Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

10 Filem Hollywood 2017 Terbaik Setakat Ini.

Dunia perfileman Hollywood sudah memasuki pertengahan tahun 2017. Dan banyak filem-filem menarik telahpun ditayangkan ke seluruh dunia. Ada filem yang sukses dan tak kurang juga filem yang flop dan mendapat kritikan yang teruk samada dari pengkritik filem mahupun penonton.

Berdasarkan dari artikel laman web Cinemablend, kami disini ingin kongsikan 10 filem Hollywood terbaik yang ditayangkan pada tahun 2017. Jom kita tengok filem manakah yang berada dalam senarai 10 filem terbaik itu.

10. The Lost City of Z

Mendapat review positif dari pengkritik filem, The Lost City of Z arahan James Gray berada disenarai kesepuluh filem terbaik 2017 setakat ini. Antara yang menyumbang kepada kritikan positif yang diterima ialah lakonan mantap dari Chalie Hunnam

9. The Lego Batman

The Lego Batman meneruskan kecemerlangan dari filem sebelum ini, The Lego Movie. Karakter Dark Knight yang agak kelakar dan mempunyai krisis emosi serta watak Joker dari suara Zach Galifianakis melayakkan filem ini berada di kedudukan kesembilan

8. The Big Sick

Filem romantik komedi yang sangat memberi inspirasi kepada penonton. Ia mengisahkan seorang pemuda yang jatuh cinta kepada bekas kekasihnya yang sedang dalam keadaan koma. Filem yang diadaptasikan dari kisah sebenar penulis filem ini yang juga pelakon untuk filem ini juga, Kumail Nanjiani. Nanjiani dan Isterinya Emily Gordon mengabadikan kisah mereka menjadi sebuah filem yang drama, emosi yang sebenar serta komedi yang cukup mencuit hati

7. It Comes at Night

Filem psikologikal horror ini belum ditayangkan di Malaysia, tetapi berdasarkan review, ianya sebuah filem yang cukup menakutkan untuk ditonton. Mendapat 87% rating di Rottentomatoes sudah cukup membuatkan filem ini berada dikedudukan ketujuh filem terbaik setakat ini.

6. Colossal

Colossal pada mulanya ditayangkan secara terhad di pawagam US, namun filem ini mendapat sambutan mengalakkan, ia terus ditayangkan keseluruh dunia. Filem ini mengisahkan seorang gadis kaki botol, Gloria yang pulang ke kampung halamannya dan mendapati dirinya mempunyai kaitan dengan raksaksa yang menganas di Seoul, Korea.

5. Wonder Women

Wonder Women berjaya mengubah persepsi penonton terhadap filem-filem yang dihasilkan oleh DCEU selepas kegagalan filem-filem mereka sebelum ini. Ia juga adalah filem pertama DCEU yang berjaya mendapat review positif dari pengkritik filem. Filem Wonder Women masih lagi panas dan terus menerus mengisi kantung Warner Bros dari segi kutipan tiket.

4. John Wick: Chapter Two.

Jangan cari pasal dengan John Wick! Aksi Keanu Reeves dalam filem ini seolah-olah menunjukan aktor tersebut masih muda. John Wick: Chapter Two telah memberikan sebuah aksi yang cukup memukau kepada penonton,

3. Logan

Filem terakhir Wolverine yang cukup sempurna. sebuah filem superhero yang sangat berbeza dari filem-filem Superhero yang lain. James Mangold dan Hugh Jackman akhirnya memberikan sebuah filem yang paling mahu ditonton oleh peminat Wolverine, sebuah R-Rated Wolverine movie. Sayangnya, ia filem pertama dan terakhir.

2. Baby Driver

Filem ini akan ditayangkan 20 Julai di pawagam Malaysia, tetapi filem arahan Edgar Wright mendapat rating 100% dilaman Rottentomatoes dan 8.5/10 di laman IMDb. Sebuah filem crime thriller yang mesti ditonton oleh penonton Malaysia. Filem ini mengisahkan Baby (Lakonan Ansel Elgort) yang mahu meninggalkan dunia jenayahnya dan melarikan diri bersama-sama kekasih barunya, Debora (Lily James). Masalah timbul apabila sekumpulan pembunuh lakonan Kevin Spacey, Jamie Foxx, Jon Hamm, dan Eiza González sedang memburunya.

1 Get Out

Filem pertama Jordan Peele sebagai pengarah, dan ia terus mencipta kejayaan apabila filem ini mendapat kritikan postif dan juga mengaut keuntungan beratus juta dollar bebanding kos produksi hanya $4.5 juta sahaja. Siapa yang pernah melihat lakonan Daniel Kaluuya pasti dapat mengagak mutu lakonannya dalam filem seram ini. Filem ini mengisahkan seorang lelaki kulit hitam yang melawat ke rumah teman wanitanya yang berkulit putih dan mendapati tempat tinggal wanitanya itu penuh denga misteri

 

Related posts

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

4 Sebab Untuk Menonton Lakonan Hebat Han So-hee Dalam “My Name”

Zulaikha

Kisah Pemberontakan Kapal Perang Soviet Storozhevoy Yang Menjadi Inspirasi Kepada Novel “The Hunt for Red October”

Kakimuvee

Squid Game Is a Fresh Take on The Survival Genre. We’ll Tell You Why!

Zulaikha

Kenali Klasifikasi Rating Filem & Kenapa Ibu Bapa Perlu Peka

Kakimuvee

Leave a Comment