Video Promo Disneyland Paris Paparkan Sut Iron Man Terbaru Dengan Lebih Jelas

0
538
views

Video promosi Disneyland Paris telah yang dilancarkan baru-baru ini telah mendedahkan sut terbaru Iron Man model Mark 48 dengan lebih jelas. Sut tersebut akan digunakan oleh Tony Star untuk menentang Mad Titan aka Thanos dalam filem Marvel akan datang iaitu Avengers: Infinity War.

Anda boleh menonton video tersebut dibawah.

Avengers: Infinity War diarahkan oleh bekas pengarah filem Captain America: The Winter Soldier dan Captain America: Civil War, Anthony and Joe Russo. Antara bintang yang disahkan berlakon dalam filem ini adalah Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Scalett Johansson, Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Anthony Mackie, Paul Bettany, Elizabeth Olson, Jeremy Renner, Chadwick Boseman, Sebastian Stan, Don Cheadle, Chris Pratt, Dave Bautista, Zoe Saldana, Pom Klementieff, Benedict Cumberbatch, Benedict Wong, Sean Gunn, Tom Holland, Josh Brolin, dan Paul Rudd.

Filem yang menghimpunkan superhero-superhero Marvel akan menemui penonton pada 4 May 2018 (tarikh tayangan di Malaysia akan dimaklumkan kelak)

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here