Zizan Razak Mahu Fokus Pada Bidang Filem Sahaja

0
667
views

Pelakon, pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak baru-baru ini mendedahkan yang dia kini sudah memperlahankan kerjayanya sebagai seorang pelawak kerana mahu memberi tumpuan kepada cabang lain dalam bidang seni. Malah beliau turut menyangkal dakwaan kononnya dia berbuat demikian berikutan semakin ramai pelawak baru muncul.

“Saya tidak lihat kehadiran mereka sebagai persaingan kerana masing-masing ada rezeki sendiri. Lagipun, seseorang pelawak itu pastinya memiliki peminat tersendiri yang sentiasa menyokong kerjaya mereka,” 

Menurut aktor filem Abang Long Fadil 2 itu juga, untuk tahun 2018 dia mahu memberi fokus kepada filem sahaja kerana ia memberikan kepuasan. Zizan juga memberitahu bahawa jadualnya untuk tahun ini sudah pun hampir penuh dengan penggambaran.

Selepas filem Abang Long Fadil 2, Zizan bakal muncul dalam sebuah lagi filem Blockbuster tempatan berjudul Polis Evo 2 yang baru menyelesaikannya penggambarannya baru-baru ini. Dalam filem tersebut, beliau akan kembali bergandingan dengan Shaheizy Sam yang juga watak utama dalam filem pertama. Selain itu juga, Zizan mendedahkan yang beliau akan turut muncul dalam sebuah filem terbitan dari negara seberang Indonesia

Sumber: Cinema Online, Harian Metro

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here