The Walking Dead: Ahli Kumpulan Rick Berpaling Tadah Menyertai Negan

Satu berita yang mungkin tidak digemari buat peminat-peminat siri TV popular The Walking Dead menjelang pembukaan musim kelapan. Selepas Negan dan kumpulan Savior membunuh beberapa watak yang digemari peminat, Gleen dan Abraham serta menyebabkan kumpulan Rick kucar kacir dalam musim ketujuh, salah sorang ahli kumpulan Rick bertindak menyertai Negan dalam musim akan datang dan berpaling tadah pada ahli kumpulan lamanya

Watak yang dimaksudkan adalah Eugene. Menurut aktor yang membawa watak tersebut, Josh McDermitt, wataknya itu akan menyertai Negan walaupun watak antagonis itu telah membunuh rakannya, Abraham. McDermitt mengesahkan peranan terbaru wataknya itu semasa ditemubual di Comic Con New York baru-baru ini.

“He’s with Saviors, he’s on team Negan, he’s looking out for himself. He’s thinking about self preservation, just trying to continue to live in this apocalypse. It’s interesting because we started a scene at the end of season six that he felt like he was a survivor and he had stepped up and then, when Negan killed Glenn and Abraham, it became a whole, ‘How can I call myself a survivor?’ We saw that at the end of season seven as he talked with Sasha. He said ‘How can I call myself a survivor when the man that I think is the biggest survivor has been killed?’ You know? But he truly is a survivor. He’s doing what he has to do to survive and to live. If that means helping Negan and the others, then that’s what that means.”

Dipenghujung musim ketujuh, Eugene dilihat seolah-olah berada dipihak Negan selepas beliau ditangkap dan dibawa ke tempat tinggal kumpulan Savior semasa dipertengahan musim. Jadi ia menimbulkan tanda tanya kepada peminat, Eugene berada dipihak mana sebenarnya.

Eugene walaupun bukan seorang yang mampu berlawan, tetapi karakternya dianggap bijak dalam kumpulan Rick. Mungkin dia berperanan sebagai sebagai duri dalam daging kumpulan Savior atau sebaliknya. Kita saksikan nanti siri TV The Walking Dead musim kelapan yang akan 23 Oktober 2017 di Astro

Post Author: Kakimuvee

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *