Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

10 Aktres Lasak Dalam Dunia Hollywood

Selalunya pelakon-pelakon lelaki akan mendominasi aksi-aksi lasak dalam mana-mana filem aksi Hollywood, tetapi terdapat juga pelakon-pelakon wanita di Hollywood yang banyak melakonkan adegan-adegan aksi dalam filem-filem lakonan mereka.

Disini kami ingin senaraikan 10 aktres Hollywood paling lasak pernah muncul dalam dunia perfileman Hollywood dan kita kerap melihat aksi-aksi mereka dalam filem-filem lakonan mereka. Maaf Gal Gadot tidak tersenarai.

10. Milla Jovovich

Aktres dan model Milla Jovovich ini memulakan karier lakonan aksi lasaknya sejak tahun 90an apabila muncul dalam filem sains fiksyen aksi, The Fifth Element.  Kemudian dia mula dikenali selepas muncul sebagai karakter utama dalam franchise Resident Evil serta pernah berlakon filem paling aksi paling teruk CGi nya iaitu Ultraviolet

9. Maggie Q.

Siapa yang pernah menonton filem Live Free or Die Hard pasti kagum dengan aksinya terutamanya semasa bergaduh dengan John Mclane. Beliau juga muncul dalam filem Mission Impossible III serta Divergent, Insurgent, dan Allegiant sebagai Tori

8. Kate Beckinsale

Aktres ini antara yang kerap muncul dalam filem-filem aksi seperti Underworld dan filem reboot Total Recall serta filem aksi Whiteout. 

7. Michelle Rodriguez

Sukar untuk menonton lakonan aktres ini selain dari filem-filem bergenre aksi. Resident Evil, Machete, franchise Fast & Furious serta S.W.A.T antara filem-filem aksi lakonannya. Walaupun dilabel sebagai kick-ass aktres, dia juga menyumbangkan suaranya untuk filem animasi seperti Smurf dan Turbo.

6. Pam Grier

Aktres era 70an-80an ini dilabel sebagai The Queen of Blaxploitation dan kerap membawakan karakter-karakter merbahaya. Antara filem yang menampilkan prestasi luar biasanya adalah filem Foxy Brown, Coffy, dan filem arahan Quentin Tarantino, Jackie Brown

5. Linda Hamilton

Karakternya dalam filem Terminator dan Terminator 2: Judgement Day sebagai Sarah Connor telah dijadikan sebagai “benchmark” untuk karakter tersebut dalam filem Terminator Genisys serta dalam siri-siri TV Terminator. Tiada aktres yang mampu untuk membawakan watak Sarah Connor se”Kick-Ass” Linda Hamilton

4. Michelle Yeoh

Walaupun dia bukanlah pengamal seni mempertahankan diri, tetapi komitmen dan kualiti aksinya semasa melakonkan babak-babak yang perlu menunjukkan aksi “martial art” tidak dapat disangkal lagi seperti yang ditunjukkan dalam filem Crouching Tiger, Hidden Dragon. 

3. Lucy Liu

Melihat aksi O-Ren Ishii lakonannya dalam filem arahan Quentin Tarantino, Kill Bill: Volume 1 sudah cukup untuk melabel dia antara aktres aksi paling menarik di Hollywood. Tak lupa juga karakter Alex dalam filem Charlie’s Angels yang cukup memukau.

2. Cynthia Rothrock

Anda mungkin tidak mengenali beliau, tetapi aktres ini popular pada tahun 80an-90an dan terkenal dengan aksi martial art nya. Dia kerap muncul dalam filem berbudget rendah serta dalam filem-filem bergenre Kung Fu. Cuba cari dan tonton lakonannya dalam filem Undefeatable atau China O’Brien

1 Sigourney Weaver

Ellen Ripley, karakternya dalam filem-filem Alien dan dia juga berjaya membuktikan bahawa wanita juga mampu membawakan karakter lasak yang sepatutnya diberikan kepada aktor lelaki. Filem Alien sepatutnya menampilkan karakter lelaki sebagai hero, tetapi telah diubah kepada wanita dan Sigourney Weaver berjaya membawakan watak dan aksi Ellen Ripley dengan baik dan diingati sehingga kini.

p/s: Aktres-aktres lain anda boleh senaraikan di ruangan komen

Related posts

[VIDEO] Nama Thanos Disebut Dalam ‘Deleted Scene’ Eternals

Kakimuvee

12 Filem & Siri TV Superhero Paling Menarik Tahun 2021

Kakimuvee

13 Filem Bencana Yang Anda Boleh Tonton Di Perkhidmatan Streaming

Kakimuvee

[SPOILER] Hawkeye: Makna Disebalik Angka 19 Pada Jam Tangan Rolex Milik Laura Barton

Kakimuvee

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton ‘The Silent Sea’

Kakimuvee

Sebelum Memulakan Musim Kedua, Mari Kita Imbas Kembali Pengakhiran “The Witcher S1”

Kakimuvee

Leave a Comment