Warner Bros. Dilaporkan Sedang Merancang Filem Supergirl

0
40
views

Studio Warner Bros. Pictures dan DC Films dilaporkan sedang merancang sebuah filem terbaru adiwira DC yang akan melibatkan sepupu Superman iaitu Supergirl. Penulis filem 22 Jump Street, Oren Uziel telah dipilih oleh pihak studio untuk merangka skrip filem adiwira wanita itu.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai siapakan pengarah yang akan mengarahkan filem Supergirl ini, tetapi pihak studio dilaporkan akan memilih pengarah dari kalangan wanita. Juga tidak dipastikan sama ada karakter Superman lakonan Henry Cavill akan muncul dalam filem terbaru akan datang.

Karakter Supergirl kini sudah memiliki siri televisyennya sendiri menerusi saluran CW dan karakter tersebut dilakonkan oleh Melissa Benoist. Selain itu, Supergirl juga pernah memiliki filemnya sendiri yang diterbitkan tahun 1984. Bagaimana filem yang dibintangi Helen Slater sebagai Supergirl itu gagal mendapat kutipan box office dan mendapat review yang teruk dari para pengkritik dan penonton.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here