X-Force Akan Dikelaskan Sebagai ‘R-Rated’

0
126
views

Penulis filem Deadpool 2 Rhett Reese dan Paul Wernick mendedahkan kepada wartawan bahawa filem X-Force akan datang akan dikelaskan sebagai ‘R-Rated’ atau 18 Tahun Ke Atas dan akan ‘segila’ filem Deadpool. 

Mereka mendedahkan pekara demikian ketika ditanya oleh wartawan tentang filem X-Force akan datang jika dibandingkan dengan filem Deadpool 2 yang baru ditayangkan dipawagam.

“I think the fun part of X-Force is they’re much more morally flexible than the X-Men. They can get their hands dirty a little bit. There’s more grey area. It’ll be raunchier, it’ll be rated R, I’m sure. We’ll get to see an ensemble movie that’s pushed, hopefully, as far as the Deadpool individual movie was pushed.”

X-Force buat masa ini masih belum menjalani penggambaran dan masih diperingkat awal. Menurut laporan dari laman web Movieweb.com, pengarahnya Drew Godard akan memulakan projek filem berkenaan sejurus selesai penggambaran filem Bad Times at the El Royale yang diakan ditayangkan 5 Oktober ini.

Selain itu, Rhett Reese turut berkata, kisah dan asal usul Cable akan lebih ditunjukkan dalam filem X-Force akan datang. Cable muncul buat pertama dalam Deadpool 2, tetapi tidak banyak latarbelakang karakter tersebut diceritakan dalam filem tersebut.

Sumber: Movieweb.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here