Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

10 Fakta Menarik Mengenai Wolverine


Wolverine1

Watak Wolverine adalah watak yang paling digemari buat peminat-peminat X-Man. Bukan sahaja disebabkan abiliti watak tersebut, malah dia juga karakter paling kool sekali dalam banyak-banyak karakter X-Man. Dibawa oleh Hugh Jackman, Wolverine merupakan karakter yang paling banyak muncul dalam filem-filem X-Men dan satu-satunya mutant yang mempunyai filemnya sendiri iaitu filem Wolverine dan yang akan datang filem Wolverine 3 yang akan ditayangkan pada tahun 2017 dan juga merupakan filem terakhir Hugh Jackman sebagai Wolverine.

Disini kami ingin kongsikan 10 Fakta Menarik Mengenai Wolverine.

1. Penampilan pertama dalam Komik Incredible Hulk

The-Incredible-Hulk2

Wolverine membuat penampilan pertama dalam komik The Incredible Hulk pada tahun 1974 sebagai seorang watak villian. Dia merupakan senjata rahsia Tentera Udara Diraja Kanada dan dikenali sebagai “Weapon X”.

Dalam komik tersebut, Hulk cuba merentasi sempadan Kanada, dan tentera udara Kanada terpaksa melepaskan “Weapon X” untuk menghalang Hulk dari memasuki negara tersebut.

2. Berasal dari Kanada

Greatest-Canadian-Superhero

Semasa mula-mula dihasilkan, terdapat dua nama dicadangkan iaitu, The Badger dan The Wolverine, dan akhirnya nama The Wolverine telah dipilih. Watak ini dicipta untuk oleh ketua editor Marvel untuk memperkembangkan komik superhero Marvel di Kanada dan hasilnya mereka mencipta Wolverine, Superhero yang berasal dari negara tersebut.


3. Nama asal ialah James Howlett

Origins

Wolverine dilahirkan dengan nama James Howlett, anak luar nikah kepada Elizabeth Howlett dan Th0mas Logan. Wolverine tidak mengentahui Thomas merupakan ayahnya sehinggalah dia membunuh Thomas Logan dengan pencakarnya yang keluar dari tangan setelah lelaki itu membunuh John Hawlett yang disangkakan ayahnya.

Sejak dari itu, Wolverine menggunakan nama Logan.

4. Bukan sekadar ahli kumpulan X-Man

More-Than-an-X-Man

Wolverine direkrut untuk sertai X-Man pada tahun 1975 setahun selepas kemunculan pertamannya dalam komik The Incredible Hulk #180, dan sejak dari itu, dia muncul dalam 13 kumpulan Marvel antaranya Avengers, S.H.I.E.L.D dan Fantastic Four. Dia juga merupakan ahli kumpulan Alpha Flight – Superhero Kanada – menubuhkan kumpulan Hard 7 dan Jean Grey Academy.

Dia juga pernah berkhidmat untuk kumpulan penjahat, Hydra (diprogram oleh saintis Hydra) sebelum S.H.I.E.L.D berjaya menghentikannya dan menukarnya kembali kepada asal.

5. “I’m the best there is at what I do, but what I do best isn’t very nice”

The-Best-at-What-I-do-

Ayat diatas merupakan quote terkenal yang digunakan oleh Wolverine. Ayat tersebut dihasilkan dalam minisiri komik Wolverine pada tahun 1982 yang dihasilkan oleh Chris Claremont dan Frank Miller. Quote tersebut kerap kali disebut oleh Wolverine samada dalam kartun ataupun video game.

Filem spinoff The Wolverine adalah berdasarkan komik minisiri Claremont dan Miller yang mengisahkan Wolverine merantau ke Jepun dan untuk berjumpa dengan Mariko Yashida.

6. Merupakan seorang ayah

Daken-and-X-23

Mesti ramai tak sangka Wolverine mempunyai seorang anak lelaki bernama Daken. Wolverine mendapat tahu yang dia mempunyai anak lelaki hasil hubungannya dengan wanita bernama Itsu selepas pulih dari hilang ingatan. Anaknya Daken mempunyai abiliti seperti ayahnya tetapi dia telah di ‘brainwash’ oleh Romulus dan menjadi seorang villian dan sering bertarung dengan Wolverine.

