Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

10 Fakta Menarik Mengenai Mr. Bean, Sempena Ulangtahun ke-25


mr bean holliday

Semasa mula diperkenalkan pada tahun 1990, watak Mr. Bean mula dikenali ramai dengan lawak-lawak gerak tubuh dan mimik muka yang cukup lucu, malah ianya mula menjadi fonemena yang sangat luar biasa di seluruh dunia.

Kini selepas 25 tahun sejak penampilan pertamanya, jika sebut sahaja Mr. Bean, masih ramai mengingati karakter tersebut. Pada Jumaat yang lalu, aktor yang bertanggunjawab membawa watak tersebut, Rowan Atkinson telah meraikan ulangtahun ke-25 Mr. Bean di Buckingham Palace.

Mr.Bean a.k.a Rowan Atkinson meraikannya dengan cukup simbolik iaitu duduk diatas bumbung kereta mininya, Britsh Leyland Mini 1000 tahun 1976 dengan sofa, sama seperti salah satu babak Mr. Bean yang terkenal, iaitu dalam episod Do-It-Yourself.

Mr. Bean Aniversary
sumber: www.dailymail.co.uk

Mr. Bean bukan sahaja terkenal dalam sitkom komedi, malah turut muncul dalam 2 filem komedi iaitu Mr Bean: The Ultimate Disaster Movie dan Mr.Bean’s Holiday dan juga siri animasi Mr. Bean.

Sempena ulangtahun ke-25 Mr. Bean, kami kongsikan 10 fakta menarik mengenai watak kegemaran ramai ini.


1. Watak Mr.Bean dicipta sendiri oleh pelakonnya, Rowan Atkinson, ketika sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di University Oxford pada tahun 1979.

2. Atkinson kemudiannya mempersembahkan idea itu di hadapan sekumpulan penonton berbangsa Perancis pada tahun 1987. Tujuannya adalah untuk mengetahui jika lawak yang dipersembahkannya boleh difahami mereka.

3. Sebelum menggunakan nama Mr.Bean, Atkinson dan pihak penerbit memikirkan nama Mr.White sebagai nama karakter. Tetapi salah seorang krew mencadangkan agar nama sayuran digunakan, dan nama Mr. Cauliflower dipilih sebelum mereka akhirnya bersetuju menggunakan nama Mr.Bean.

4. Mr.Bean diterbitkan secara rasmi pada tahun 1990.

5. Tidak diketahui nama sebenar watak Mr.Bean, namun dalam beberapa episod pernah dipaparkan pasport Mr.Bean dengan nama Atkinson di hadapannya.

6. Mr Bean tinggal di Flat 2, 12 Arbour Road di utara London. Walaupun ia bukan alamat yang wujud di alam realiti, namun Arbor Road merupakan sebuah kawasan perumahan di Enfield, juga di utara London.

7. Episod siri Mr.Bean dengan rating paling tinggi ialah episod ‘Merry Christmas, Mr.Bean‘. Ia mencatat jumlah penonton lebih 19 juta pada tahun 1992.

8. Siri Mr.Bean ditayangkan di lebih 190 negara di seluruh dunia.

9. Jumlah kutipan dua buah filem Mr.Bean, Mr Bean: The Ultimate Disaster Movie dan Mr.Bean’s Holiday, mencecah AS$330 juta.

10. Laman Youtube rasmi Mr.Bean pula mencatat tontonon lebih 1.3 bilion, manakala jumlah likes di Facebook rasminya ialah 65 juta.

Sumber : Astro Awani


Related posts

Rowan Atkinson Tak Suka Watak Mr Bean

Is Mohd

Johnny English Strikes Again Review

Is Mohd

Mr. Bean Di Ceraikan Isteri

Kakimuvee