10 Drama Korea Yang Menarik Untuk Anda Tonton Sebelum Raya Nanti

0
293
views

 

Bosan menantikan lemang yang dimasak? Penat menggoreng rendang yang tak kering-kering lagi? ataupun mahu sedikit hiburan ketika sibuk memasang langsir raya baru yang berwarna - warni? apa kata anda buat persiapan raya sambil menonton drama-drama Korea ini untuk menghilangkan bosan.

Disini, kami ingin kongsikan 10 drama Korea penggal pertama yang sudah lengkap episod dan menarik untuk disaksikan.

1 Doctor Prisoner (KBS2) RECOMMENDED
32 Episod

Na Yi-Je (Namgung Min) adalah pakar bedah dengan kemahiran yang sangat hebat dan dia juga seorang yang baik hati. Dia terlibat dalam kemalangan perubatan yang bukan berpunca darinya. Kemalangan perubatan itu menyebabkan Na Yi-Je ditendang keluar dari hospital tempat dia bekerja. Dia kemudiannya mula bekerja sebagai ketua klinik perubatan di penjara dan merancang untuk membalas dendam

2. Trap (OCN) RECOMMENDED
7 Episod

Kang Woo Hyun adalah pembaca berita yang dihormati di stesen penyiaran. Dia mempunyai keluarga yang bahagia dan dia diminta memasuki bidang politik. Kehidupannya seolah-olah sempurna. Pada suatu hari, dalam perjalanan bersama keluarganya, satu peristiwa tragis berlaku. Sementara itu, Go Dong Kook adalah seorang detektif veteran. Dia mengambil kes Kang Woo Hyun dan menyiasatnya.

3. Kingdom (Netflix) RECOMMENDED
6 Episod

Drama epik saeguk zaman dinasti Joseon ini berkisarkan Putera Mahkota Lee Chang (Ju Ji Hoon) dianggap pengkhianat setelah Raja yang mati hidup kembali. Dia berusaha untuk mengungkap kebenaran di sebalik orang-orang yang berubah menjadi zombie setelah dibiarkan kelaparan

4. The Crowned Clown (tvN) RECOMMENDED
16 Episod

Drama ini remake dari filem Masquerade (2012) lakonan Lee Byung Hun yang mengisahkan pelawak jalanan yang serupa dengan Raja, diupah menyamar jadi Raja di istana untuk mengelakkan Raja dari dibunuh oleh pembunuh upahan.

5. Big Issue (SBS) RECOMMENDED
16 Episod

Berlatarkan di dalam dunia kegilaan media paparazzi. Oleh kerana gambar, Han Seok-Joo (Joo Jin-Mo) kehilangan segala-galanya, termasuk tugasnya sebagai jurugambar untuk surat khabar dan keluarganya. Ji Soo-Hyun (Han Ye-Seul) adalah ketua editor terkenal kumpulan paparazzi. Dia mengupah lelaki itu untuk menjadi jurugambar paparazzi.

6. Haechi (SBS) RECOMMENDED
48 Episod

Berlatarkan semasa zaman Dinasti Joseon, empat orang dari pelbagai lapisan kehidupan bergabung bersama untuk membuat Putera Lee Geum sebagai Raja dan memperbaharui Saheonbu. Empat orang tersebut adalah Lee Geum, Yeo Ji, Park Moon Soo, dan Dal Moon

7.Special Labour Inspector Jo (MBC)
32 Episod

Jo Jin Gap, seorang lelaki yang pernah menjadi ahli pasukan judo kebangsaan, dan impiannya menjadi seorang guru pendidikan jasmani terkubur apabila dia dibuang kerana panas barannya. Jin Gap kemudian menjadi penjawat awam yang mengutamakan keselamatan, dan bekerja sebagai inspektor buruh untuk Kementerian Pekerjaan dan Buruh.

8. The Fiery Priest (SBS) RECOMMENDED
40 Episod

Sebuah drama mengenai seorang paderi Katolik yang panas baran dan seorang detektif dari Balai Polis Gudam yang bertemu semasa siasatan tentang kematian seorang paderi tua

9. Kill It (OCN)
12 Episod

Kim Soo-Hyun (Chang Ki-Yong) adalah pembunuh elit. Dia membunuh sasarannya dan menghilangkan diri. Identiti beliau seperti bangsa, umur atau nama tidak diketahui oleh orang lain. Individu, kumpulan dan organisasi dari seluruh dunia mengupah Kim Soo-Hyun. Kim Soo-Hyun perlu membunuh untuk mencari keluarganya.

10. Confession (tvN) RECOMMENDED
16 Episod

Choi Do-hyun membesar dengan penyakit jantung dan menghabiskan sebahagian besar waktunya sebagai seorang kanak-kanak di hospital. Apabila dia menerima peluang untuk pemindahan hati, bapanya tiba-tiba dituduh membunuh. Kini dia seorang peguam dan bertujuan untuk membersihkan nama bapanya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here