The X-Files Kembali Untuk Musim 2017-2018

0
156
views

Siri TV penyiasatan misteri popular pada tahun 90an, The X-Files secara rasmi akan kembali untuk musim 2017-2018 dan akan ditayangkan sebanyak 10 episod di channel FOX. Berita ini disahkan oleh studio FOX sendiri dan tarikh tayangan episode pertama belum lagi dilagi diumumkan.

The X-Files adalah rancangan sci-fiction franchise paling popular pernah diterbitkan selepas Star Wars dan Star Trek. Selain bertahan selama 9 musim, lebih kurang 200 episode siri tayangannya, The X-Files juga pernah menghasilkan dua filem, beberapa permainan video, komik, novel dan beberapa barangan cenderahati yang agak eksklusif.

Poster rasmi The X-Files musim ke-11

Selepas tayangan filem The X-Files: I Want to Believe di pawagam pada tahun 2008, pengembaraan Mulder dan Scully dalam dunia paranormal diteruskan dalam siri TV pada tahun 2016 dengan mempunyai 6 episode dimana episode terakhir siri terbabit dibiarkan tergantung dan menimbulkan banyak pertanyaan dikalangan peminat siri tv sains fiksyen ini.

FOX kemudiannya memgumumkan siri tv popular di US ini akan kembali dengan sambungan episode terakhir pada tahun lepas dengan penambahan 10 lagi episodes. Musim lepas, siri tv berkenaan mendapat rating kedua tertinggi dari kalangan penonton di Amerika Syarikat.

Masih mengekalkan David Duchovny dan Gillain Anderson, penonton akan dapat melihat mereka berdua merungkai misteri konspirasi makhluk asing pada musim akan datang akan ditayangan sekitar tahun 2017-2018.

Nantikan kemunculannya dalam channel FOX nanti.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here