Zack Snyder Tweet Gambar Di Sebalik Tabir Filem Justice League

0
218
views

justice_league__the_new_52_by_fmirza95-d7vm29b

Semasa berjalan-jalan ke website hiburan dan filem antarabangsa untuk mencari info, kami terbaca satu berita yang agak menarik untuk dikongsikan kepada anda semua terutamanya kepada peminat-peminat filem superhero seperti Superman & Batman. Berita yang dimaksudkan adalah mengenai filem terbaru arahan pengarah Zack Snyder, Justice League.

Filem himpunan superhero DC ini dkatakan secara rasmi akan memulakan pengambaran adapa April ini dan dikatakan pengarah filem telahpun mengumpulkan krew-krew untuk memulakan produksi filem epik DC ini yang bakal menghimpunkan superhero-superhero keluaran DC.

Snyder turut berkongsi satu gambar disebalik tabir yang turut menampilkan Jason Momoa dan juga beberapa kostum superhero termasuklah kostum terbaru untuk karakter The Flash. Bagi yang tidak tahu, Jason Momoa merupakan salah satu aktor untuk filem Justice League dan bakal membawa karakter superhero Aquaman. Jason juga akan membintang filem Superhero Aquaman yang akan ditayangkan pada 2018 nanti.

https://twitter.com/ZackSnyder/status/701913352528728064/photo/1?ref_src=twsrc%5Etfw

 

Antara kostum yang turut terselit dalam gambar tersebut ialah kostum yang bakal dipakai Ben Affleck, iaitu Batman dan juga kostum untuk karakter Aquaman & Cyborg yang terletak dibelakang Zack Snyder. Jika anda perhatikan dengan teliti gambar tersebut, kostum The Flash juga turut akan kelihatan (Kostum yang berwarna merah). The Flash merupakan siri televsiyen popular di Amerika Syarikat dan kemunculannya dalam filem pasti ditunggu-tunggu oleh peminat superhero DC.

Filem Justice League Part One akan ditayangkan pada 17 November 2017 manakala Part Two dijangka pada 14 Jun 2019. Selain Ben Affleck dan Jason Momoa, aktor yang turut membintangi filem ini adalah Ray Fisher sebagai Cyborg, Gal Gadot sebagai Wonder Women dan Henry Cavill Sebagai Superman.

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here