Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

10 Filem Anti-War Paling Popular Di IMDb

Filem perang sudah menjadi genre utama di Hollywood. Bergantung pada kecenderungan politik penulis/pengarah, filem-filem seperti ini dapat menggambarkan peristiwa bersejarah dengan cara menyokong perang atau mengecamnya. Sedikit berbeza dari filem ‘pro-perang’, filem ‘anti-perang’ seringkali menerapkan falsafah politik yang luas dengan paparan perang. 

Filem ‘anti-perang’ dicipta kerana mahu memprotes perang secara umum, ia juga membantu mengukir persepsi masyarakat mengenai perang. Berikut adalah filem ‘anti-perang’ popular di IMDb berdasarkan skor pengguna. 

10. The Thin Red Line (7.6)

Terrence Malick adalah salah satu tokoh filem yang paling misteri di dunia. Setelah mengarahkan dua filem pada tahun 1970-an, Malick hilang dari industri filem selama dua puluh tahun. Auteur kembali pada tahun 1998 dengan menghasilkan The Thin Red Line, sebuah filem anti-perang yang menampilkan barisan pelakon yang ramai untuk menceritakan kisah, tanpa mementingkan narafif dah lebih fokus pada perasaan tertentu atau idea.

9. Waltz With Bashir (8.0)

Waltz With Bashir merupakan filem animasi perang yang diterbitkan Israel. Ceritanya berdasarkan dari saksi utama yang terlibat dalam konflik pencerobohan Israel terhadap Lebanon. 

Sebuah filem animasi yang mengerikan dan hanya untuk orang dewasa, pengarahnya juga menjadi subjek dalam filem ini: seorang lelaki yang cuba mengingati peranannya semasa pencerobohan. Dengan menggunakan gaya animasi yang unik untuk menghidupkan pelbagai wawancara dari saksi, filem ini memberi gambaran buruk mengenai kesan psikologi jangka panjang selepas perang. Dihantui dan tidak dapat dilupakan, filem ini tidak pernah lebih relevan daripada pada zaman yang bergolak sekarang.

8. The Deer Hunter (8.1)

Salah satu filem terbaik tahun 70-an yang juga merupakan filem yang mengutuk teruk Perang Vietnam. Filem epik berdurasi 3 jam ini menceritakan bagaimana perang menghancurkan setiap aspek kehidupan tiga orang askar setelah mereka kembali bandar kecil. 

Robert DeNiro, Meryl Streep, dan John Cazale memberikan satu persembahan yang cukup luar biasa, tetapi filem ini menjadikan Christopher Walken pemenang anugerah Academy. Adegan “Russian roulette” dalam filem ini kekal segar lebih berdekad dan menjadi salah satu klimaks terhebat di pawagam.

7. Come And See (8.3)

Come and See digambarkan sebagai salah satu filem paling ‘dark’ yangg pernah dibuat. Filem Russia ini berlatarbelakangkan negara Belarus dimana Parti Nazi menjarah dan memusnahkan apa sahaja yang mereka lihat.

Protagonis filem ini adalah seorang pemuda yang tidak sabar untuk menyertai pasukan penentang Belarus, dan setelah menyertainya, dia terdedah dengan kekejaman manusia yang agak dasyat. Filem yang tidak dapat dilupakan ini mencabar penonton pada setiap peringkat, dan kekal bersama anda sepanjang hari-hari anda.

6. Apocalypse Now (8.4)

Filem arahan Francis Ford Coppola ini merupakan adaptasi dari novella Heart of Darkness tulisan Joseph Conrah. Ia merupakan salah satu filem yang paling bercita-cita tinggi dan pelik seumpamannya. Filem yang panjang, dan membawa penonton ke jiwa watak utama lakonan Martin Sheen yang pergi ke pedalaman Vietnam untuk membunuh kolonel jahat dan menakutkan lakonan Marlon Brando. 

Filem yang harus ditonton oleh kaki-kaki wayang, kerana ia merupakan hujah yang kuat terhadap kesan psikologi Perang Vietnam.

5. Dr. Strangelove Or: How I Learned To Stop Worrying And Love The Bomb (8.4)

Stanley Kubrick pernah membuat beberapa filem mengenai kengerian perang. Salah satunya adalah filem ‘black comedy’ yang yang dibintangi oleh Peter Sellers pelakon terkenal yang pernah membawa beberapa watak ikonik, termasuk watak utama filem ini.

Filem ini menyindir konflik nuklear diantara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat semasa Perang Dingin. Filem yang sangat berisiko pada masa itu, tetapi humor dan pemerhatian serta amaran politik yang cerdik menjadikan filem ini salah satu karya awal terbaik Stanley Kubrick. 

4. Paths Of Glory (8.4)

Selain Dr. Strangelove, Paths of Glory antara karya agung terawal Stanley Kubrick. Filem ini dengan bijak membina autoriti ketenteraan dan pengecut. Filem ini juga turut memaparkan persembahan luar biasa Kirk Douglas yang memainkan peranan sebagai seorang Kolonel yang mahu mempertahankan tiga tenteranya di mahkamah tentera selepas mereka dituduh “pengecut dalam menghadapi musuh.”

Paths of Glory adalah karya agung memperkatakan tentang sikap tidak peduli dan ketidakadilan perang. 

3. Grave Of The Fireflies (8.5)

Studio Ghibli telah berjaya menjadi salah satu studio animasi yang paling disukai ramai dalam sejarah animasi. Salah satu filem terbaiknya adalah filem anti-perang yang diterbitkan pada tahun 1988, Grave of the Fireflies.

Jujur, filem ini antara filem yang paling sedih yang pernah dibuat. Ia menceritakan kisah seorang remaja lelaki dan adik perempuannya yang cuba bertahan ketika Perang Dunia Kedua mula melanda Jepun. Animasi yang indah dan memiliki kekuatannya yang tersendiri. Filem ini merupakan entri yang unik dalam genre filem anti-perang, dan berjaya memberi salah satu persembahan terbaiknya. 

2. Night And Fog (8.6)

Dengan durasi hanya 32 minit, Night and Fog mungkin merupakan karya dokumentari paling berkesan yang pernah dibuat. Dalam filem ini, pengarahnya kembali ke Auschwitz dan Majdanek – selepas sedekad berakhirnya Perang Dunia Kedua – untuk melihat tinggalan kem tahanan Nazi. 

Antara yang dipaparkan adalah kekejaman yang berlaku pada tahanan sepuluh tahun sebelumnya. Filem ini juga mempamerkan kekuatan gambar untuk menyimpan sekeping sejarah yang mengerikan sehingga tidak dapat dilupakan.

1. Schindler’s List (8.9)

Schindler’s List adalah antara filem hebat dari pengarah tersohor Steven Spielberg. Seperti filem anti-perang yang lain, filem ini turut memaparkan kejahatan perang dalam konteks yang luas. 

Citra suram Spielberg yang digabungan dengan skor yang menghantui dan skrip yang genius menjadikan filem ini salah satu yang terbaik sepanjang zaman, khusus dalam genre anti-perang.

Sumber: Screenrant, IMDb, Wikipedia

Related posts

9 Times We Had A Serious Case Of Second Lead Syndromes

Zulaikha

10 Francais Filem Dengan Kutipan Tertinggi Sepanjang Zaman

Kakimuvee

[VIU]Check Out Your Favourite Oppas & K-Dramas On Daebak Thursdays

Kakimuvee

7 DIFFERENT KOREAN MOVIES THAT WILL SATISFY YOUR NEEDS

Zulaikha

6 Filem ‘Time-Travel’ Yang Mampu Merangsang Minda Anda

Kakimuvee

10 Sitcom Menarik & Kelakar Berdasarkan Ranker

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating