Industri perfileman negara banyak mengetengahkan filem – filem bergenre cinta, romantik, seram dan juga aksi (gangster), namun begitu filem komedi tidak ketinggan dan turut sama memainkan peranan penting dalam memeriahkan industri perfileman tanah air. Beberapa tahun yang dulu, filem – filem komedi tempatan pernah mencetuskan fenomena dikalangan peminat filem apabila ianya kerap mendapat kutipan yang menguntungkan. Malah, pihak produksi banyak menghasilkan filem – filem bergenre berkenaan sebelum filem bergenre gangster dan cinta mengambil alih dalam dunia filem tanah air.
Disini kami senaraikan 10 filem komedi tempatan terbaik yang pernah dihasilkan (Selepas era P. Ramlee dan Mat Sentul). Jika ada filem komedi lain, boleh nyatakan dalam ruang komen.
1. Setinggan
Filem vintage Setinggan ini ditayangkan pada tahun 1981. Menampilkan S. Shamsudin, Yusni Jaafar dan Ibrahim Pendek, filem Setinggan adalah antara filem humor yang diterbitkan selepas era P. Ramlee dan Mat Sentul. Filem ini diarahkan oleh Allahyarham Aziz Satar
Mengisahkan kehidupan setinggan di Kuala Lumpur yang diganggu oleh hantu kerana kampung tersebut dibina diatas tanah perkuburan Jepun. Lakonan Allahyarham S. Shamsuddin dan Ibrahim Pendek mengingatkan kembali zaman kegemilangan mereka dahulu.
2. Ali Setan
Filem lagenda Ali Setan ini ialah filem bergenre romantik komedi. Dilakonkan oleh pelakon terkenal pada zaman itu iaitu Azmil Mustapha dan Penyanyi terkenal, Fauzi Ahmad Daud serta diarahkan oleh pengarah tersohor, Jins Shamsuddin.
Filem ini mengenai kenakalan seorang pelajar universiti bernama Ali. Dia sering mengusik pelajar-pelajar lain dan kerap menjadikan Asmidar sebagai mangsanya. Namun perasaan Asmidar berubah menjadi cinta. Tipah sepupu Ali cuba merebut Ali dengan mengaku dinodai oleh Ali.
Filem ini menerima beberapa anugerah dalam Festival Filem Malaysia pada tahun 1986 antaranya Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik termasuk beberapa anugerah lain.
3. Senario The Movie
Filem Senario The Movie arahan Aziz M. Osman ini diterbitkan pada tahun 1999. Diambil dari sitcom komedi pada zaman itu, Senario yang mana para pelakonnya adalah terdiri daripada finalist-finalist siri realiti tv Sinaran Pasport Kegemilangan yang kemudiannya dihimpun dan membentuk kumpulan Sinario.
Antara pelakon yang menjayakan filem ini ialah Mazlan Pet Pet, Wahid, Azlee, Shamsul Ghau Ghau dan Saiful Apek
Filem ini mendapat kutipan RM4.58 juta disamping memenangi Anugerah Khas Juri – Filem Komedi dalam Festival Filem Malaysia 1999 dan Anugerah GAFIM untuk kategori Filem Box Office
4. Anak Mami The Movie
Anak Mami The Movie ialah sebuah filem genre komedi dan keluarga arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen. Filem yang mengunakan loghat Penang ini mengisahkan keluarga Mami di Pulau Pinang.
Dihasilkan pada tahun 2002, filem ini telah mendapat kutipan sebanyak RM2.94 juta. Dibintang pelakon – pelakon seperti Farouk Hussain, Emilia, Fiza Elite, Mas Naida dan Norlia Ghani. Filem ini mendapat tempat dihati penonton kerana gelagat pelakon mereka dan loghat Penang yang agak kelakar bagi orang negeri lain.
5. Baik Punya Cilok
Filem Baik Punya Cilok mengisahkan lima sahabat iaitu Aben, Bob, Jerry, Wak dan Leman yang berpakat untuk merompak Tauke Wong, tauke pajak gadai bagi mendapatkan kembali keronsang nenek Wak yang digadaikannya ketika berkahwin dengan isterinya dulu. Hasil arahan Afdlin Shauki dan lakonan mantap Afdlin Shauki, Hans Isaac, AC Mizal dan Awie
Penuh dengan aksi lucu walaupun dilakonkan oleh bekas – bekas pelakon aksi dan cinta (kecuali Afdlin). Ramai tidak menyangka yang Hans, AC Mizal dan Awie mampu membuat penonton tidak kering gusi melihat aksi humor mereka.
Filem ini telah diadaptasikan dalam bentuk teater dan menggunakan pelakon asal dalam pementasan teater tersebut.
