Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

10 Filem Korea Bertemakan Misteri/Thriller Yang Menarik Untuk Ditonton

Filem-filem bertemakan misteri / thriller seringkali menjadi filem yang gemar ditonton kaki-kaki wayang terutamanya yang mementingkan jalan cerita yang bermisteri, mendebarkan dan juga mempunyai ‘plot twist’

Selain Hollywood, Korea Selatan juga turut memiliki filem-filem yang bertemakan misteri/thriller dan adakalahnya kualitinya jauh lebih baik dari yang di hasilkan Hollywood. Jadi kami di Kakimuvee ingin kongsikan kepada anda 10 buah filem Korea bertemakan misteri thriller yang mampu membuatkan anda tercengang. terkejut dan bermurung.

1 Socialphobia (2015)

Rating IMDB : 6.6/10

Sekumpulan anak muda menyiasat kematian seorang gadis yang mati selepas menjadi sasaran kerana melontarkan kata-kata yang tidak sepatutnya di laman media sosial, dalam usaha untuk menentukan sama ada kematiannya adalah bunuh diri atau pembunuhan.

seorang ahli kumpulan penyiasatan itu pada mulanya menjadi suspek tetapi kemudian kematian gadis itu terbukti sebagai bunuh diri. Filem ini meneroka ketagihan internet, buli siber, fobia sosial dan kekurangan semangat, nilai harga diri di kalangan anak muda.

2. Forgotten (2017)
Rating IMDB : 7.1/10

Filem Korea yang mempunyai atmosfera gabungan misteri, thriller dan seram ini mengisahkan tentang dua orang adik-beradik bernama Jin-seok (Kang Ha-neul) dan Yoo-seok (Kim Mu-yeol) yang baru saja berpindah ke rumah baru mereka bersama ibu-bapa mereka. Jin-seok, sangat mengagumi abangnya yang kelihatan sangat sempurna pada pandangan matanya.

Jin-seok menganggap abangnya itu sebagai contoh terbaik dalam hidupnya. Pada malam hari pertama perpindahan mereka, Yoo-seok diculik di hadapan mata Jin-seok. Sepanjang abangnya hilang, Jin-seok juga mengalami halusinasi pelik berterusan menghantui dirinya.

Setelah 19 hari berlalu semenjak Yoo-seok diculik, dia kembali semula ke rumah. Namun, dia kelihatan berbeza di mata Jin-seok, seperti orang asing. Yoo-seok berkelakuan seperti orang yang hilang ingatan dan kerap melakukan perkara-perkara pelik.

Walaupun keluarganya cuba untuk meneruskan kehidupan seperti sediakala, Jin-seok yakin bahawa ada sesuatu yang tidak kena tentang abangnya, dan kemudian terdapat juga sesuatu yang pelik yang menambahkan lagi perasaan ingin tahu dan keanehan yang berlaku di sekeliling Jin-seok iaitu terdapat bilik misteri yang dilarang masuk oleh ayahnya.

3. A Day (2017)
Rating IMDB : 7/10

Kim Joon-Young (Kim Myung-Min) adalah pakar pembedahan thoracic yang terkenal, tapi dia bukan ayah yang sangat baik untuk anak perempuannya, Eun-Jung. Suatu hari, dia melihat anak perempuannya meninggal dunia dalam kemalangan di depan matanya. Sejak saat itu, hari yang sama berulang dan dia berjuang untuk mencari jawapan

4. Blind (2011)
Rating IMDB : 6.9/10

Min Soo-Ah (Kim Ha-Neul). pernah menjadi kadet polis yang boleh diharapkan di akademi polis, tetapi setelah kemalangan jalanraya yang mengerikan yang membunuh adik lelakinya, kerjaya polis Soo-Ah berakhir. Min Soo-Ah juga kehilangan penglihatannya dalam kecmalangan tersebut. Min Soo-Ah mengungkapkan kepada Detektif Jo (Jo Hee-Bong) di balai polis bahawa pada malam kaejadian langgar lari itu dia dijemput oleh pemandu teksi. Soo-Ah yakin yang pemandu teksi itu yang menjadi pelaku kejadian langgar lari itu. Mulanya, Detektif Jo tidak mengambil pusing dakwaan Soo-Ah dengan serius kerana Soo-Ah buta, tetapi ketika Soo-Ah menunjukkan kemampuan derianya, detektif itu mulai mempercayainya.

Detektif Jo dan Min Soo-Ah kemudian bekerjasama untuk mencari pemandu teksi itu, tetapi semua petunjuk mereka ternyata menghampakan. Kemudian saksi lain datang iaitu, Kwon Ki-Sub (Yoo Seung-Ho). Kwon Ki-Sub adalah budak penghantar bermotor yang mengaku juga menyaksikan kejadian langgar lari. Kwon Ki-Sub juga dengan tegas menyatakan bahawa kereta yang dimaksud bukan teksi, melainkan sebuah kereta sedan import.

