Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

10 Filem Animasi Bukan Disney/Pixar Yang Menarik Untuk Ditonton


Tidak dinafikan Disney & Pixar seringkali menghasilkan filem animasi yang begitu menarik dan bermutu tinggi. Kebanyakkan filem-filem yang dihasilkan studio berkenaan pasti akan memberi pulangan besar kepada mereka dari segi kewangan dan juga menerima kritikan positif dari para pengkritik dan penonton.

Tetapi itu tidak bermakna tiada studio lain dapat menghasilkan filem animasi yang cukup baik dan berkualiti tinggi. Dreamworks adalah pencabar terdekat Disney/Pixar, Universal & Illumination Entertainment juga memberikan saingan segit kepada pembikinan filem animasi. Tidak ketinggalan juga Studio Ghibli yang banyak mengeluarkan siri animasi Jepun yang menarik dan berkualiti tinggi. Warner Bros. pun kini sudah mengorak langkah menghasilkan animasi mereka sendiri.

Jadi kami di Kakimuvee ingin kongsikan kepada anda, 10 filem animasi bukan Disney/Pixar yang menarik untuk ditonton

The Little Prince (2015)

The Little Prince atau Le Petite Prince dalam versi Perancis adalah filem animasi hasil kolaborasi 8 produksi. Filem buatan America-Perancis ini mungkin tidak terkenal seperti filem-filem Pixar, tetapi ianya disuarakan oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Jeff Bridges, Rachel McAdams, Paul Rudd, Bud Cort, Marion Cotillard, Benicio del Toro dan James Franco. Malahan olahan muzik dilakukan oleh Hans Zimmer berserta Richard Harvey.

Filem ini juga adalah hasil gabungan stop motion animation dan animasi computer. The Little Prince ini mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan yang hidupnya diatur oleh ibunya agar dapat bekerja suatu hari nanti. Bagaimanapun, aktiviti harian kanak-kanak tersebut terganggu selepas berjumpa dengan seorang juruterbang yang sudah tua. Juruterbang tersebut telah menceritakan kisahnya berjumpa dengan seorang putera kecil semasa terhempas di Gurun Sahara.


Cloudy with a Chance of Meatballs (2009)

.

Filem ini mengisahkan tentang seorang pencipta muda yang mana ciptaan-ciptaan sentiasa gagal. Satu hari, beliau berjaya mencipta sebuah mesin yang mampu mengubah air menjadi makanan, kehidupannya mula berubah dan menjadi terkenal dibandarnya, namun dia tidak mengentahui bahawa bencana bakal menimpa disebabkan mesin ciptaannya itu.

Cloudy with a Chance of Meatball ini dihasilkan oleh Sony Pictures Animation dan diarahkan pengarah Phil Lord dan Christopher Miller. Sekuel filem animasi juga dihasilkan pada 2013 iaitu Cloudy with a Chance of Meatballs 2 tetapi bagi saya, filem pertama lebih menarik dari sekuelnya.

Kubo and the Two Strings (2016)

Tahukan apa yang paling menarik tentang filem ini? Animasi 3D stop motion nya yang cukup memukau. Dihasilkan oleh studio Laika dan diedarkan oleh Focus Features, Kubo and the Two Strings pernah dicalonkan dalam kategori Best Visual Effect di Anugerah Akademi, menjadi filem kedua dicalonkan dalam kategori tersebut selepas filem The Nightmare Before Christmas (1993).

Filem ini mengisahkan Kubo yang memiliki Shamisen ajaib (alat musik tradisional Jepun). Kubo juga kehilangan mata kirinya disebabkan dicuri oleh datuknya, Raiden atau dikenali juga sebagai the Moon King. Ditemani oleh monyet salji dan kumbang, dia perlu berhadapan dengan makciknya yang jahat begitu juga datuknya yang tergila-gilakan kuasa.

Mary dan Max (2009)

Sejarah penghasilan filem animasi stop-motion ini sangat menarik. Ia berdasarkan kisah benar dan karakter Max menurut pengarahnya, Adam Elliot adalah rakan penanya yang berada di New York yang mana mereka telah berhubung lebih 20 tahun. Penggambaran filem ini juga telah berlangsung selama 57 minggu, 133 set berasingan, 212 puppets dan 475 prop miniature. Sebuah filem animasi yang sukar untuk dihasilkan.

Mary dan Max adalah filem komedi drama Australia dan ia mengisahkan seorang wanita Australia yang sunyi dan seorang lelaki yang tinggal di New York dimana mereka berdua mula menjadi sahabat menerusi surat-surat yang ditulis.

