Warner Bros. Sedang Bangunkan Filem Spin Off Joker Lakonan Jared Letto

0
70
views

Studio Warner Bros. menambah ke’cacarmarba’an siri filem-filem DCEU mereka apabila dilaporkan sedang membangunkan sebuah filem spin off mengenai watak Joker yang dilakonkan oleh Jared Letto. Laporan dari Variety itu telah menambahkan lagi kekeliruan dikalangan peminat kerana terdapat satu lagi filem solo mengenai watak Joker yang turut dibangunkan oleh pihak Studio Warner Bro.

Selain menjadi watak utama, Jared juga akan bertindak selaku penerbit eksekutif. Plot filem masih tidak diketahui, tetapi menurut laman web hiburan Variety, filem spin off ini akan mengembangkan lagi watak Joker yang muncul dalam filem Suicide Squad dan berkait dengan filem-filem lain dimasa hadapan.

Sebelum ini bekas pengarah The Hangover, Todd Philips dilaporkan sedang merangka filem ‘origin’ Joker dibawah bumbung Warner Bros. Malah filem tersebut dikatakan tidak termasuk dalam kesinambungan DCEU dan bakal dibintangi oleh Joaquin Phoenix, bukannya Jared Letto.

Buat masa ini tidak dipastikan bila filem ini akan memulakan produksi.

Kepada peminat filem-filem DC apa pendapat anda mengenai sebuah lagi filem mengenai Joker

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here