“Zul Kapan Ingin Mencipta Populariti” – Soffi Jikan

0
514
views

rock-bro-banner

Salah seorang pelakon utama dalam filem trilogi “Rock”, Soffi Jikan memberitahu dalam filem terbarunya “Rock Bro” yang juga terakhir bagi siri filem ini akan menyaksikan sisi berbeza Zul Kapan yang cuba sedaya upaya untuk mencipta populariti.

“Untuk filem terakhir ini akan menyaksikan Zul Kapan dia ‘pergi habis-habisan’ dan mencuba pelbagai cara untuk mengejar populariti tetapi akhirnya ia makan dirinya sendiri,” katanya yang ditemui pada pratonton “Rock Bro” di mmCineplex ECurve, semalam.

Soffi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan mengakui tidak sabar untuk menunggu respon daripada penonton dan memberitahu apa yang penonton boleh jangkakan adalah pengakhiran yang mengejutkan.

img_5409

Dalam pada itu, ditanya mengenai cabaran yang dihadapinya sepanjang penggambaran filem, Soffi berkata baginya semua babak dalam “Rock Bro” adalah mencabar baginya terutamanya apabila keadaannya ketika itu tidak sihat.

Soffi bagaimanapun berkata ia tidak menghalangnya untuk terus memberikan yang terbaik dalam menjayakan watak Zul Kapan.

Selain Soffi, filem arahan Mamat Khalid ini akan turut dibintangi pelakon lain seperti Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Amy Juliet, Kamarool Hj Yusof dan ramai lagi ini akan menemui penonton di seluruh negara pada 27 Oktober ini.

Sementara itu, mengenai perkembangan terbarunya Soffi bakal muncul dengan filem terbarunya “Bo-Peng” dan filem arahannya “Ajib Is Back” yang dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here