Video KLCC Runtuh Dalam Filem Independence Day: Resurgence

1
763
views

independence-day-2-resurgence-title-treatment

Cuba bayangkan makhluk asing menyerang bumi satu hari nanti dan banyak bandar-bandar utama di dunia telah diserang dengan ganas dan kejam oleh makhluk asing yang tujuan kedatangannya hanya satu iaitu memusnahkan bumi. Pada masa itu, bukan saja Washington, London, Beijing malah bandaraya kita Kuala Lumpur turut diserang makhluk asing.

Malah pada masa itu, kita boleh melihat bagaimana bangunan KLCC, mercu tanda yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia jatuh menyembah bumi kesan dari serangan yang dilakukan oleh makhluk asing tersebut.

KLCC Independence Day 2

Itulah gambaran yang anda boleh lihat nanti dalam filem terbaru Independence Day: Resurgence yang akan ditayangkan pada 24 Jun nanti. Dalam trailer berdurasi 2.40 minit itu, anda boleh melihat bangunan KLCC tumbang setelah diserang makhluk asing (lihat pada masa 2.18-2.20 minit)

Independence Day: Resurgence merupakan sekuel kepada filem pertama Independence Day yang ditayangkan pada tahun 1996. Filem terbaru ini mengisahkan penduduk bumi yang bersedia menghadapi serangan kedua makhluk asing setelah mereka diserang 20 tahun yang lalu.

Filem ini dibintangi Liam Hemsworth, Jessie Usher, Maika Monroe, Sela Ward, Charlotte Gainsbourg dan William Fichtner manakala beberapa pelakon seperti Jeff Goldblum, Bill Pullman, Judd Hirsch, Vivica A. Fox dan Brent Spiner masih mengekalkan karakter asal mereka dalam filem pertama.

Jadi kepada peminat filem-filem sains fiksyen, jangan lupa untuk tonton filem Independence Day: Resurgence pada 24 Jun 2016

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here