Zack Snyder Sebenarnya Di Pecat Dari Mengarahkan Filem Justice League

0
386
views

Kontroversi filem Justice League kembali panas apabila beberapa laporan dari laman web hiburan antarabangsa melaporkan Zack Snyder sebenarnya dipecat dari tugas mengarahkan filem-filem DC.

Bekas editor Variety dan Mashable, Josh L. Dickey telah berkongsi satu infomasi yang cukup menarik dilaman Twitter milik beliau tentang apa sebenarnya yang berlaku semasa pengunduran Zack Snyder dari mengarahkan filem Justice League.

Menurut editor berkenaan, Zack Snyder yang mengarahkan filem-filem DC seperti Man of SteelBatman v Superman: Dawn of Justice, dan Justice League sebenarnya dipecat dari mengarahkan filem Justice League, bukan mengundur diri seperti yang dilaporkan.

Laporan sebelum ini menyebut, Zack Snyder terpaksa mengundur diri dari menyelesaikan filem Justice League kerana berhadapan dengan tekanan disebabkan kematian anak perempuannya akibat membunuh diri.

Warner Bros. dan DC buat masa ini tidak mengeluarkan kenyataan rasmi bagi membalas pendedahan dari Josh L. Dickey ini dan Zack Snyder masih disenaraikan sebagai penerbit eksekutif bagi filem  AquamanWonder Woman 2, dan Suicide Squad 2 – anda boleh lihat kenyataan Twitter Josh L. Dickey dibawah

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here