10 Filem Korea Yang Diadaptasikan Dari Kisah Benar

7844
views

Selain Hollywood, Korea juga sering mengangkat kejadian-kejadian sebenar ke layar perak. Dan tidak dinafikan, hampir kesemuanya banyak memberi kesan kepada penonton yang menyaksikan filem-filem bertemakan sebegitu.

Jadi kepada yang ingin menonton filem yang diadaptasikan dari kisah benar, tetapi tidak tahu untuk menonton filem apa, atau filem manakah yang menarik, disini kami kongsikan 10 filem Korea yang diadaptasikan dari kisah benar ataupun kejadian yang pernah berlaku.

1. Silenced/The Crucible/Dokani (2011)

Filem arahan Hwang Dong-hyuk ini diadaptasi dari novel karya Gong Ji-young yang ditulis berdasarkan pada peristiwa sebenar yang pernah berlaku di Gwangju Inhwa School, sekolah khas untuk pelajar cacat pendengaran, di mana pelajar-pelajar di sekolah tersebut adalah mangsa gangguan seksual berulang kali oleh anggota fakulti sekolah itu selama tempoh 5 tahun pada awal tahun 2000-an. Silenced dibintangi pelakon seperti Gong Yoo dan Jung Yu-mi.

2. 71 : Into The Fire (2010)

Pada era 50an, semenanjung Korea terlibat dengan perang saudara diantara Korea Utara dan Korea Selatan. Antara pentempuran yang paling diingati dalam sejarah perang Korea adalah Battle of P’ohang-dong. Filem 71: Into The Fire diadaptasikan dari pertempuran tersebut dimana pasukan kumpulan 71 pelajar tentera Korea Selatan telah terlibat dalam pertempuran dengan pasukan tentera Korea Utara. Kejadian yang berlaku pada 11 Ogos 1950 menyaksikan kebanyakn daripada mereka telah terbunuh. Selama 11 jam, mereka mempertahankan sekolah menengah gadis P’ohang, lokasi strategik untuk melindungi perimeter Sungai Nakdong, dari serangan oleh pasukan Korea Utara yang sangat berkuasa

3. Battleship Island/Goonkanjima (2017)

Berdasarkan kisah benar tentang perjuangan warga Korea Selatan pada 1945 ketika perang dunia kedua (filem ini kontroversi di Jepun). Dalam 400 warga Korea Selatan menjadi tahanan Jepun dan dipaksa bekerja di perlombongan arang batu. Di Pulau Hashima, Nagasaki (bentuk pulau ini seperti Kapal Perang), buruh-buruh paksa ini dilayan dan diperlakukan dengan layanan yang tidak berperikemanusiaan

4. The Chaser (2008)

Berdasarkan pembunuh bersiri Korea, Yoo Young-chul yang juga mengaku dirinya kanibal. Dia mengakui membunuh 21 orang, kebanyakannya pelacur dan lelaki tua yang kaya. Dia melakukan jenayahnya itu antara September 2003 dan Julai 2004, ketika dia ditangkap. Yoo menerangkan motifnya di hadapan kamera TV dengan berkata, “Wanita tidak boleh menjadi pelacur, dan orang kaya patut tahu apa yang mereka lakukan”

5. Children (2011)

Filem menyayatkan hati dan misteri ini diarahkan oleh Lee Hyeon-jin dan Lee Kyu-man. Ia berdasarkan insiden ‘Frog Boy’, peristiwa sekumpulan lima orang budak lelaki Korea Selatan berusia 9-13 tahun yang hilang pada 26 Mac 1991 ketika memburu katak. Mayat mereka ditemui 11 tahun kemudian di Gunung Waryong. Kes ini menjadi kes yang belum dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa Korea Selatan.

6. Don’t Cry Mommy (2012)

Juga berdasarkan kisah sebenar “Miryang Gang Rape” tentang seorang pelajar perempuan yang dirogol oleh 44 orang pelajar lelaki sekolah menengah selama setahun. Tetapi filem ini hanya diinpirasikan dari kes tersebut, lebih banyak fiksyen dari fakta. Pengarah ini berkata dia membuat filem ini untuk meningkatkan kesedaran tentang jenayah seks dan bagaimana kisah tragis ini merosakkan kehidupan mangsa dan keluarga mereka. Penderaan seksual adalah seperti menghancurkan jiwa manusia.

7. Northern Limit Line (2015)

Berdasarkan kejadian sebenar “Pertempuran Kedua Yeonpyeong” yang berlaku pada 29 Jun 2002 antara bot peronda Korea Utara yang menyeberang ke perairan Korea Selatan dan melancarkan serangan mengejut keatas bot peronda Korea Selatan Chamsuri 357. Insiden itu berlaku pada malam sebelum perlawanan terakhir Piala Dunia 2002, menyaksikan enam pelaut di bot Chamsuri 357 terbunuh, mencederakan 18 orang lain, dan memusnahkan bot peronda.

8. The Attorney (2013)

Filem ini diilhamkan oleh “kes Burim” pada tahun 1981, semasa rejim Chun Doo-hwan, 22 pelajar, guru dan pekerja pejabat yang memasuki sebuah kelab buku ditangkap tanpa waran atas tuduhan palsu yang mereka adalah warganegara Korea Utara yang meraih simpati. Roh Moo-hyun, seorang peguam cukai dari Busan, membentuk pasukan perundangan dengan sekutunya (termasuk Moon Jae-in dan Kim Kwang-il) untuk mempertahankan individu yang ditangkap oleh kerajaan. Setelah itu, Roh Moo-hyun menjadi seorang peguam hak asasi berpengaruh sepanjang tahun 1980-an, dia kemudian memasuki politik dan menjadi presiden ke-16 Korea Selatan. Kemudian, Moon Jae-in juga menjadi presiden ke-19 Korea Selatan

9. The Last Princess (2016)

Menceritakan kembali kehidupan sebenar Puteri Yi Deok-hye (Son Ye-jin), puteri terakhir dari Dinasti Joseon, filem ini kebanyakan berlangsung pada waktunya di Jepun di mana dia dipaksa untuk ke negara matahari terbit itu, alasannya untuk pendidikannya. Di sana, dia menjadi tawanan oleh Empayar Jepun dan menyaksikan kengerian yang menimpa rakyat-rakyatnya dan kemudian dia diatur perkahwinannya dengan seorang kerabat diraja Jepun. Walaupun Korea mencapai kemerdekaan tidak lama kemudian, dia masih tidak dapat pulang ke tanah airnya selama bertahun-tahun kerana dituduh pembelot.

10. Voice Of A Murderer (2007)

Berdasarkan kisah sebenar penculikan Apkujeong yang terkenal dan pembunuhan Hyung-ho Lee yang berusia 9 tahun, yang bermula pada 29 Januari 1991. 44 hari kemudian, mayat kanak-kanak itu ditemui di parit pembentongan Sungai Han. Dalam prosesnya, pelaku menghubungi ibu bapa mangsa berkali-kali. Kes pembunuhan itu tidak pernah diselesaikan dan telah ditutup, kerana kes itu sudah melepasi Statue Of Limitation di Korea (15 tahun).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here