Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime Trivia

10 Filem Hollywood Yang Diihamkan Dari Anime

Adaptasi adalah pekara yang cukup biasa dalam industri perfileman Hollywood, ada yang berdasarkan novel dan ada juga yang diilham dari peristiwa sebenar ataupun anime. Tetapi terdapat beberapa filem popular, yang pada asalnya kita sangka ia mungkin dari idea asal penulis, tetapi sebenarnya filem-filem ini diilhamkan dari sumber lain, sebagai contoh mengambil ilham dari anime-anime popular Jepun.

Disini, kami kongsikan senarai filemf Hollywood yang mungkin mengambil inspirasi dari anime.

10. The Lion King

Pengaruh: Kimba the White Lion

Filem animasi yang diterbitkan oleh Disney pada tahun 1994 ini dikatakan meniru konsep dan idea dari siri anime Jepun berjudul Kimba The White Lion yang dihasilkan pada tahun 1950. Filem ini telah menimbulkan kontroversi kerana karakter Simba memiliki perwatakan yang sama dengan Kimba dalam siri anime Jepun itu.

9. The Matrix

Pengaruh: Ghost in the Shell

Tahukah anda, filem terkenal yang dihasilkan pada tahun 1999 ini telah meniru siri anime Ghost in the Shell? Joel Silver, penerbit filem ini berkata, mereka mengilhamkan anime tersebut dalam filem mereka untuk menjadi sebuah filem Live Action. Senang kata, mereka tidak menafikan yang sebenarnya mereka mengambil konsep siri anime tersebut.

8. Van Helsing

Pengaruh: Vampire Hunter D

Salah satu ‘point yang mengatakan filem ini mengambil inspirasi anime Vampire Hunter D. adalah perwatakan dan kostum yang dipakai oleh Abraham Van Helsing (Hugh Jackman). Perwatakan Van Helsing dan pakaian hitam yang panjang serta topi ala koboi hampir menyerupai salah satu karakter novel karya Hideyuki Kikuchi itu.

7. Avatar

Pengaruh: Princess Mononoke

Mungkin sekadar kebetulan bahawa filem Avatar ini mirip dengan siri anime Princess MononokePenceritaan, karakter malah babak romantik antara manusia dan makhluk asing dalam filem Avatar boleh dikatakan hampir sama dengan apa yang dipaparkan dalam anime Princess MononokeAnime tersebut diterbitkan pada tahun 1997, manakala Avatar pula diterbitkan pada tahun 2009.

6. Inception

Pengaruh: Paprika

Konsep Filem arahan Christopher Nolan ini dikatakan mirip dengan siri anime Jepun yang berjudul Paprika yang dihasilkan pada tahun 2009. Paprika mengisahkan seorang psikologist yang mengunakan sebuah alat untuk memasuki kedalam mimpi pesakitnya. Sama tak konsep filem Inception dengan anime Paprika? Christoper Nolan sendiri mengakui filemnya itu memang diilhamkan dari anime Paprika

5. Black Swan

Pengaruh: Perfect Blue

Filem drama thriller lakonan Natalie Portman dan Mila Kunis ini sebenarnya diinspirasikan dari anime Perfect Blue karya Satoshi Kon. Selain menggambil idea dari anime berkenaan untuk filem Black Swanpengarahnya Daren Aronofsky turut mengambil beberapa bahagian dalam anime berkenaan untuk dimasukkan dalam satu lagi filem arahannya, Requiem for a Dream (2000).

4. Scott Pilgrim vs The World

Pengaruh: Naruto

Memang tidak dinafikan terdapat banyak bahagian dalam filem ini diinspirasikan dari siri permainan video dan anime. Salah satu anime yang dijadikan inspirasi oleh pengarah Edgar Wright ialah siri anime Naruto

3. Looper

Pengaruh: Akira

Karakter kanak-kanak bernama Cid yang memiliki abiliti psikokinetik, diilhamkan dari karakter Tetsuo dalam anime Akira arahan Katsuhiro Otomo. Bukan itu sahaja pengarah Ryan Johnson tidak segan silu mengatakan bahawa dia bukan sahaja mendapatkan ilham dari anime tersebut untuk filemnya ini, malah turut mengambil iham dari satu lagi hasil kerja Otomo, iaitu Domu.

2. Pacific Rim

Pengaruh: Neon Genesis Evangelion/Mobile Suit Gundam/Patlabor/etc

Perkataan Kaiju yang merujuk kepada raksasa gergasi sudah cukup menggambarkan bajawa filem arahan Guillermo del Toro ini memiliki konsep yang sama dengan beberapa siri anime popular seperti iaitu Neon Genesis Evangelion, Mobile Suit Gundam dan Patlabor.

1. Her

Pengaruh: Chibots

Her mengisahkan seorang lelaki Theodore Twombly (Joaquin Phoenix) telah jatuh cinta dengan seorang perempuan, Samantha (Scarlett Johansson) yang sebenarnya merupakan A.I sebuah komputer. Filem ini secara terang-terangan mengambil ilham dari anime Chibots karya Clamp.

Sumber: Muvila.com

artikel telah dikemaskini pada 7 Mei 2021

Related posts

[VIDEO] Tajuk & Teaser “Dragon Ball Super Movie 2” Telah Didedahkan

Kakimuvee

WHO ARE THE SHADYSIDE KILLERS?

Zulaikha

WE RANK THE MANY DISTURBING DEATHS IN HORROR FILMS

Zulaikha

5 Pekara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton “Kingdom: Ashin of the North”

Kakimuvee

8 FUNNIEST MOMENTS OF HOSPITAL PLAYLIST S2 SO FAR

Zulaikha

A LOOK AT HAN SO-HEE’S K-DRAMA CHARACTER FASHION EVOLUTION

Zulaikha

Leave a Comment