Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Zombieland 2 Bakal Dihasilkan, Kesemua Pelakon Asal Akan Kembali


Peminat-peminat filem Zombieland bakal menarik nafas lega apabila laman web The Hollywood Reporter melaporkan sekuel filem komedi seram ini bakal dihasilkan tidak lama lagi dengan keempat-empat pelakon asal dilaporkan akan turut kembali membawakan watak masing-masing.

Selain itu juga, pengarah filem pertama Ruben Fleischer juga turut dilaporkan akan turut kembali mengarahkan sekuel akan datang bersama-sama Rhett Reese dan Paul Wernick yang akan menjadi penulis skrip filem Zombieland 2.

Sekuel Zombieland akan menampilkan pelakon Woody Harrelson, Jesse Eisenberg, Emma Stone dan Abigail Breslin. Malah berkemungkinan besar, modal pembikinan akan dinaikkan berbanding modal pembikinan filem pertama sebanyak $24 juta dolar. Ini menandakan pihak studio, Colombia Pictures bersungguh-sungguh mahu menghasilkan yang terbaik untuk filem Zombieland 2

Filem Zombieland pertama menyaksikan 4 individu asing bertemu sesama sendiri secara tidak sengaja ketika dunia sedang mengalami malapetaka Zombi. Pada mulanya mereka ingin berbunuhan sesama sendiri, namun lama-kelamaan, mereka mula mempercayai antara satu sama lain dan menjadi sebuah kumpulan yang kuat dalam menghadapi mayat-mayat hidup.

Filem yang diterbitkan pada tahun 2009 menjadi popular dikalangan peminat-peminat filem zombi dan telah berjaya meraih lebih $100 juta dolar.


Zombieland 2 dijangka akan memulakan penggambarannya pada Januari 2019. Setakat ini tiada tarikh rasmi ditetapkan oleh pihak studio


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee