Wonder Woman 1984 Bukan Filem Sekuel

0
92
views

Teka-teki bagaimana Steve Trevor kembali hidup dalam filem kedua Wonder Woman 1984 mungkin terjawab. Menurut laporan dari laman web Vulture, filem kedua adiwira Wonder Woman itu dianggap filem ‘stand-alone’ dan tidak bersambung dari filem sebelum ini.

Ketika ditemubual, penerbit filem Wonder Woman 1984 Charles Roven mendedahkan, filem terbaru ini akan menjadi filem ulangan Wonder Woman, bukannya sebagai sekuel.

“[Jenkins] was just determined that this movie should be the next iteration of Wonder Woman but not a sequel.”

Selain itu, terdapat juga sumber yang mengatakan filem ini sama seperti filem-filem Indiana Jones dan James Bond dimana ia mampu berdiri sendiri tanpa terikat dengan penceritaan yang berterusan yang memerlukan beberapa filem perlu dihasilkan.

Filem Wonder Woman 1984 akan menyaksikan Chris Pine kembali membawakan peranannya sebagai Steve Trevor meskipun karakternya itu telah dimatikan dalam filem pertama.

Wonder Woman 1984 akan ditayangkan pada 5 June 2020.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here