Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

10 Filem Hollywood Bertemakan Rompakan Yang Menarik Untuk Ditonton


Filem bertemakan rompakan adalah salah satu subgenre filem jenayah. Subgenre ini seringkali dijadikan pilihan oleh produksi-produksi di Hollywood sekiranya mereka merancang untuk menghasilkan sesebuah filem.

Filem seperti ini akan memberi fokus jalan cerita kepada perancangan, pelakuan mencuri dan kisah selepas melakukan jenayah mencuri. Filem-filem seperti ini kerap memaparkan ‘plot twist’, memberi fokus kepada karakter filem menjalankan kerja-kerja mencuri merompak dan juga aksi melepaskan diri selepas melakukan rompakan. Kebiasaanya juga, filem ini akan memaparkan ramai barisan pelakon kerana rompakan selalu dikaitkan dengan sesebuah kumpulan.

Jadi kami disini ingin kongsikan 10 filem Hollywood bertemakan rompakan yang menarik untuk ditonton.

1. The Italian Job (2003)

The Italian Job (2003)

The Italian Job menceritakan tentang seorang perompak bernama Charlie Crocker (Mark Wahlberg) yang berjaya mencuri emas dengan jumlah yang cukup mengagumkan dari tempat yang dikawal sangat ketat dan rapi di Venice, Itali. Tetapi beliau dikhianati oleh salah satu rakannya. Bersama dengan rakan-rakannya yang lain, Charlie ingin membalas dendam terhadap pengkhianat dimana mereka merancang untuk mencuri kembali emas tersebut dengan cara memanipulasi lampu lalu lintas dan membuat kerosakan di jalanraya Los Angeles.

2. Inside Man (2006)

Filem ini menceritakan tentang Dalton Russell (Clive Owen), seorang ketua perompak bersama kumpulannya merompak bank, dengan tenang sekumpulan perompak yang diketuai oleh Dalton masuk dan mula menjadikan semua yang ada di dalam bank tersebut sebagai tebusan, hingga polis datang dan mengepung mereka dari pelbagai arah. Perkara ini menyebabkan pertarungan di antara Detektif Keith Frazier (Denzel Washington), seorang ketua polis sekaligus merunding tebusan dengan Dalton Russell.


Rundingan berjalan lambat dan hal ini membuat Keith merasa ada hal yang cuba dilakukan para perompak terutama Dalton. Arthur Case (Christopher Plummer), pemilik bank kecewa dengan Detektif Keith. Detektif Keith melihat tingkah laku Arthur semakin mencurigakan jika motif sebenarnya dari Dalton bukan hanya mengenai wang, tapi ada unsur terselubung yang sedang dirancangkan.

3. Heat (1995)

Kisah perompak bernama Neil McCauley (Robert De Niro) dan kumpulannya yang mempunyai hobi pelik, merompak segalanya dengan nilai nominal tinggi (bank, kereta, dan sebagainya). Lt.Vincent Hanna (Al Pacino) dan pasukan polisnya yang menangani kes kecurian, rompakan/pembunuhan mula mengejar kumpulan Neil, dengan pelbagai cara apapun.

4. Reservoir Dogs (1992)

Filem ini mengisahkan sebuah kumpulan yang melakukan perompakan pada sebuah kedai berlian. Menariknya, pasukan yang dibentuk oleh seorang ketua mafia bernama Joe Cabot (Lawrence Tierney) dan anaknya, Eddie Cabot (Chris Penn), terdiri dari orang-orang yang tidak saling mengenali antara satu sama lain. Mereka tidak saling mengetahui latar belakang rakan satu kumpulannya, tempat mereka tinggal, malahan nama sebenar rakan satu kumpulannya pun tidak mereka ketahui. Hal tersebut dilakukan untuk menjaga profesionalisme dan mencegah persekongkolan.

Dalam menjalankan misi tersebut, semua anggota menggunakan nama samaran yang terdiri dari: Mr. White/Larry Dimmick (Harvey Keitel), Mr. Orange/Freddy Newandyke (Tim Roth), Mr.Blonde/Vic Vega (Michael Madsen), Mr. Pink (Steve Buscemi), Mr.Blue (Edward Bunker), dan Mr. Brown (Quentin Tarantino).

5. The Usual Suspects (1995)

Filem ini mengisahkan sekumpulan penjenayah, Keaton (Gabriel Bryne), Verbal Kint (Kevin Spacey), McManus (Stephen Baldwin), Hockney (Kevin Pollack), Fenster (Benicio del Toro), yang dimasukkan ke penjara pada waktu yang sama kerana tuduhan merompak trak yang penuh dengan senjata. Tapi kerana kelima-limanya terbukti tidak bersalah, mereka pun dibebaskan. Merasa tak terima dipermalukan oleh polis yang telah mengkambinghitamkan mereka dalam perompakan itu, kelimanya pun merancang untuk balas dendam dengan merompak sebuah trak.

Operasi berjalan dengan lancar. Seorang peguam bernama Kobayashi (Pete Postlethwaite) menawarkan pekerjaan yang lebih menggiurkan buat mereka iaitu merompak permata. Tanpa disedari mereka harus berurusan dengan penjenayah kejam yang paling ditakuti iaitu Keyser Söze (Kevin Spacey).

6. Ocean’s Eleven (2001)

Filem ini mengisahkan tentang seorang perompak yang baru keluar dari penjara, Danny Ocean (George Clooney) yang merancang untuk melakukan aksi perompakan besar dengan merompak tiga kasino besar di Las Vegas, iaitu Bellagio, The Mirage dan MGM Grand. Ketiga-tiganya dimiliki oleh Terry Benedict (Andy Garcia), kekasih Tess Ocean (Julia Roberts) yang merupakan bekas isteri Danny. Untuk melaksanakan rancangannya, Danny Ocean merekrut 11 orang lain dengan kebolehan dan kemampuan khusus masing-masing yang diperlukan dalam aksi rompakan ini.

7. Lock , Stock And Two Smoking Barrels (1998)

Lock, Stock And Two Smoking Barrels menceritakan tentang empat lelaki muda yang mempertaruhkan wang mereka dalam perjudian, mereka kalah judi malahan berhutang setengah juta pound sterling kepada bos pemilik perjudian itu. Jika tidak membayarkan, bar salah satu milik keluarga 4 orang pemuda ini akan dirampas.

Akibat terdesak, mereka mengetahui bahawa jiran mereka adalah sekumpulan perompak, akhirnya mereka merancang untuk merompak perompak. Di sinilah timbul ketegangan kerana mereka secara tidak langsung terlibat dalam lingkaran jenayah yang melibatkan perompak, pengedar dadah, perniagaan pelacuran dan senjata api. Mereka juga cuba untuk keluar dari masalah tersebut supaya dapat hidup normal seperti dahulu.

8. The Town (2010)

The Town adalah filem yang menceritakan mengenai sekumpulan perompak, yang terdiri daripada Dough McRay (Ben Affleck), James Coughlin (Jeremy Renner), Albert ‘Gloansy’ Magloan (Slaine), dan Desmond Elden (Owen Burke). Empat perompak itu berjaya merompak Bank dan mengancam pengurus bank, Claire Keesey (Rebecca Hall). Adalah malang bagi James kerana Claire telah melihat tatu di lehernya ketika dia merompak bank. Tetapi Claire tidak berani untuk mendedahkannya kepada ejen FBI dan polis yang mengendalikan kes itu. Beberapa lama kemudian, Dough mula jatuh cinta dengan Claire dan mereka menjadi pasangan kekasih. Claire tidak pernah tahu bahawa Dough adalah penjenayah yang merompak Bank di tempat dia bekerja.

9. Die Hard (1988)

Bermula pada sambutan Krismas di tingkat satu pusat membeli belah Nakatomi Plaza Los Angles, di sana para perkerja mengadakan pesta kesyukuran. Semasa kejadian, tiba-tiba sekumpulan penjahat yang diketuai oleh Hans Gruber (Alan Rickman) menyelinap masuk dan mengganggu parti itu. Sesiapa yang cuba melarikan diri atau tidak mematuhi arahan, akan dihukum mati. Tujuan utama Hans menceroboh masuk ke Nakatomi Plaza adalah untuk mengambil wang tunai bernilai $640 juta dolar USD yang disimpan di salah satu peti keselamatan paling selamat di sana.

Seorang pegawai polis John McClane dari pasukan polis New York City boleh dikatakan ‘seorang lelaki di tempat dan waktu yang salah’. Apabila dia menjemput isterinya, Holly McClane yang juga seorang pekerja di Nakatomi Plaza untuk bermalam bersama di malam Krismas sambil membincangkan hubungan mereka yang retak. Keadaan yang dijangka berjalan dengan baik seperti yang John mahu, beralih kepada bencana untuk John.

10. Ronin (1998)

Filem aksi thriller ini mengisahkan sebuah kumpulan yang baru dibentuk untuk menjalankan misi mencuri beg bimbit yang sangat berharga. Dierdre (lakonan Natascha McElhone) telah mengumpul beberapa individu yang pakar dalam bidang-bidang tertentu dan membentuk satu pasukan ‘task force’ untuk mencurit sebuah beg bimbit yang mengandungi barang misteri dipercayai sangat berharga.

Mereka terdiri dari Sam (lakonan Robert De Niro), bekas pengawai perisik, bersama-sama Vincent (lakonan Jean Reno), Gregor (lakonan Stellan Skargard) dan beberapa individu lain. Ketika mereka menjalankan operasi, mereka dapati terdapat individu yang tidak boleh dipercayai dalam pasukan mereka dan mereka perlu menyelesaikan misi sambil memerhati tingkah laku setiap individu dalam pasukan mereka itu sendiri.

Bonus! kami kongsikan babak dari filem rompakan dalam filem Heat 1995. Lihat video dibawah.


Related posts

George Clooney Mungkin Kembali Untuk Satu Lagi Filem Terbaru OCEAN’S

Kakimuvee

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Produksi Prekuel ‘Ocean’s Eleven’ Akan Dimulakan Pada Mac Ini

Kakimuvee