Video Di Set Penggambaran The Punisher Musim Paparkan Gambaran Pertama Jigsaw

0
54
views

Marvel Television dan Netflix kini sedang berusaha keras menerbitkan musim kedua siri televisyen The Punisher. Penggambaran siri televisyen berkenaan sedang rancak dilakukan. Terbaru, seorang peminat telah menggambil dan memuatnaik video diset penggambaran The Punisher yang menunjukan antihero berkenaan sedang berhadapan dengan musuhnya, Jigsaw.

Anda boleh tonton video berkenaan di laman Instagram milik the_marvelous_guy dibawah.

Dalam klip video berkenaan, ia menunjukan aksi tembak menembak diantara Frank Castle dan bekas rakannya Billy Russo, individu yang akan menjadi Jigsaw pada musim kedua nanti. Selain itu juga, klip video berkenaan mungkin mendedahkan pertemuan pertama diantara kedua-dua bekas pasukan khas berkenaan selepas pertembungan hebat diantara mereka dalam musim pertama yang lalu.

Dalam pertembungan tersebut, Castle telah menghempas muka Billy Russo ke cermin berulang kali sehingga mencacatkan wajah bekas rakannya itu. Bagaimanapun video yang dimuatnaik oleh peminat tidak menunjukkan dengan jelas wajah terbaru Billy Russo.

The Punisher musim kedua merupakan penampilan ketiga Jon Bernthal sebagai Punisher selepas kemunculan pertamanya dalam siri televisyen Daredevil musim kedua. The Punisher semakin diminati peminat-peminat Marvel kerana aksi dan jalan ceritanya yang menarik.

Penggambaran musim kedua The Punisher masih diteruskan, dan buat masa ini, Netflix belum mengumumkan tarikh rasmi siaran siri televisyen ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here