Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Vision Tidak Perlukan “Mind Stone” Untuk Kekal Hidup


Banyak perdebatan dan rumor mengenai nasib salah seorang anggota Avengers dalam filem Infinity War akan datang iaitu Vision. Ramai peminat beranggapan AI tersebut bakal menemui ajalnya dalam filem berkenaan memandangkan salah satu batu Infinity berada didahinya dan menjadi sumber kepada karakter tersebut untuk terus hidup.

Dalam filem Infinity War, Thanos telah mengerahkan seluruh bala tenteranya untuk cuba merampas batu-batu Infinity yang berada didalam genggaman beberapa superhero Marvel dan salah satunya berada pada Vision. Jika Thanos berjaya merampas batu tersebut dari Vision, riwayat karakter tersebut akan tamat dalam filem berkenaan.

Berdasarkan dari siri komik, Vision akan mati sekiranya batu tersebut dicabut dari dahinya. Tetapi berita terbaru dari mulut aktor yang membawakan karakter tersebut, Paul Bettany berkata, Vision tidak memerlukan Mind Stone untuk terus hidup walaupun batu tersebut menjadi sumber kepadanya untuk hidup.

Paul Bettany mendedahkan pekara tersebut semasa ditemubual bersama aktres Elizabeth Olsen di Expo D23 mengenai filem The Avengers: Infinity War. 

Vision muncul buat pertama kali dalam filem The Avengers: Age of Ultron apabila J.A.R.V.I.S. telah mendapat badannya sendiri. Dengan kenyataan terbaru ini, Vision mungkin ditolak dari senarai-senarai karakter Marvel yang mungkin ditamatkan riwayatnya dalam filem akan datang. Dalam filem tersebut, Marvel Studio mendedahkan terdapat karakter Marvel akan ditamatkan selepas lama berkhidmat dalam filem-filem Marvel.



Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee