Trivia

10 Filem Perang Dunia Yang Diadaptasikan Dari Pertempuran Sebenar

Views

Filem perang merupakan antara salah satu genre yang sangat diminati para peminat filem. Filem-filem yang berlatarbelakangkan Perang Dunia Kedua antara yang paling banyak dihasilkan. Sesetengah peminat tidak kisah sekirangnya filem tersebut adalah fiksyen seperti Fury dan Inglorious Basterds, selagi ia bertemakan Perang Dunia Kedua, pasti akan menjadi tontonan. Bagaimana pula dengan filem-filem perang yang diadaptasikan dari pertempuran sebenar seperti “Battle of the Bulge” atau “D-Day”? kami yakin mesti ramai yang turut meminati filem-filem Perang Dunia Kedua yang berdasarkan dari sejarah yang pernah berlaku.

Jadi kami ambil inisiatif untuk kongsikan kepada anda semua, senarai 10 Filem yang diadaptasikan dari sejarah pertempuran semasa Perang Dunia Kedua. 

10. A Bridge Too Far (1977)

Filem perang klasik yang dibintangi oleh beberapa pelakon terkenal pada masa itu seperti Sean Connery, Michael Cain, Dirk Bogarde, Anthony Hopkins dan ramai lagi. A Bridge Too Far memaparkan operasi ketenteraan terbesar selepas D-Day yang berlaku semasa penghujung Perang Dunia Kedua. Pihak Berikat telah melancarkan satu operasi besar-besaran yang dinamakan Operation Market Garden dengan tujuan untuk memaksa tentera Nazi berundur sehingga ke negara sendiri dan menamatkan perang dunia kedua. Filem ini memaparkan banyak pertempuran klasik diantara Tentera Berikat dan Nazi dalam usaha menawan bandar-bandar dan beberapa jambatan penting. Selain itu juga, A Bridge Too Far turut menunjukkan bagaimana operasi ini gagal mencapai objektifnya.

9. Thirty Seconds Over Tokyo (1944)

Thirty Seconds Over Tokyo merupakan salah satu filem perang klasik yang diterbitkan ketika Perang Dunia Kedua masih lagi berlaku. Filem berkisarkan tentang operasi bersejarah yang dikenali sebagai Doolittle Raid, serangan balas Amerika Syarikat terhadap Jepun, empat bulan selepas Jepun menyerang Pearl Harbor pada tahun 1941. Walaupun serangan ini tidak memberi kesan strategik, ia meningkatkan moral pasukan tentera Amerika Syarikat dan mengejutkan Jepun kerana mereka sebelum ini tidak percaya bahawa AS mampu membuat serangan sehingga ke bandar Tokyo. Babak serangan udara dalam filem ini menggunakan rakaman sebenarnya yang diambil dari pesawat pengebom.

BACA:  Kisah 20 'Unsung Hero' Diabadikan Dalam Filem Only The Brave

8. The Great Raid (2005)

Jangan sama filem The Great Raid dengan The Great Escape yang diterbitkan pada 1963. The Great Raid merupakan adaptasi dari peristiwa “Raid at Cabanatuan” yang berlaku pada 30 Januari 1945, dimana pasukan tentera AS dan gerila Filipina telah merancang dan menyerang kem tahanan tentera Jepun yang terletak berhampiran bandar Cabanatuan untuk membebaskan sejumlah besar tahanan perang.

7. Battle of Britain (1969)

Antara filem termahal yang pernah dihasilkan di Britain, dan memaparkan babak ‘dogfight’ paling hebat pada zaman itu. Battle of Britain berkisarkan tentang usaha pasukan tentera udara British, RAF yang bermati-matian menghalang serangan udara Luftwaffe, sekaligus membatalkan Operasi Sea Lion – operasi yang dirancangan Adolf Hitler untuk menyerang Britain. Banyak pelakon-pelakon hebat era 60an telah menawarkan diri untuk membawakan watak dalam filem ini. Selain itu juga, Battle of Britain turut diiktiraf antara filem yang tepat fakta sejarahnya.

6. The Longest Day (1962)

Filem perang epik hitam-putih ini diadaptasikan dari buku The Longest Day tulisan Cornelius Ryan. Filem ini memaparkan hari pertama “D-Day“, serangan tentera berikat di Pantai Normandy pada 6 Jun 1944. Filem ini menampilkan sejumlah besar pelak0n-pelakon antarabangsa, malah turut melibatkan bekas-bekas tentera dari kedua-dua belah pihak yang pernah terlibat dalam serangan D-Day ini.

BACA:  George Clooney & Scarlet Johansson Dahului Senarai Pelakoan Yang Menerima Pendapatan Paling Tinggi 2018

5. The Guns of Navarone (1961)

Filem kerjasama British – AS ini diadaptasikan dari novel The Guns of Navarone yang ditulis oleh Alistair MacLean. Novel tersebut diinspirasikan dari Pertempuran Leros yang berlaku pada 26 September sehingga 16 November 1943. Filem dan novel ini berkongsi plot asas yang sama, iaitu usaha pasukan komando tentera Berikat yang cuba untuk memusnahkan kubu tentera German yang sering mengancam kapal-kapal tentera berikat di Lautan Aegean.

4. Midway (1976)

Battle of Midway” yang berlaku Jun 1942 merupakan antara pertempuran laut terbesar di medan perang Pasifik semasa Perang Dunia Kedua. Filem ini berkisarkan tentang Armada Tentera Laut AS yang berjaya memecah kod rahsia pasukan tentera laut Jepun dan bersedia untuk mempertahankan kepulauan Midway. Terdapat beberapa aksi dalam filem Midway diambil dari rakaman beberapa filem perang popular pada masa itu, seperti Tora! Tora! Tora! (1970), filem perang Jepun, Storm Over the Pacific (1960), All Away Boats (1956), Thirty Seconds Over Tokyo (1944) dan Battle of Britain (1969). Midway juga merupakan antara filem perang yang paling popular ketika era 70an.

3. Patton (1970)

General George S. Patton merupakan antara jeneral perang yang paling disegani dan ditakuti semasa Perang Dunia Kedua. Kisah Patton kemudiannya diangkat ke layar perak menerusi filem biografi perang berjudul Patton. Filem tersebut diarahkan oleh Franklin J. Schaffner berdasarkan skrip yang ditulis oleh Francis Ford Coppola dan Edmund H. North. Dalam filem tersebut, anda akan melihat penglibatan Jeneral George S. Patton dalam beberapa pertempuran penting, antaranya Battle of El Guettar, pertempuran peribadi diantara Patton dan Jeneral Tentera German, iaitu Erwin Rommel, Pencerobohan Sicily, Operation Market Garden dan Battle of the Bulge.

BACA:  6 Kesilapan Yang Terdapat Dalam Filem Superhero Kegemaran Anda

2. Dunkirk (2017)

Filem arahan Christoper Nolan ini diadaptasikan dari Operation Dynamo, iaitu sebuah operasi ketenteraan, bukan untuk menyerang, tetapi sebaliknya untuk menyelamatkan sebilangan besar pasukan tentera berikat yang terkepung semasa diawal Perang Dunia Kedua. Dunkirk tidak mempunyai banyak dialog dan babak-babak yang melibatkan perang, tetapi mampu mencipta suasana suspen menerusi teknik sinematografi dan runut bunyi. Pengkritik menganggap Dunkirk antara filem perang terbaik yang pernah dihasilkan.

1. Tora! Tora! Tora! (1970)

Tora! Tora! Tora! merupakan gabungan pembikin filem dari Jepun dan Amerika Syarikat. Filem ini berkisarkan tentang serangan Jepun terhadap Pearl Harbour pada tahun 1941, sekaligus mencetuskan perang Pasifik diantara Jepun dan AS. Untuk info, filem ini gagal mendapat kutipan memberangsangkan di Amerika Syarikat, tetapi hit di negara Jepun. Filem Pearl Harbor yang diterbitkan pada tahun 2001 telah menggunakan beberapa model kapal terbang dari filem ini untuk adegan pertempuran udara.

BONUS!!

Midway (2019)

Filem perang yang anda boleh saksikan di pawagam 7 November ini. Filem Midway arahan Roland Emmerich berkisarkan tentang “Battle of Midway” diantara armada laut AS dan Jepun. Filem yang diberi sentuhan dan teknologi maju ini dibintangi beberapa pelakon hebat seperti Ed Skrein sebagai Dick Best, Patrick Wilson sebagai Edwin Layton dan Mandy Moore sebagai Ann Best. Turut menyertai barisan pelakon adalah Luke Evans, Aaron Eckhart, Nick Jonas, Dennis Quaid, Darren Criss, Woody Harrelson, Keean Johnson dan Tadanobu Asano.

shares