Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

10 Filem Hebat Dengan ‘Twist’ Yang Pecah-Otak

Anda gemar dengan filem yang rumit dan berakhir dengan ‘twist’ di penghujung cerita? bagaimana jika twist itu benar-benar membuatkan anda terkejut sehingga merasakan otak anda hampir sahaja meletup. Jika anda gemarkan filem sebegitu, disini kami ada cadangan yang filem menarik untuk anda tonton – bagi mereka belum pernah melihatnya, dan menarik untuk ditonton semula!. 

1. Shutter Island (2010)

2010 adalah tahun untuk Leonardo DiCaprio mengelirukan penonton dengan lakonannya dalam filem-filem mind blowing. Shutter Island arahan Martin Scorsese adalah adaptasi dari novel berjudul sama yang ditulis oleh Dennis Lehane. Apa yang bijaknya mengenai pengarah tersebut, Scorsese mengubah ending filem ini yang berbeza dari novel sehinggakan peminat betul-betul terkeliru semasa dipenghujung filem walaupun mereka memberi 110% fokus pada perjalanan cerita.


Mengisahkan US Marshall Teddy Daniels lakonan DiCaprio yang pergi ke sebuah institusi psikatrik yang juga penjara yang terletak disebuah pulau. Dia bersama rakannya, Chuck Aule menyiasat mengenai satu kes banduan yang melarikan diri dari penjara orang gila tersebut yang akhir membawa kepada identiti sebenar Teddy Daniels.

Twist: Teddy Daniels ialah Andrew Laeddis, dan dia sebenarnya pembunuh isterinya.

2. Oldboy (2003)

Dae-su (Min-sik Choi) yang malang tidak dapat berehat dalam Oldboy, filem araha Chan-wook Park yang diadaptasikan dari Manga terkenal Jepun karya Tsuchiya Garon. Pertama, dia secara tidak dijangka dihantar ke penjara selama 15 tahun, dikurung dalam sel tanpa tingkap, dan dituduh secara salah keatas kematian isterinya serta mengentahui bahawa anak perempuannya yang berusia tiga tahun di hantar ke rumah keluarga angkat. 

Sebaik sahaja keluar, Dae-su segera mengamuk dengan kejam untuk mencari siapa yang menjadi dalang terhadap nasibnya yang malang. Dalam proses itu, dia bertemu dengan tukang masak sushi muda yang comel, bernama Mi-do (Kang Hye-jeong).

Usahanya yang ingin membalas dendam membawanya kepada rakan sekelas lama sekolah rendah bernama Woo-jin (Yu Ji-tae), yang menghancurkan hidup Dae-su sebagai bayaran balik selama berdekad-dekad keatas dendam lamanya.

Tetapi bahagian paling teruk dari rancangan jahat Woo-jin? Dia telah membesarkan Mi-do, yang sebenarnya adalah anak perempuan Dae-su, ketika dikurung, dia telah dihipnosis untuk jatuh cinta dengan Dae-su sebaik sahaja mereka bertemu.

Dae-su, merasa terkejut dan malu, menebus dosanya seperti mana-mana orang yang waras: Dia memotong lidahnya menggunakan gunting berkarat – dimana Park menunjukkannya dalam keadaan yang sangat mengerikan. 

Twist: Mi-do ialah anak perempuan Dae-su

3. Black Swan (2010)

Black Swan ialah filem pelik dan rumit, meneroka garis halus yang sering diabaikan antara bakat dan obsesi. Portman memainkan watak Nina, seorang ballerina yang setia namun bermasalah yang mendapati dirinya perlahan-lahan jatuh lebih jauh ke dalam rehat psikotik apabila dia bersaing untuk peranan utama dalam penerbitan Swan Lake menentang Lily (Kunis), seorang penari yang lebih riang dan sensual.

Nina melalui cara yang merosakkan untuk mendapatkan peranan itu, sering bermasalah dengan halusinasi aneh—dia membayangkan pergi ke kelab, mengambil ekstasi dan bergaul dengan Lily—dan pada malam pembukaan rancangan itu, dia melihat Lily bersiap sedia untuk mengambil alih peranannya.

Dihasut dengan rasa dengki dan geram, Nina menikam Lily. Nina kemudiannya dengan pantas keluar ke atas pentas dan melakukan persembahan yang paling sempurna dalam hidupnya, tetapi tidak lama kemudian kita menyedari bahawa Nina sebenarnya telah menikam dirinya sendiri dan telah membuat persembahan melalui kecederaannya. Dia mati kerana dia menyedari bahawa persembahannya adalah sempurna; Ketaksuban Nina untuk mencapai kesempurnaan adalah kehancurannya pada akhirnya.

Twist: Nina sebenarnya membunuh dirinya sendiri, dan psikotik

4. Gone Girl (2014)

Gone Girl adalah perjalanan *liar*. Kisah yang ditulis Gillian Flynn adalah asli dan gila. 

Amy, seorang wanita yang suiman, memutuskan untuk membalas dendam terhadap suaminya yang curang, Nick, dengan terperinci dan membuat tuduhan keatas pembunuhannya. Yang dimaksudkan dengan terperinci adalah: dia mencipta pemburuan yang rumit yang direka khas untuk Nick dan membunuh bekas teman lelakinya semasa dalam proses itu sambil menunjukkan sedikit atau tiada penyesalan untuk semua pekara itu.

Untuk menjadikan pengakhiran yang lebih menjengkelkan dan lebih gelap bagi filem thriller psikologikal ini, Amy pulang kerumah, menggunakan air mani Nick untuk inseminasi buatan sendiri dan membuat kejutan kepada Nick – dia hamil! Nick yang hampir bersedia untuk membunuhnya, secara tiba-tiba menerima dia kembali. 

Twist: Nick menerima Amy kembali selepas dia menuduhnya keatas pembunuhannya.

5. Arrival (2016)

Mengisahkan makhluk asing yang datang serentak ke beberapa buah negara di dunia. Tujuannya bukanlah untuk menawan bumi, tetapi memberi satu ilmu kepada manusia. Filem ini agak slow-pace dan juga ‘complicated’ untuk difahami. Flashback, masakini dan masa hadapan bercampurbaur dalam filem ini sehinggakan anda sukar untuk memahaminya sekirannya anda tidak fokus 100% terhadap perjalanan cerita ini.

Lakonan Amy Adams yang sangat mantap dan dibantu oleh “Hawkeye” aka Jeremy Renner. Arrival merupakan antara filem terbaik tahun 2016 dan telah menerima 9 pencalonan Oscar. Awas! walaupun menunjukan makhluk asing berbentuk sotong dan angkatan tentera, aksinya hanya 1% sahaja dan tidak sesuai untuk mereka yang gemarkan filem-filem aksi ala Transformers.

Twist: Babak ‘flashback’ sebenarnya adalah masa depan.

6. American Psycho (2000)

Majoriti plot American Psycho membawa penonton melihat pembunuhan oleh ahli perniagaan yang menawan dan berjaya, Patrick Bateman sepanjang perjalanannya di New York City. Dia seorang psikopat pembunuh—setiap orang yang dilihat matanya dengan alasan yang cukup untuk menerima kematian, dan walaupun Bateman kejam, dia sangat teliti, berhati-hati, dan, akhir sekali, dia tidak benar-benar menyesal.

Bagaimanapun, pembunuhan terakhirnya menjadi bermasalah. Terdapat ramai saksi. Dia tidak nampak jalan keluar. Dia menelefon peguamnya dan mengaku. Tetapi Bateman sangat dikagumi dan disayangi dalam komuniti orang kaya sehingga tiada siapa yang mempercayainya.

Dalam babak terakhir filem itu, kita mengentahui buat kali pertama, bersama Bateman, terdapat ramai orang yang telah dibunuhnya, sebenarnya masih hidup. Filem ini tidak memberikan sebarang jawapan konkrit, tetapi secara kasarnya, kita mungkin merasakan Bateman sebenarnya jauh lebih gila dari apa yang kita fikirkan selama ini: dia hanya membayangkan pembunuhannya.

