Video Pengumuman The First Purge Didedahkan

0
326
views

Selepas beberapa jam memuatnaik poster teaser filem The First Purge, Universal Pictures dan Blumhouse Production telah melancarkan video filem berkenaan yang merupakan pengumuman pertama acara The Purge yang bakal menjadi tradisi negara Amerika setiap tahun.

Merupakan siri keempat franchise The Purge yang juga prekuel kepada siri ini, ia akan membawa penonton melihat asal usul budaya ‘The Purge’ dinegara ‘Uncle Sam’ itu. Bagi menurunkan kadar pengangguran dan jenayah dibawah 1%,  New Founding Fathers of America (NFFA) telah membuat satu ujikaji sosiological terhadap sebuah komuniti dimana teori mereka membenarkan kejadian jenayah dilakukan dalam tempoh 1 hari akan mampu mengurangkan masalah jenayah dinegara mereka.

Untuk filem kali ini, pencipta siri franchise ini, James DeMonaco akan kembali menerbit bersama-sama beberapa nama terkenal seperti Michael Bay, Jason Blum  (Insidious), Brad Fuller dan Andrew (Teenage Mutant Ninja Turtles dan Ouija series, The Texas Chainsaw Massacre).

Lakonlayar dihasilkan sendiri oleh James DeMonaco manakala Gerard McMurray bertindak selaku pengarah.

Antara pelakon-pelakon yang akan membintangi filem ini ialah Y’Lan Noel (The Spartan King),Lex Scott Davis (Toni Braxton: Unbreak My Heart), Joivan Wade (The Weekend Movie), Luna Lauren Velez (Adrift) dan beberapa pelakon lain.

The First Purge akan ditayangkan pada 4 Julai 2018 iaitu hari kemerdekaan negara US

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here