, filem tempatan masih lagi mewarnai industri walaupun berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19. 

Seperti biasa, Kakimuvee akan menyenarai 10 filem tempatan paling berkualiti dan paling teruk. Malas untuk bermukadimah panjang, kami ingin kongsikan terlebih dahulu, 10 filem yang paling FAIL pada tahun 2020.

10. Syif Malam Raya

Sejam pertama Syif Malam Raya agak menyeksakan, komedi yang hambar dan tiada hala tuju. Bagaimanapun dari segi konti dan teknikal tidak mengecewakan. Jika penceritaanya menarik, twist yang mengejut dan berkomedi, Syif Malam Raya mungkin tidak tersenarai dalam filem ‘fail’ pada tahun ini.

9. Manap Karaoke

Pernantian yang lama, dan akhirnya membawa kepada kebosanan yang melampau. Manap Karaoke gagal memberi humor sepertimana filem-filem komedi popular Mamat Khalid. Diantara filem-filem Mamat Khalid, Manap Karaoke antara filem yang paling seksa untuk dihabiskan.

8. Rock 4 – Rockers Never Dai

Sekuel yang tidak diperlukan, sangat hambar dan gagal menyaingi tiga filem awal. Paling teruk, watak sampingan melangkaui watak utama, dan watak utama yang gagal menyerlah di layar perak. Musiknya bagus, tetapi penceritaan sangat lemah. Rock 4 – Rocker Never Dai hanya menjadi beban kepada trilogi Rock yang sangat bernostalgia.

7. Ada Apa Dengan Dosa

Tipikal filem Malaysia, menghanyutkan penonton dengan permainan emosi, lalu penonton beranggap ia sebuah filem yang bagus. Hakikatnya, Ada Apa Dengan Dosa terlupa satu pekara yang sangat penting, keteguhan jalan ceritanya.

6. Town Mall

Ada dua jenis filem seram, yang berjaya membuatkan penonton merasa ‘seram’ atau yang hanya sekadar membuatkan penonton terkejut dengan ‘jumpscare’nya. Town Mall tidak jauh beza dengan filem-filem seram tempatan yang gagal. Sekadar menjual sosok hantu yang menakutkan, tetapi.. seperti biasa, mengabaikan penceritaan.

5. Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda

Filem yang kononnya epik, tetapi bersepah plot yang berulang-ulang dengan kesan khas yang sangat kelakar. Adegan ‘abugit’, CGI Kala Jengking menari diatas batu antara pekara bodoh yang ada dalam filem ini. Bayangkan solekan untuk menunjukan kehodohan wajah watak utama pun gagal dibuat dengan baik, apatah lagi keseluruhan ceritanya. Ratu Kala Jengking antara filem yang diberi rating paling rendah oleh Kakimuvee.

4. Suraya

Filem sebeginilah yang merosakkan skim Wajib Tayang. Bodoh dari pelbagai segi, dari dialog hinggalah penceritaannya. Paling teruk, adegan softporn yang sepatutnya tidak wujud dalam filem tempatan seperti ini. Bak kata salah seorang penulis Kakimuvee, Filem Suraya… Surashit, Sureshit … simple.

3. Kidnapped

Poster dah menarik, tema pun bagus, mengenai penculikan dan jenayah, tetapi ‘execution’ nya ‘fail’ dan sangat seksa untuk dihabiskan walaupun berdurasi pendek, iaitu 80 minit. Kualiti gambarnya? masyallah.. sangat teruk dan menyakitkan mata. Kidnapped senang kata, filem yang sangat sesuai untuk tidur dipawagam.

2. Miimaland

Filem syok sendiri, dan kedua terkeji pada tahun ini, sehingga terpaksa menghamburkan kata-kata kejian. Filem seram apa ini? boleh keluar masuk ke tempat berpuaka? sangat mengarut, baik dari segi cerita, dialog, lakonan dan .. cilaka apa.. ada tarian kpop. Itu pun jangan, Miimaland suatu ketika dahulu berjaya mendapat rating 8/10 di iMDB.

1. Kelaster

Juara filem paling “FAIL” tahun ini. Filem seram yang langsung tidak seram, dan filem seram yang hantunya langsung tidak seram. Tajuk Kelaster hanyalah scam, Azhan Rani sekadar ‘clickbite’. Jujur, ceritanya sangat teruk, sangat berterabur, dan berserabai. Dan paling hairan, apahal ada “music video” Achey dalam filem ni!.

Klik pada link untuk membaca review.

Related posts

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

Teaser Rasmi EJEN ALI MUSIM 3 Telah Dilancarkan, Akan Datang Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 2022!

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

Kakimuvee

4 Sebab Untuk Menonton Lakonan Hebat Han So-hee Dalam “My Name”

Zulaikha

Telefilem Cinta Ramadan & Drama Sekuel Danny Angkat Tema Cinta Tulus Penuh Keinsafan Mulai 8 Oktober Ini

Kakimuvee

Leave a Comment