Logan juga mempunyai klon wanita bernama X-23. X-23 mempunyai kuasa sama seperti Wolverine dan dia juga merupakan hasil dari program ‘Weapon X’. Klon tersebut dilatih untuk membunuh Wolverine, tetapi akhirnya dia berjuang bersama Wolverine

7. Disebalik kelebihan ada kelemahan Wolverine.

Wolverines-Healing-Powers

Semua tahu bahawa Wolverine mempunyai kuasa menyembuh dengan cepat walaupun mengalami kecederaan yang teruk. Wolverine pernah dicabut anggota badanya oleh Hulk, selamat dari letupan bom atom dan macam-macam lagi, tetapi dia tetap tidak mati.

Tetapi terdapat cara untuk membunuh Wolverine dengan melemaskanya seperti yang ditunjukan dalam komik Uncanny X-Force #34 dimana Wolverine melemaskan anaknya Drake (Drake mempunyai abiliti sama seperti ayahnya). Profesor X juga pernah memberi cadangan untuk memenggal kepala Wolverine dan letakkan kepalanya jauh dari badan. Selain itu, menurut jalan cerita terbaru, Wolverine kehilangan abiliti untuk menyembuh disebabkan virus Microverse

8. Mengentahui Banyak Bahasa.

Wolverine-Travels-

Wolverine dilahirkan pada penghujung abad ke-19, dia bukan sahaja dilatih dalam pelbagai seni bela diri, dia juga kerap terlibat dengan peperangan utama seperti perang dunia. Selain itu juga, dia kerap mengembara ke seluruh dunia termasuk Jepun dan Perancis.

Wolverine fasih berbahasa Inggeris, Rusia, Cina, Cheyenne, Lakota, dan Spanish. Dia juga tahu sedikit bahasa Thai dan Vietnam dan juga pakar dalam sistem komputer.

9. Fizikal Wolverine dalam komik tidak sama seperti dalam Filem

X-Men1

Wolverine merupakan karakter paling pendek dalam Marvel Universe, namun apabila dalam filem, Hugh Jackman yang membawa karakter Wolverine menyebabkan fizikalnya menjadi lebih tinggi. Pelbagai cara digunakan untuk memastikan aktor ketinggian 6’2″ ini kelihatan rendah.

Sebenarnya, pengarah Bryan Singer menawarkan watak Wolverine kepada Russell Crowe yang berketinggian 6′ tetapi aktor tersebut menolak tawaran itu, kemudian Singer, menawarkan kepada Dougray Scott, tetapi disebabkan jadual pengambaran, Scott turut meninggalkan watak tersebut sebelum Jackman dibawa masuk pada minit-minit akhir.

10. Wolverine tewas di tangan Spock Star Trek

Wolverine-Fights-Spock

Pada tahun 1996, Marvel memutuskan untuk menghasilkan komik ‘crossover’ StarTrek/X-MenSemasa Spock menjumpai mutant didalam kapal angkasa Enterprise, dia telah meminta kumpulan X-Men untuk ikut dia ke tempat tahanan, namun sebelum Spock mengeluarkan arahan, Wolverine telah menyerang Spock, dan Spock hanya mengunakan  Vulcan nerve pinch untuk menewaskan Wolverine.


Related posts

Hugh Jackman Akhirnya Menyarung Sut Ikonik Wolverine Dalam Gambar Pertama Deadpool 3

Kakimuvee

Pengarah ‘Logan’ Berharap Marvel Tidak Membawa Kembali Wolverine Dalam ‘Deadpool 3’

Kakimuvee

DEADPOOL 3: Jambang Hugh Jackman Kembali Lebat Seperti ‘Old Man Logan’ Dalam Gambar Terbaru

Kakimuvee

Leslie Uggams & Karan Soni Akan Kembali Bergabung Dengan Ryan Reynolds Dalam Filem Ketiga ‘Deadpool’

Kakimuvee

Hugh Jackman Goda Hubungan Deadpool & Wolverine Dalam “Deadpool 3”

Kakimuvee

Kim Kardashian Berubah Menjadi Mystique, Adakah Dia Akan Menggantikan Tempat Jennifer Lawrence Dalam Reboot X-Men?

Kakimuvee