Wheely Sasar Tayangan Di Lebih 100 Buah Negara

0
43
views

Filem animasi Wheely terbitan syarikat KRU mensasarkan tayangan filem tersebut ke lebih 100 buah negara seperti Amerika Syarikat, China, Jerman, United Kingdom, Korea Selatan, Rusia, Brazil dan banyak lagi. Beliau berkata demikian semasa majlis tayangan perdana dunia filem Wheely di GSC Pavillion baru-baru ini.

“Ia satu kejayaan sebenarnya buat industri animasi tempatan selain ia bukti tenaga kerja dan produk Malaysia setanding dengan antarabangsa,”

Filem yang bakal ditayangkan pada 16 Ogos ini menampilkan selebriti terkenal seperti Zizan Razak, Johan Raja Lawak dan Lisa Surihani. Mereka akan menyumbang suara dalam filem animasi berkenaan.

Selain itu juga, Penerbit Eksekutif filem Wheely, Datuk Norman Abdul Halim mendedahkan, filem ini telah menelan belanja sebanyak RM10 juta untuk dihasilkan dan merupakan filem animasi paling mahal yang pernah dihasilkan oleh kumpulan syarikat KRU.

“Bajet merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi untuk menghasilkan filem ini. Pasaran kami kecil sahaja, jadi kami tiada pelabur yang ingin melabur.

“Kami hanya mengharapkan daripada dana-dana dalaman dan pinjaman untuk menjayakan filem ini,” katanya.

Wheely mengisahkan tentang dunia di mana kenderaan adalah penduduk, sebuah teksi mempunyai impian untuk menjadi raja jalanan di kampung halamannya iaitu di Gasket City. Apabila gadis impiannya diculik, dia terpaksa berdepan dengan musuh iaitu kereta elit, lori gangster dan sebuah treler 18 tayar yang merupakan ketua sindiket penyeludupan kereta mewah.

Jadi kepada peminat filem-filem animasi, jangan lupa saksikan Wheely dipawagam pada 16 Ogos 2018

Sumber: Astro Awani

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here