Home Siri TV Walaupun Ditahan Polis, Drama Lakonan Farid Kamil ‘Lafazkan Kalimah Cintamu’ Tetapi Bersiaran

Walaupun Ditahan Polis, Drama Lakonan Farid Kamil ‘Lafazkan Kalimah Cintamu’ Tetapi Bersiaran

0
183
views
Sumber gambar: Myinfotaip.com

Meskipun berhadapan dengan insiden yang tidak diingini, drama terbaharu lakonan Datuk Farid Kamil iaitu Lafazkan Kalimah Cintamu yang dijadualkan bermula pukul 10 malam ini akan disiarkan seperti biasa di saluran Astro Ria dan Ria Hd.

Menurut Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad, drama tersebut tiada kena mengena dengan situasi yang sedang dihadapai Farid selaku hero cerita berkenaan.

“Pihak kami yakin penonton bijak untuk menilai sesebuah naskhah yang baik tanpa membandingkan hal peribadi barisan pelakonnya.

“Latazkan Kalimah Cintamu ialah adaptasi novel terkemuka dan mempunyai peminat tersendiri. Kami yakin ia akan diterima ramai seperti drama-drama lain bagi slot Mega Drama terdahulu,”katanya lagi.

Terdahulu, Farid ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, pada 11 Januari lalu.

Bagaimanapun, tempoh tahanan reman terhadap selebriti berusia 37 tahun itu, dilanjutkan sehari bermula hari ini

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here