Twist: Patrick Bateman sebenarnya tidak benar-benar membunuh semua orang itu

7. Memento (2009)

Niat untuk membalas dendam terhadap kematian si isteri sukar dilakukan si watak utama filem arahan Christopher Nolan ini mengalami anterograde amnesia atau dalam bahasa mudahnya, sukar untuk menyimpan memori didalam otak. Cara yang mudah, adalah mencacah tatu pada badannnya dan mengambil gambar polaroid agar dapat melihat kembali setiap petunjuk yang dapat membawa kepada pembunuh isterinya.

Semasa siasatan berterusannya, Leonard menceritakan kisah Sammy Jankis, seorang lelaki yang mempunyai keadaan yang sama dengannya. Jankis telah membunuh isterinya dengan memberinya lebihan insulin – Isterinya tidak percaya dia mengalami amnesia dan terus meminta lebih banyak insulin dalam usaha untuk membuatnya mengaku dia berbohong.

Bagaimanapun, melalui beberapa siri klu dan petunjuk, Leonard mendapati lelaki yang dipercayainya adalah penyerangnya dan pembunuh isterinya, seorang lelaki bernama Teddy, dan lalu dia membunuhnya.

Penyerang yang mencederakan Leonard sehingga menyebabkan dia mengalami amnnesia, dan merogol isteri, sebenarnya tidak membunuh isterinya. Yang membunuh isterinya adalah Leonard sendiri – dengan cara memberi lebihan insulin. Leonard adalah Sammy Jankis, tetapi dia mencipta cerita sebagai cara untuk menangani rasa bersalah. 

Twist: Leonard Shelby sebenarnya Sammy Jankis

8. Fight Club (1999)

Minda yang bercelaru kadang kala akan membawa kepada satu tindakbalas psikologikal yang kita tidak akan jangkakan. Fight Club arahan David Fincher dan lakonan mantap Brad Pitt dan Edward Norton ini mengisahkan seorang lelaki yang mengalami insomnia yang berjumpa dengan seorang lelaki bernama Tyler (lakonan Brad Pitt) secara tidak sengaja. Mereka berdua berkongsi personaliti yang sama dan menjadi rakan baik. Filem ini semakin lama semakin mind blowing sehinggalah anda mengentahui siapakah Tyler yang sebenarnya.

Twist: Tyler Durden tidak wujud—dia hanyalah ‘split personality’ narator.

9. The Sixth Sense (1999)

Quote “I See Dead People” sangat popular sehinggakini. The Sixth Sense boleh dikatakan peneraju dalam ketegori ‘twist’. Disokong dengan barisan pelakon yang mantap seperti Hayley Joel Osment dan Bruce Willis, penonton pasti tidak menyangka bahawa watak utama sebenarnya sudah mati sepanjang perjalanan cerita. Cerita yang tidak berbelit, tetapi ‘twist’ dipenghujung cerita sudah cukup mengejutkan penonton. 

Twist: Cole benar-benar boleh “melihat orang mati,” terutamanya watak utama Malcolm Crowe.

10. Se7en (1995)

Filem seram klasik ini mengikuti kisah dua detektif yang memburu pembunuh bersiri yang membunuh mangsanya berdasarkan tujuh dosa besar mengikut kitab Bible. Setiap pembunuhan akan menjadi lebih ngeri , dan menguji ketabahan penggemar filem seram. 

‘Ending’ yang mengejutkan dan ‘twist’ membuatkan filem ini menjadi salah satu filem seram paling terkenal dalam sejarah. 

Twist: Mills membunuh John Doe, memenuhi rancangan pembunuh bersiri itu.

Related posts

COMIC CON: Dari Trailer “Black Panther” Ke Pengumuman Dua Filem Baharu Avengers, Ini Perkembangan Terkini MCU Fasa 4-6

Kakimuvee

3 Sebab Mengapa “Extraordinary Attorney Woo” Menjadi Sensasi K-Drama

Zulaikha

13 Filem Hollywood Yang Sebenarnya Mengambil Inspirasi Dari Anime Popular

Kakimuvee

24 Filem Seram Korea Klasik / Moden Yang Berbaloi Untuk Ditonton Semula

Kakimuvee

13 Peranan Ikonik Samuel L. Jackson Yang Diingati Peminat

Kakimuvee

[AMARAN] Spoiler Penuh Thor: Love and Thunder (2022)

Kakimuvee

Leave a Comment