6. Lagi – lagi Senario
Lagi-lagi Senario adalah sequel kepada filem Senario Lagi. Arahan Aziz M. Osman serta diterbitkan oleh Ahmad Puad Onah, Nor Aliah Lee dan Johari Amat. Masih mengekalkan kumpulan Senario serta dibantu oleh Wardina Safiyyah dan Accapan, filem ini mencipta sejarah apabila menerima kutipan tertinggi dalam mana-mana tayangan filem tempatan iaitu sebanyak RM6.33 juta sebelum rekod mereka dipotong oleh filem Adnan Sempit.
Mengisahkan permusuhan dua tauke warung iaitu Azlee dan Mazlan Pet Pet yang kedai mereka terletak bersebelahan sahaja.
Selepas filem ini, Golden Age kumpulan senario menurun selepas menerima saingan sengit dengan pelawak-pelawak baru dan filem komedi yang lain.
7. Rock
Filem Muzikal Komedi ini telah memcetuskan fenomena kepada industri musik Tanah Air apabila berjaya mengangkat kembali industri Rock tanah air. Aksi jenaka, musik rock & roll, jeans ketat dan rambut panjang berjaya membuatkan filem ini menjadi bualan peminat seluruh negara.
Filem ini diarahkan oleh Mamat Khalid yang terkenal dengan filem – filem komedi santai seperti Zombie Kampung Pisang dan Man Laksa. Lakonan Hasnul Rahmat, Que Haidar, Khir Rahman, Nabila Huda dan Siti Elizad juga tidak mengecewakan. Walaupun terdapat beberapa background filem dan babak yang kantoi seperti kereta Avanza pada tahun lewat 80-an, aksi goreng gitar yang tidak realistik, filem ini boleh disenarai antara filem komedi terbaik Tanah Air.
Mamat Khalid juga mengeluarkan sequel Rock Oo, Rimba Bara Kembali. Pelakon utama, Hasnul Rahmat juga memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem dalan Anugerah Skrin 2006.
8. Hantu Mak Limah Balik Rumah
Sebuah lagi filem hasil arahan Mamat Khalid, Hantu Mak Limah Balik Rumah, sebuah filem komedi seram yang menampilkan pelakon – pelakon dan pelawak – pelawak terkenal tanah air seperti Awie, Man Kadir,Zami Ismail, Johan Raja Lawak dan Soffi Jikan. Berlatar belakangkan suasana masyarakat Kampung Pisang selepas kejadian Zombie (bukan filem sequel Zombie Kampung Pisang) yang mereka menghadapi masalah baru, iaitu masalah Hantu Mak Limah. Menjadi tradisi buat Mamat Khalid yang gemar membuat filem daerah Kuala Kangsar dan sekitar Ipoh, hampir kesemua filem arahan beliau dibuat dikedua – dua daerah tersebut.
Filem ini bukan saja kelakar dari segi jalan cerita, para pelakonnya juga tidak mengecewakan. Tidak hairanlah filem ini dapat mengaut keuntungan sehingga RM 7.90 juta malah mengondol beberapa anugerah antaranya Pengarah Terbaik, Aktor Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Aktor Pembantu Terbaik. Kesemua anugerah tersebut adalah dari Festival Filem Malaysia ke-24.
9. Adnan Semp-It
Sebuah filem bertemakan aksi komedi arahan Ahmad Idham yang ditayangkan di pawagam pada 14 Januari 2010. Dikatakan sebagai filem parodi filem Remp-It arahan pengarah yang sama, filem ini telah mengaut keuntungan yang luar biasa apabila menerima pendapatan sebanyak RM 7.7 juta.
Dibintangi oleh Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Shamsuddin dan Along Cham ini merupakan filem yang mengupas budaya mat rempit atau samseng jalanan di Malaysia secara santai. Kejayaan filem ini mendorong pihak produksi menghasilkan sequel iaitu Adnan Semp-it 2, Adnan Semp-it 3 & Adnan Semp-it Sawadikap. Selain itu juga terdapat filem ‘spin-off’ berdasarkan daripada filem ini iaitu Wawa Semput.
10. Ngangkung
Sebuah filem komedi seram arahan pengarah baru dalam dunia perfileman, Ismail Bob Hashim dan lakonan mantap pelakon Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, dan Azad Jasmin. Mengisahkan 3 sahabat yang terjebak dalam permainan judi nombor ekor sehinggakan sanggup berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan nombor ekor.
Filem ini telah berjaya mencipta sejarah dalam industri perfileman Malaysia apabila menjadi filem tempatan pertama yang jumlah kutipannya mencecah paras RM8 juta iaitu RM8.15juta, mengatasi rekod filem Adnan Semp-it. Kejayaan filem Ngangkung dicatatkan dalam Malaysian Book of Records sebagai “Filem Box-Office Tertinggi 2010” untuk edisi tahun 2011.