Wish Upon Review

0
464
views

Wish Upon arahan dari pengarah Annabelle John R. Leonetti adalah sebuah filem supernatural horror yang telahpun ditayangkan di pawagam Malaysia sejak minggu yang lalu. Filem ini dibintangi oleh bekas pelakon The Conjuring, Joey King dan Maze Runner Ki Hong Lee serta dibantu oleh beberapa pelakon lain seperti Sydney Park, Elisabeth Rohm, dan Ryan Phillipe.

Filem yang ditulis oleh Barbara Marshall mengisahkan Clare (Lakonan Joey King) yang memiliki kotak muzik ajaib yang mampu menunaikan apa-apa hajat yang diingini. Tetapi selepas setiap hajat telah ditunaikan, kematian ngeri pasti akan berlaku pada individu-individu yang berada di sekeliling dan rapat dengan remaja tersebut.

Walaupun ia sebuah filem seram dan mempunyai elemen-elemen kematian tragik lebih kurang seperti Final Destination, Wish Upon tidak begitu menakutkan dan mengerikan. Kegagalan John R. Leonetti mengarah filem seram Annabelle diteruskan dalam filem terbaru beliau ini.

Filem ini berpotensi untuk menjadi lebih seram dan lebih “gore”, tetapi tidak tahu dimanakah silapnya,  ke’seram’an filem ini terlampau biasa dan tiada babak-babak “jump-scare”, yang mampu mengejutkan penonton. Malah babak-babak ngeri yang melibatkan kematian karakter juga tidak begitu “ngeri” dan tidak ditunjukkan secara langsung kepada penonton, less blood less gore dan begitu bosan. Mungkin kerana terikat dengan klasifikasi PG13, Leonetti terpaksa menghadkan elemen-elemen seram dan ngeri dalam filem ini.

Selain itu juga, plotnya juga sangat mudah dijangka dan agak cliche, tiada keistimewaan dalam perjalanan cerita ini melainkan kisah seorang remaja yang mahukan kehidupannya yang baik dan diselit dengan babak-babak individu mati dalam kemalangan tragik. Hanya sedikit sahaja plot yang menujukkan asal usul kotak tersebut dan cara mereka untuk mengatasi sumpahan, itupun hanya sekadar pelengkap cerita.

Secara keseluruhannya, Wish Upon dilihat gagal meniru konsep Final Destination dalam penghasilan elemen-elemen seramnya. Ia sebuah filem yang bosan dan gagal untuk membuatkan penonton merasa terkejut apabila menonton filem ini selain daripada plot filem yang begitu mendatar dan “predictable”. Kakimuvee memberikan rating sebanyak 4/10 untuk filem ini.

 

4.2

Elemen Seram

3.5/10

Karakter

5.0/10

Plot

4.0/10

Pros

  • Lakonan Ki Hong Lee

Cons

  • Kurang elemen seram dan ngeri
  • Plot filem yang mendatar
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here