Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

10 Fakta Menarik Filem Yang Mungkin Anda Tidak Tahu


Setiap filem yang dihasilkan, pasti akan ada beberapa fakta-fakta menarik yang anda akan baca dari mana-mana laman web mahupun di laman Youtube. Kami disini ingin kongsikan beberapa fakta-fakta menarik filem yang mungkin anda tidak  tahu.

1 Pulp Fiction

Tahukah anda, dalam salah satu babak filem berkenaan yang menunjukkan Walter (John Travolta) menikam Mia, aksi tersebut dirakam secara mengundur. Ini bermakna, Mia benar-benar ditikam dengan jarum, dan John Travolta menarik keluar jarum tersebut dari dada wanita itu.

2. Jurassic Park

Sejarah dinosaur hanya diketahui melalui fosilnya, bentuk fizikalnya mungkin boleh digambarkan melalui lakaran atau grafik, tetapi tidak suaranya. Jadi, suara atau bunyi dinosaur dalam filem hanyalah sekadar gambar, sepertimana Velociraptors dalam filem Jurassic Park. Sebenarnya, suara makhluk dinasaur itu adalah suara kura-kura mengawan,

3. Poltergeist

Adegan Robbie dicekik oleh robot badut adalah kejadian yang benar-benar terjadi. Mujur Steven Spielberg perasan situasi tersebut, selepas melihat muka kanak-kanak berkenaan bertukar menjadi biru. Jika tidak, pasti berlaku pekara buruk di set penggambaran Poltergiest.

4. Django Unchained

Babak Leonardo menghempas cawan sehingga tangannya berdarah adalah kejadian sebenar, bukannya palsu ataupun kesan khas. Walaupun Leonardo mengalami kecederaan, pengarah Quentin Tarantino tidak memotong babak tersebut, sebaliknya membiarkannya berada dalam filem penuh.


5. Silent Hill

Lokasi yang dipaparkan dalam filem seram Silent Hill sebenarnya wujud di muka bumi. Lokasi berkenaan terletak di Centralia, Pennsylvania dan pekan tersebut telah ditinggalkan penduduk tempatan. Malah kabus yang terdapat dalam filem tersebut sebenarnya wujud, bukannya kesan khas. Kabus berkenaan terjadi disebabkan berlaku kebakaran bawah tanah yang menghasilkan asap toksik dan menyebabkan bandar tersebut tidak selamat untuk diduduki.

6. The Hangover

Dalam filem The Hangover, watak Ed Helms, Stu merupakan watak yang bergigi rongak. Dalam realiti sebenar, gigi Helms sebenarnya rongak sejak kecil kecil lagi, tetapi dia telah mendapatkan implan gigi untuk menggantikan tempat yang tiada gigi. Cuma apabil berlakon dalam filem The Hangover, dia mencabut gigi palsunya itu demi watak. 

7. A Clockwork Orange

Adegan Alex dilemaskan dalam air sebenarnya adegan yang betul. Sebenarnya, terdapat tiub udara yang dijadikan saluran untuk bernafas semasa babak dilemaskan dalam air, tetapi malangnya tiub itu tersebut mengalami masalah dan adegan Alex meronta-ronta sebenarnya betul-betul terjadi – disebabkan di tidak dapat bernafas.

8. Monster Inc.

Mary Gibbs merupakan pelakon suara untuk watak kanak-kanak Boo dalam filem Monster Inc. Ketika melakonkan suara untuk watak tersebut, Mary baru berusia 2 tahun, dan krew filem merasakan agak sukar untuk merakam suaranya. Jadi mereka membiarkan Mary bermain di dalam studio sambil krew filem bergerak mengikuti kanak-kanak tersebut dengan mikrofon semata-mata mahu merakam suaranya.

9. Home Alone

Perompak Henry (Joe Pesci) dan Marv (Daniel Stern) sangat geram dengan Kevin (Macaulay Culking) yang sering mengenakan mereka kita mahu menyamun rumah Kevin ketika perayaan cuti Krismas. Apabila mereka berjaya menangkap Kevin, Henry telah menggigit jari Kevin tanda geram. Tahukah anda, Joes Pesci benar-benar mengigit jari Culking, dan reaksi pelakon kanak-kanak itu adalah reaksi sebenar. 

10. The Departed

Pelakon yang bagus adalah pelakon yang sering melakukan penambahbaikan semasa penggambaran, sepertimana yang dilakukan Jack Nicholson. Dalam filem The Departed, Jack Nicholson telah menarik picu pistol kearah Leonardo DiCaprio, dan pistol tersebut adalah pistol sebenar, manakala babak itu tiada dalam skrip filem The Departed. 


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee