Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

10 Filem Perang Moden Yang Diadaptasikan Dari Kisah Sebenar

Filem perang bukanlah genre yang asing dalam industri perfileman Hollywood. Ada pembikin filem yang menghasilkan filem perang dengan latarbelakang Perang Dunia Kedua, dan terdapat juga yang menghasilkan filem berdasarkan kejadian-kejadian sebenar yang pernah kepada anggota atau pasukan tentera mereka semasa menjalankan operasi diseluruh dunia.

Selain itu juga, filem bertema perang ini turut dijadikan alat propaganda Amerika Syarikat untuk memberi gambaran kepada dunia mengenai betapa hebatnya pasukan tentera mereka. Sebab itu, terdapat beberapa filem perang yang bercanggah dengan realiti dan kejadian yang pernah berlaku. Apapun, penonton dapat menilainya dan mengkaji sejauh mana sesebuah filem perang itu menepati fakta-fakta atau sejarah peperangan.

Apapun, kami di Kakimuvee ingin kongsikan kepada anda semua, 10 filem perang moden US yang diadaptasikan dan diinspirasikan dari kejadian dan kisah sebenar yang menarik untuk anda tonton.

1. Behind Enemy Line

Perang Balkan merupakan antara perang popular diawal tahun 90an, perang yang cukup rumit kerana melibatkan banyak pihak termasuklah tentera Nato dan UN. 2 Jun 1995, sebuah jet pejuang tentera US yang sedang menjalankan misi rutin Nato telah ditembak jatuh oleh tentera Serb/Bosnia. Juruterbangnya, Scott Francis O’Grady bagaimanapun terselamat tetapi beliau terjatuh dikawasan yang dikuasai oleh tentera Serb/Bosnia. O’Graddy berada dikawasan musuh hamper seminggu sebelum diselamatkan anggota Marine US dalam satu misi yang merbahaya.

Kisah O’Graddy kemudiannya diadaptasikan dalam filem yang bertajuk Behind Enemy Line dengan Owen Wilson membawakan watak Lieutenant Chris Burnett, watak fiksyen yang dihasilkan dari karakter sebenar Scott Franchis O’Grady. Bagaimanapun, O’Grady telah menfailkan saman kepada pihak produksi kerana kesilapan personaliti, mengambil kisah sebenarnya tanpa kebenaran dan juga kisah-kisah yang bercanggah dengan pengalaman yang dialaminya.

2. Black Hawk Down

Battle of Mogadishu menjadi medan pertempuran yang paling diingati oleh tentera US sejak berakhirnya perang Vietnam, mana tidaknya, buat pertama kalinya sejak peperangan di Vietnam, tentera US tewas ditangan musuh dan perlu diselamatkan oleh pasukan tentera dari Malaysia dan Pakistan

Pertempuran yang berlaku pada 1993 di Mogadishu ini dijadikan sebuah filem perang moden oleh Ridley Scott yang berjudul Black Hawk Down. Bagaimanapun, Black Hawk Down telah menimbulkan kontroversi dikalangan bekas-bekas tentera yang terlibat dalam peperangan tersebut terutamanya dari Malaysia dan Pakistan kerana menidakkan peranan mereka dalam misi membantu tentera US yang terperangkap dalam pertempuran tersebut. Oh ya!, filem ini turut dikritik veteran perang US kerana gagal menghormati pasukan tentera kita dan Pakistan.

3. Lone Survivor

Filem perang Afghanistan lakonan Mark Walhberg dan Eric Bana ini diadaptasikan dari operasi tentera US semasa di Afghanistan. Misi yang dimaksudkan adalah Operation Red Wing yang dilakukan pada Jun 2005 oleh 4 anggota SEAL yang diketuai oleh Marcus Luttrell. Misinya adalah untuk menangkap atau membunuh ketua Taliban Ahmad Shah. Bagaimanapun, misi mereka telah gagal dan telah mengalami kemalangan jiwa yang agak teruk. Kisah kegagalan pasukan tentera AS ini kemudiannya diadaptasikan dalam sebuah filem berjudul Lone Survivor

4. American Sniper

Dalam American Sniper, Bradley Cooper membawakan watak Chris Kyle yang mana watak tersebut adalah watak sebenar iaitu seorang bekas sniper pasukan Khas SEAL tentera US. Chris Kyle telah menulis sebuah buku biografi berjudul American Sniper iaitu mengenai dirinya semasa berkhidmat dalam tentera, dan buku tersebut telah diterbitkan pada tahun 2012 selepas bersara dari tentera. 2 tahun kemudian Clint Eastwood telah menghasilkan filem American Sniper, berdasarkan buku yang ditulis Kyle.

5. Green Zone

Filem arahan Paul Greengrass dan lakonan Matt Damon ini diinsiprasikan buku Imperial Life in the Emerald City yang ditulis oleh seorang Journalist, Rajiv Chandrasekaran semasa berada di zon hijau, yang terletak di Bandar Baghdad selepas Perang Teluk kedua yang berlaku pada 2003. Apa yang menariknya tentang filem Green Zone ini, ia turut menyelitkan teori konspirasi yang melibatkan tujuan US yang sengaja mahu menceroboh Iraq atau tujuan tertentu.

6. 13 hours: The Secret Soldiers of Benghazi

Michael Bay sememangnya terkenal sebagai seorang pengarah yang sukakan dengan efek letupan. Filem arahannya ini tidak dinafikan sangat terbaik dari segi efek-efek letupan dan tembakan. 13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi atau juga dikenali sebagai 13 Hours adalah filem berdasarkan dari buku berjudl 13 Hours, dimana ia mengisahkah 6 bekas tentera US yang juga merupakan kontraktor keselamatan cuba menyelamatkan diplomat US dan kawasan mereka dari serangan pengganas sempena ulang tahun ke 11 serangan ke atas US pada 11 September 2012.

Seperti tipikal filem-filem perang Hollywood, filem ini turut menimbulkan kontroversi di Libya apabila mereka menidakkan peranan penduduk Libya yang cuba menyelamatkan diplomat US dan menggambarkan rakyat Libya sebagai fanatik. Malah rakyat Libya mendakwa, Bay sengaja menggangkat 6 askar tersebut sebagai hero sedangkan mereka gagal melindungi rakyatnya sendiri.

7. Zero Dark Thirty

Sejurus kematian Osama Bin Laden pada 2 May 2011 akibat dibunuh oleh pasukan khas tentera US, sebuah filem yang mendokumentasikan Operation Neptune Spear pantas dihasilkan oleh produksi Hollywood. Segala usaha US menjejaki Osama Bin Laden sehinggalah misi membunuhnya ditunjukkan dalam filem Zero Dark Thirty – konspirasi?anda fikirkan sendiri. Filem ini dihasilkan pada tahun 2012 dan menjadi antara filem perang yang mendapat respon positif paling tinggi dan pengiktirafan di anugerah-anugerah berprestij.

8. 12 Strong

Filem yang ditayangkan pada 2018 ini, dibintangi oleh bintang filem Thor, Chris Hemsworth. 12 Strong diadaptasikan dari misi yang dijalankan oleh Task Force Dagger, juga dikenali sebagai Operational Detachment Alpha 595 (ODA 595) serta ejen CIA semasa penglibatan awal US dalam perang di Afghanistan. Task Force Dagger ditugaskan untuk memberi bantuan ketenteraan dan mengabungkan kesemua panglima perang bagi membentuk Pakatan Utara dalam usaha menumpaskan Taliban.

9. The Hurt Locker

Seorang journalist, Mark Boal telah memberanikan diri mengikut sekumpulan pasukan pemusnah bom tentera US selama dua minggu semasa Perang Teluk kedua pada 2004. Boal sering kali menceritakan pengalamannya skuad pemusnah bom itu kepada Kathryn Bigelow melalui email. Hasilnya, sebuah filem mengenai skuad pemusnah bom tentera US semasa di Iraq telah diterjemahkan dalam filem The Hurt Locker, antara filem perang yang sukses dari segi kritik dan mendapat pengiktirafan dalam anugerah Academy tahun 2009 apabila berjaya mengondol enam anugerah dari 9 pencalonan.

10. Tear of the Sun

Siapa sangka filem lakonan Bruce Willis yang mengisahkan anggota SEAL US yang menjalankan misi rahsia di Afrika merupakan inspirasi dari kisah sebenar. Ya, Tear of the Sun adalah dari kisah sebenar, tetapi bukan dari misi-misi tentera US, tetapi sebaliknya dari misi rahsia yang dilakukan oleh pasukan khas tentera Kanada.

Filem Tear of the Sun adalah berdasarkan dari misi rahsia yang dilakukan oleh Canadian Joint Task Force Two (JTF2) semasa di Colombia. Salah seorang dari bekas Komando tersebut telah menulis kisah sebenar mereka dan menjadi salah satu misi rahsia tentera Kanada yang dijual kepada pihak produksi filem di Nevada.

Related posts

New On Netflix August

Isqandar

WHO ARE THE SHADYSIDE KILLERS?

Zulaikha

WE RANK THE MANY DISTURBING DEATHS IN HORROR FILMS

Zulaikha

5 Pekara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton “Kingdom: Ashin of the North”

Kakimuvee

8 FUNNIEST MOMENTS OF HOSPITAL PLAYLIST S2 SO FAR

Zulaikha

A LOOK AT HAN SO-HEE’S K-DRAMA CHARACTER FASHION EVOLUTION

Zulaikha

Leave a Comment