Ziana Zain Rindukan Dunia Lakonan

0
538
views
Ziana Zain

Pelakon dan penyanyi Ziana Zain mengakui dirinya terlalu rindu untuk beraksi di hadapan kamera selepas lama menyepikan diri dari dunia lakonan dek kesibukan menguruskan keluarga dan perniagaannya.

“Kalau tawaran yang diberikan sesuai dengan masa dan mempunyai jalan cerita yang bagus, mengapa tidak kembali berlakon.”

“Saya sendiri memang rindu nak berlakon lagi. Tapi memandangkan anak-anak masih kecil, saya perlu memilih supaya ia tidak menggangu tugas sebagai isteri dan ibu,” katanya kepada mStar.

Tambah Ziana atau nama sebenarnya Siti Rozaina Zain lagi, dia juga sanggup dan tidak kisah menggalas watak sebagai wanita ibu tua.

Menurut pelakon “Sembilu” ini lagi, dia tidak boleh terlalu bersikap ‘demand’ tetapi bersyukur dengan tawaran yang ada.

Dalam pada itu, Ziana berkata walaupun dia sanggup menerima tawaran berlakon watak wanita ibu tua tetapi dia sangat mementingkan jalan cerita.

Pelakon berusia 49 tahun ini pada masa sama memberitahu dia lebih selesa berlakon menerusi naskhah-naskhah berunsur kekeluargaan berbanding komersial yang terlalu ringan.

Ini kerana menurut Zaina jalan cerita komersial pada masa kini hanya sekadar hiburan dan tidak mempunyai pengajaran yang mana dia beranggapan ia adalah sebuah filem hiburan semata-mata.

Kali terakhir Ziana beraksi di hadapan kamera adalah menerusi telefilem “Mati Tunggu Sekejap” arahan Rashid Sibir pada Oktober tahun lalu.

Sumber: Cinema.com.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here