Warner Bros. Kutip $ 5 Billion Seluruh Dunia

2
64
views
Kong: Skull Island Warner Bros
Sumber gambar: Warner Bros.

Warner Bros. Pictures terus mencipta pencapaian yang cukup memberangsangkan apabila berjaya mengutip lebih $5 billion hasil tayang filem-filem mereka seluruh dunia. Pencapaian Warner Bros, ini diumumkan oleh Sue Kroll, President, Worldwide Marketing and Distribution, Warner Bros. Pictures.

Tahun lepas, mereka berjaya mengumpul sejumlah $4 billion hasil dari tayangan filem-filem mereka.

Antara penyumbang terbesar Warner Bros. adalah Kong: Skull Island, Wonder Woman, Dunkirk, IT dan filem superhero terbaru DC, Justice League. Filem-filem berkenaan telah mengutip lebih $500 juta kutipan tiket seluruh dunia. Manakala The LEGO Batman Movie, Annabelle: Creation dan Blade Runner 2049 mengutip lebih $250 juta seluruh dunia.

Menurut Kroll dalam kenyataannya itu, kejayaan ini adalah hasil kerjasama semua pihak termasuk pembikin filem dan juga pelakon-pelakon filem.

“We are thrilled to reach this extraordinary benchmark as we come to the end of an amazing, record-setting year. Surpassing five billiondollars in a single year can only happen with an incredible level of hard work across all theatricaldivisions, as well as the invaluable contributions of the many talented filmmakers and actors with whom we are so fortunate to collaborate. Congratulations to everyone who shares in this success.”

Sehingga hari ini, sebanyak 17 filem dikeluarkan oleh Warner Bros. Pictures, Wonder Woman menduduk tangga teratas dengan mengutip lebih $800 juta seluruh dunia diikuti filem It yang mengutip hampir $700 juta.

Sumber: Comingsoon.net

Loading...

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here