Warner Bros. Umumkan Filem The Suicide Squad Dan DC Super Pets

0
9
views

Selepas mengumumkan tarikh tayangan filem The Batman, Warner Bros. mengumumkan dua lagi filem adaptasi komik DC iaitu The Suicide Squad dan DC Super Pets. Menurut laporan dari  The Hollywood Reporterkedua-dua filem tersebut akan ditayangkan pada musim panas 2021.

Selain itu juga, turut disahkan adalah penglibatakan bekas pengarah Guardians of the Galaxy, James Gunn yang akan mengarahkan serta menulis skrip filem The Suicide Squad. Ini merupakan projek pertama James Gunn selepas di pecat dari Marvel.

The Suicide Squad yang juga sebelum ini dikenali sebagai Suicide Squad 2 dikatakan adalah filem reboot. Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada pelakon-pelakon asal seperti Margot Robbie dan Will Smith akan kembali membawakan watak mereka filem kali ini memadangkan ia merupakan ‘reboot’/

Sementara itu filem DC Super Pet merupakan filem animasi DC yang mengisahkan tentang haiwan yang memiliki kuasa luarbiasa iaitu Kyrpto, Ace the Bat-Hound dan Streaky. Filem animasi ini akan diarahkan oleh Jared Stern dan Sam Levine.

DC Super Pets akan memulakan tayangannya pada 21 May 2021, diikuti filem The Batman pada 25 Jun 2021 dan The Suicide Squad pada 6 Ogos 2021.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here