Video Mencuit Hati Leonardo Menunggu Namanya Di Ukir Pada Trofi

0
220
views

Sumber: metro.co.uk

NAMA aktor Leonardo Dicaprio terus menjadi sebutan hari ini. Jika semalam nama hero yang mula mengecap populariti menerusi filem Titanic itu mendapat perhatian apabila penantian selama 20 tahun untuk memenangi Oscar berakhir, hari ini sebuah video yang diambil di after party pula menjadi viral.

Dalam video berdurasi 1 minit 35 saat yang dimuat naik ke akaun Twitter Variety itu, aktor yang dikenali dengan panggilan manja Leo itu dilihat menanti dengan penuh sabar untuk membawa pulang trofi Oscar yang dimenanginya.

Sudah menjadi tradisi, semua pemenang perlu menyerahkan trofi mereka sewaktu Governors Ball, yang berlangsung selepas tamat acara Anugerah Akademi.

Ia bertujuan untuk membolehkan trofi itu diukir dengan nama kategori dan pemenang, sekaligus menjadikannya lebih eksklusif.

Leo juga sempat bertanyakan kepada pengukir yang bertugas, adakah ia (mengukir nama pemenang) dibuat setiap tahun.

Dan apabila jawapan yang diberi adalah ‘ya’, Leo sempat berjenaka dengan berkata “Saya tak tahu pun!”

Menariknya, turut disertakan bersama adalah manual bagaimana untuk menjaga trofi berprestij berkenaan.
Trofi Oscar yang menjadi rebutan penggiat filem itu, diperbuat daripada gangsa sebagai bahan utama, disaluti emas 24 karat.

Leo akhirnya dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Akademi, selepas empat kali dicalonkan dalam kategori tersebut.

sumber: Astro Awani

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here