Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Woody Harrelson Secara Rasmi Membintangi Filem Han Solo


Hollywood Reporter: Star Wars’ Woody Harrelson

Selain Rogue One, terdapat satu filem Spin Off Star Wars akan datang dan ditunggu-tunggu oleh peminat filem perang galaksi itu. Filem yang dimaksudkan adalah Han Solo, filem yang mengisahkan salah satu utama dalam Star Wars saga.

Filem ini lebih kepada kisah hero Star Wars semasa dia masih muda. Aktor yang akan membawa watak Han Solo bukanlah Harrison Ford , tetapi Alden Ehrenreich. Beliau bukanlah pelakon yang dikenali tetapi ramai peminat filem merasakan dia sesuai untuk membawa watak tersebut disebabkan karakternya dan personalitinya yang hampir sama dengan Harrison Ford semasa dia muda.

Bagaimanapun, filem Han Solo tetap mendapat sentuhan aktor berpengalaman dan terkenal untuk berlakon dalam filem berkenaan. Terbaru, aktor filem Hunger Games, Woody Harrelson telah diumumkan secara rasmi sebagai salah seorang pemegang watak utama dalam filem ini.

Nama Woody sebelum ini telah disebut-sebut akan membawa watak mentor kepada Han Solo, kemudian setelah beberapa lama (mungkin proses negotiation), pihak Disney telah mengumumkan Woody akan membintangi filem Han Solo.

Kenyataan rasmi pemilihan Woody sebagai pelakon:


“‘We couldn’t be more excited to work with an artist with as much depth and range as Woody,’ directors Phil Lord and Christopher Miller said in the release. ‘His ability to find both humor and pathos, often in the same role, is truly unique.’ They also added, ‘He is also very good at ping pong.'”

Masih awal untuk mengentahui watak siapakah yang akan dibawa oleh Woody nanti. Cuma info awal mengatakan dia akan menjadi Mentor kepada Han Solo semasa muda. Hmm.. wataknya sama seperti dalam filem Hunger Games.

Woody Harrelson akan menyertai Alden Ehrenreich dan beberapa nama seperti Donald Glover yang akan membawa watak Lando Calrissian dan juga bintang Games of Thrones, Emilia Clarke. Difahamkan juga, Chewbacca mungkin akan ada dalam filem Han Solo ini.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee