War of the Planet of the Apes; Aktor Dan Tarikh Produksi Filem Terbaru Ini

0
462
views

dawn of planet of the apes

Setelah kejayaan filem  Dawn of the Planet of the Apes mengaut keuntungan sebanyak $708 juta diseluruh dunia, 20th Century Fox kini bersedia untuk menghasilkan sequel terbaru franchise filem tersebut, War of the Planet of the Apes tidak lama lagi. Ini adalah filem ke-9 dalam siri filem Planet of the Apes dan filem reboot yang ketiga.

Mendengar perkhabaran tersebut, ramai peminat filem tersebut menyambut baik projek terbaru itu dengan Matt Reeves bakal mengarahkan sequel tersebut. Matt Reeves dikatakan telah memulakan proses pre-produksi dan menyatakan bahawa filem ini bakal ditayangkan pada Julai 2017.

Laman web Deadline melaporkan bahawa aktor Gabriel Chavarria bakal menjadi salah seorang bintang utama dalam filem War of the Planet of the Apes. Bagaimanapun, maklumat karakter yang bakal dibawa oleh bintang drama Low Rider ini masih tidak diketahui, namun pemilihan pelakon tersebut sebagai teraju utama bakal memberi lonjakkan yang besar buat karier kepada pelakon tersebut.

Gabriel-Chavarria-in-East-Los-High
Gabriel Chavarria – sumber: Screenrant.com

Bagaimanapun, peminat filem tersebut sedikit kecewa apabila pelakon Jason Clarke tidak akan berlakon dalam filem terbaru ini. Jason pada filem yang lalu membawa watak Malcom, ketua kepada komuniti manusia dan juga rakan baik kepada Caesar, ketua kepada komuniti Apes.

Selain itu juga, laman web Deadline juga memberitahu bahawa Mark Reeves mungkin memulakan pengambaran pada Oktober ini di Vancouver dan menjangka akan selesai dalam tahun 2016 sebelum proses post-produksi dilakukan. Post-produksi mungkin mengambil masa yang lama memandangan mereka akan melakukan editing digital pada karakter-karakter dalam filem tersebut terutamanya karakter Apes. Selain itu juga, jadual padat aktor yang membawa karakter Caesar, Andy Serkis juga mendorong filem ini bakal lewat diterbitkan.

Dengan terhasilnya filem ini, peminat bakal mengentahui apa yang akan berlaku diantara manusia dan apes selepas ini. Pada filem yang lalu, ending filem ini boleh dikatakan tergantung kerana kelihatan sebuah kapal perang sedang menuju ke bandar yang mana, manusia dan apes sedang bertempur. Adakah filem terbaru ini bakal menyaksikan manusia dan Apes akan bertempur? tunggu entry akan datang mengenai filem ini dimana kami akan bawakan ‘hint’ dan spoiler berkenaan filem ini.

Filem War of the Planet of the Apes akan ditayangkan pada 14 Julai 2017

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here