Sementara itu, Min Soo-Ah mendapati dirinya sedang diekori oleh seorang lelaki misteri.mengenai hari itu dengan pemandu ambulans, Lee Min-Chul (Byun Yo-Han)

5. Helpless (2012)
Rating IMDB : 6.7/10

Seorang wanita tiba-tiba hilang. Tunangnya kemudian membuat keputusan untuk mencarinya, dalam proses pencarian, mendedahkan rahsia yang tersembunyi.

6. Moss (2010)
Rating IMDB : 6.8/10

Ryu Hae-Kuk (Park Hae-Il) memasuki kampung yang terpencil untuk menghadiri pengebumian ayahnya. Sewaktu tinggal di sana, dia menyiasat kematian ayahnya dan mendedahkan apa yang kelihatan seperti konspirasi. Mengapa penduduk kampung bertindak begitu pelik? Mengapa mereka terus bertanya kepadanya bila dia akan kembali ke Seoul? Lelaki itu kemudiannya menemui ketua kampung, Cheon Yong-Deok (Jung Jae-Young). Rahsia kampung itu kemudian mula terbongkar.

7. Perfect Number (2012)
Rating IMDB : 7/10

Filem ini merupakan adaptasi dari novel karya penulis Jepun, Keigo Higashino berjudul The Devotion of Suspect X.

Sejak kecil, Kim Seok Go dikenali sebagai seseorang yang genius. Malangnya kerjayanya ketika dewasa tidak berjalan dengan lancar. Dia bekerja sebagai guru matematik dengan kehidupan sederhana. Suatu hari dia mengethahui bahawa rakannya, Baek Hwa Sun, telah melakukan pembunuhan terhadap suaminya yang sering menderanya. Seok Go pun membantu membuat alibi sempurna dengan kepintarannya sehingga pelaku tak boleh dijumpai. Namun seorang detektif yang menangani kes tersebut curiga dan menyiasat mereka secara senyap..

8. RV (Ressurected Victims) (2017)
Rating IMDB : 5.6/10

Dikatakan mangsa yang mati, yang dipanggil RV (Ressurected Victims), kembali ke dunia untuk membunuh pembunuh mereka yang tidak dihukum. Selepas membunuh pembunuh mereka, RV hilang.

7 tahun yang lalu, Seo Jin-Hong menyaksikan ibunya dibunuh semasa rompakan. Ibunya, yang kelihatan sama seperti ketika dia mati, muncul di hadapannya. Tetapi yang peliknya dia cuba membunuh Seo Jin-Hong.

9. The Piper (2015)
Rating IMDB : 6/10

Selepas Perang Korea, Woo-Ryong (Ryoo Seung-Ryong) dan anaknya Young-Nam (Goo Seung-Hyun) berjalan ke Seoul. Woo-Ryong mahu mendapatkan rawatan Young-Nam untuk tuberkulosis. Sepanjang perjalanan ke sana, mereka mencari laluan yang tidak jelas di jalan gunung. Woo-Ryong memutuskan untuk mencuba jalan tersembunyi.

Tidak lama kemudian, Woo-Ryong dan Young-Nam datang ke sebuah kampung. Perkampungan itu nampak seperti baik dan aman. Penduduk diketuai oleh ketua kampung (Lee Sung-Min). Woo-Ryong mendapati kampung itu adalah tempat yang ideal untuk hidup, kecuali kawasan itu penuh dengan tikus. Woo-Ryong memainkan seruling dan kelihatan mempunyai kebolehan yang luar biasa. Dia menawarkan untuk menghilangkan tikus dan ketua kampung menawarkan untuk membayarnya jumlah wang yang tinggi. Woo-Ryong juga jatuh cinta ke dukun perempuan muda (Chun Woo-Hee) di kampung itu. Walaupun semuanya kelihatan berjalan lancar, mimpi ngeri Woo-Ryong akan bermula.

10. The Gifted Hands (2013)
Rating IMDB : 6.6/10

Semasa memburu seorang pembunuh, seorang detektif bertemu seorang lelaki muda yang dapat melihat seluruh masa lalu seseorang hanya dengan menyentuh orang itu

Related posts

6 Filem Terbaik Korea Lebih Sedekad Yang Lalu

Natasha

“One The Woman” Meneruskan Penguasaannya Sebagai Minisiri Paling Ramai Penonton

Zulaikha

Menjelang Finale, Namgoong Min Bersedia Untuk Pertempuran Terakhir Dalam Gambar Terbaru “The Veil”

Zulaikha

Kim Seon Ho Berundur Dari 2 Days & 1 Night Musim 4

Kakimuvee

Go Ara Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru

Zulaikha

“Lovers Of The Red Sky” Mengekalkan Kedudukan Pertama, Rating “The King’s Affection” Sedikit Menurun

Zulaikha

Leave a Comment