Spirited Away (2001)

Diterbitkan oleh Studio Ghibli dan diedarkan oleh Toho, filem animasi Jepun ini sangat popular dikalangan peminat filem terutamanya yang meminati filem-filem Jepun. Sejak dari awal pembikinan animasi ini, Disney sudah memerhatikannya ia dari jauh dengan harapan mereka mendapat hak pengedaran dan mengalihbahasa ke versi Inggeris. Disney berjaya mendapatkan hak pengedaran di US dengan menyingkirkan Dreamworks

Spirited Away adalah inspirasi dari seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun yang juga anak kepada rakannya. Ia mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan, Chihiro Ogino bersama-sama ibu bapanya dalam perjalanan ke tempat baru, bagaimanapun mereka telah termasuk ke alam ghaib. Kedua ibu bapanya telah ditukar menjadi babi oleh ahli sihir Yibaba. Bagi menukarkan semula ibu bapanya, serta pulang ke dunia manusia, Chihiro telah bekerja di Sento (rumah mandi) milik Yubaba dan cuba mencari jalan untuk menyelamatkan diri.

How To Train Your Dragon (2010)

Diterbitkan oleh DreamWorks Animation dan diedarkan oleh Paramount Pictures, animasi ini diadaptasikan dari buku How to Train Your Dragon karya Cressida Cowell. Animasinya sangat ‘superb’, ceritanya penuh dramatic, aksi pengembarannya juga cukup ‘thrill’

Mitos dulu kala mengatakan Viking dan Naga adalah musuh dan saling berbunuhan, tetapi sebaliknya berlaku seorang Viking muda bernama Hiccup yang berjaya menangkap seekor naga, tidak mengikuti tradisi Viking yang akan menjadi pembunuh naga, sebaliknya dia memelihara naga tersebut dan menjadi sahabat.

The Simpson Movie (2007)

The Simpson memang terkenal menerusi siri televisyen. Bagi yang pernah menonton The Simpson pasti tahu jenaka-jenakanya sebenarnya agak kedewasaan kerana melibatkan isu-isu semasa dan politik. Tidak ketinggalan juga filemnya yang sarat dengan jenaka-jenaka dan sindiran kepada isu semasa dan politik di US.

Diterbitkan oleh Garcie Films dan diedarkan oleh 20th Century Fox, The Simpson Movie mengisahkan Homer Simpson yang secara tidak sengaja mencemarkan tasik Springfield dengan membuang najis haiwan peliharannya iaitu spider-pig. Tindakanya itu menyebabkan Bandar Springfield dikuarantin oleh Environmental Protection Agency (EPA) dan ditutup dengan kon gergasi. Selepas penduduk Bandar mengentahui Simpson yang menyebabkan pencemaran, dia dan keluarganya dihalau keluar oleh penduduk Bandar. Disisihkan oleh penduduk Springfield dan keluarganya, Simpson perlu mencari jalan untuk menghentikan niat jahat ketua EPA, Russ Cargill yang mahu meletupkan Springfield.

The Lego Batman Movie (2017)

Dihasilkan oleh Warner Bros Animation Group, DC Entertainment, RatPac-Dun dan beberapa studio produksi yang lain, animasi ini adalah spin off dari filem The Lego Movie yang diterbitkan pada 2014. The Batman Lego Movie bukan sahaja memberikan satu jenaka dan musik yang menarik, malah ia turut menampilkan watak Joker yang lebih baik dari Joker yang dibawakan oleh Jared Letto.

Bruce Wayne seorang superhero hebat di Bandar Gotham, bagaimanapun dia mempunyai sikap mengasingkan diri dan terlampau bangga dengan diri sendiri sehingga mengabaikan orang disekelilingnya. Bencana besar yang dibawa oleh Joker telah menyedarkannya bahawa kepentingan orang disekeliling dalam hidupnya.

Despicable Me (2010)

Filem pertama selalunya menarik, ya..Despicable Me yang diterbitkan oleh Universal Pictures dan Illumination Entertainment pada 2010 lebih menarik dari sekuel dan trikuelnya. Malah jika dibandingkan dengan filem prekuel, Minion, saya lebih memilih animasi pertama ini.

Gru yang merupakan seorang supervillain merasa tercabar selepas melihat supervillain lain berjaya mencuri Piramid Giza. Tercabar dengan lawannya itu, Gru bersama-sama Dr. Nefario dan minionnya mula merancang untuk mencuri bulan. Bagaimanapun, Gru mempunyai satu lagi misi penting, menjaga 3 orang anak angkatnya.

Kung Fu Panda 3 (2016)

Berbeza dengan Despicable Me, bagi trilogy Kung Fu Panda, saya menyukai filem ketiga yang dilihat lebih dramatic, aksi dan komedi, diikuti Kung Fu Panda dan Kung Fu Panda 2.

Kung Fu Panda 3 menyaksikan Po dapat bertemu kembali bapanya yang telah lama terpisah. Bagaimanapun, Master Kai telah datang ke alam nyata dari alam roh untuk merampas Chi dari para guru seni mempertahankan diri. Bagi menghalang Master Kai dan menyelamatkan para guru yang telah curi ‘chi’ mereka, Po perlu mengikuti bapanya pulang ke perkampungan Panda dan mempelajari seni mempertahankan diri kuno yang hanya dipraktikan oleh Panda.


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee