‘Watak Spawn Tidak Akan Bercakap Dalam Filem Terbaru” Todd McFarlane

0
63
views

Pencipta komik Spawn yang juga pengarah untuk filem reboot karakter tersebut, Todd McFarlane telah berkongsi sedikit perkembangan terbaru tentang filemnya itu. Semasa ditemubual oleh AZCentral mengenai konvensyen Ace City Comic Con yang akan berlangsung akan datang, McFarlane sempat berkongsi sedikit informasi filem Spawn yang akan dihasilkan nanti.

Beliau mendedahkan, skrip untuk filem berkenaan telah pun siap dan kini mereka dalam proses merangka perbelanjaan filem berkenaan dan melakukan pemilihan pelakon. Beliau juga mendedahkan, filemnya nanti akan lebih dark, berat dan ‘R-rated’ (18 tahun keatas mengikut klasfikasi Lembaga Penapisan Filem). Malah beliau turut memberitahu filemnya akan lebih berkonsep ‘supernatural thriller’ dan bukannya sebagai sebuah filem superhero.

 It will be dark and heavy, serious, R-rated. It won’t be a superhero movie. I don’t think most people would categorize it as that. It will be a supernatural thriller, like a lot of good creep movies.”

Selain itu juga, McFarlane turut mendedahkan, watak Spawn tidak akan bercakap walau sepatah ayat sekalipun dan watak utama dalam filemnya itu bukanlah Spawn tetapi sebaliknya individu lain.

Menurutnya lagi, mana-mana pelakon yang akan membawa watak antihero terbabit hanya perlu berlakon sahaja tanpa perlu menjalani transformasi bentuk badan dan sebagainya.

“I like to explain that it’s my Jaws. Spawn doesn’t say a word the entire movie, and it’s the same way with Jaws. It’s about the sheriff and the people, chasing the ghost. That’s it…The lead role isn’t Spawn, the lead role is a cop, like Sheriff Brody from Jaws. I think we can hook a fairly significant actor that we want. Unlike a superhero movie, we wouldn’t need an actor to put on prosthetic (makeup) or go to the gym. We just need him to act”.

Setakat ini, McFarlane belum mendedahkan lagi bilakah penggambaran filem arahanya itu akan bermula dan buat masa ini, tiada pelakon yang dipilih untuk membintangi filem tersebut.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here