Selain filem-filem dari Hollywood, Korea dan tempatan, laman Facebook Kakimuvee juga turut berkongsikan beberapa filem menarik dari negara-negara ASEAN seperti Thailand dan Indonesia. Cuma untuk artikel kali ini, kami kongsikan beberapa filem dari negara Thailand, dan jika berkesempatan, kami akan kongsikan pula filem-filem menarik dari Indonesia.
Ok tidak mahu menulis panjang lebar, kami di Kakimuvee ingin kongsikan 10 filem bertemakan komedi seram dari Thailand yang mampu membuatkan korang merasa takut dan dalam masa yang sama ketawa riang kerana adegan komedinya.
1. Rathree Reborn (2008)
Filem ini menceritakan tentang seorang lelaki yang menyukai seorang wanita yang merupakan seorang gurunya semasa kecil. Namun siapa sangka wanita yang dia sukai sudah menjadi hantu.
2. Make Me Shudder 2 – Mae Nak (2014)
Sekumpulan pelajar menduduki ujian masuk universiti. Namun kerana mereka tidak serius hasilnya mereka semua gagal. Oil menyarankan mereka untuk berdoa di sebuah kuil. Karena salah seorang rakan Oil yang berdoa di sana dapat masuk universiti. Kuil tersebut adalah kuil yang di dedikasikan untuk Mae Nak. Legenda hantu yang terkenal.
3. 4bia (2007)
Keempat sahabat bernama Aey , Puak, Shin dan Ter adalah sekumpulan orang yang memiliki hobi rafting. Saat di perkhemahan, keempat sahabat itu bergurau dan bertukar kisah mistik satu sama lain. Namun, ketika mereka bergurau itu, Aey berkata jika dia mati dia akan mengajak orang yang tidur di tengah untuk menemaninya.
Keesokan harinya, keempat sahabat tersebut bermain rakit di sebuah aliran sungai yang cukup deras. Aey jatuh ke dalam sungai, dan menghilang. Sahabat sahabatnya menganggap Aey sudah mati tetapi Aey muncul kembali.
5. Make Me Shudder 1 (2013)
Mengisahkan sekumpulan pelajar lelaki sekolah menengah yang suka mencari hantu. Mereka suka pergi ke tempat tempat berhantu pada waktu malam.
6. Midnight University (2016)
Film ini bercerita tentang seorang pelajar perempuan yang tidak lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris, lalu dia memutuskan untuk mengulang semula subjek tersebut. Namun, ternyata kelas Bahasa Inggerisnya dipenuhi oleh hantu-hantu pelajar yang meninggal dunia sebelum menduduki ujian.
7. Ghost ship (2015)
Filem yang bercerita tentang sepasang pasangan suami isteri yang juga merupakan kapten kapal menemui mayat seorang wanita. Ketika mereka berdua merancang untuk membuang mayat itu di tengah laut, mayat tersebut hilang. Dari situlah roh yang ada di dalam mayat tersebut, berkeliaran dan menganggu semua orang yang berada di kapal.
8. Ghost Is All Around (2016)
Mempunyai 3 cerita pendek komedi seram sempena perayaan Songkran – pertama berkisarkan tentang seorang lelaki yang diburu hantu kekasihnya yang membunuh diri, kedua berkisarkan tentang sekumpulan sahabat yang hantui roh rakannya yang telah mati dan yang terakhir berkisarkan tentang perjalanan seorang wanita yang diganggu hantu
9. Oh My Ghosts (2009)
Tiga sahabat terkejut oleh hantu dahsyat yang mengganggu asrama mereka. Bosan melarikan diri, mereka memanggil roh untuk membantu mereka mengalahkan hantu. Tetapi perkara menjadi huru-hara ketika mereka tidak dapat mengawal dan mengendalikan keadaan yang akhirnya membawa kepada cerita hantu yang kelakar.
10. Haunting Me (2007)
Empat orang drag queen yang sudah tua menguruskan sebuah rumah tumpangan untuk lelaki di sebuah kawasan yang terletak di Thailand. Selepas membantu menutup kes kematian misteri dua remaja tempatan (iaitu “Pancake” seorang pondan yang obes dan gadis yang cantik iaitu Num-Ning), kedua-dua roh mula menghantui rumah tumpangan itu, memaksa mereka melakukan apa sahaja untuk menghalang gangguan hantu. Kemudian mereka menyedari bahawa untuk menghentikan gangguan, mereka perlu membantu salah satu hantu yang ingin membalas dendam atas kematiannya.